Jam di dinding sudah masuk 12 tengah malam.
Kawasan hospital sudah gelap tidak bercahaya.
Lorong-lorong koridor pula tiada satu pun kelibat jururawat atau pesakit lalu lalang.
Masa itu la muncul satu susuk lampai berpakaian serba hitam jalan seorang diri merentasi di satu koridor dengan derap langkah senyap tidak berbunyi.
Perlahan-lahan, orang itu kemudiannya berhenti di depan sebuah bilik wad pesakit lalu masuk menyusup seperti pencuri.
Setibanya di dalam ruangan itu, orang tersebut kemudiannya berdiri di tepi katil dan tunduk memerhati pesakit yang terbaring tidak sedarkan diri di situ.
PLAK!
Suis lampu kecil di tepi katil dihidupkan.
Lantas cahaya putih pendaflour membias wajah itu. Jelas-jelas wajah pucat lesi tidak berdaya memberitahu pesakit ini benar-benar sedang sakit.
Setelah berita mengenai tiga lelaki mati di dalam lif dan seorang wanita di temui pengsan lewat petang tadi sampai ke telinga, pasukannya serta dirinya cepat-cepat bergegas ke lokasi untuk lakukan sesi 'pembersihan' yakni hapus video rakaman cctv dan apa saja yang boleh dedahkan identiti pesakit di katil ni.
"Uhuk.."tiba-tiba surat batuk keluar dari pesakit di katil itu.
Buatkan si penyusup kaku berdiri di dalam gelap. Bilik itu gelap, dan sumber cahaya pula terarah tepat pada wajah tu, jadi pesakit ini tidak akan dapat melihatnya.
Namun begitu sangkaannya meleset, insan tidak berdaya di katil ini tetap sedar akan kehadirannya di situ. Maklum la..sekarang ni dia sedang berhadapan dengan orang yang bukan calang-calang...
"Siapa tu.."sambil berkerut kening cuba nak dapatkan penglihatan lebih jelas, Athena bersuara dengan serak sakitnya. Dia ada nampak bentuk susuk manusia dekat tepi katil, tapi tak jelas sebab gelap gelita.
Penyusup tadi perlahan-lahan tundukkan wajahnya hingga muncul di biasan cahaya lampu kecil tepi katil tu.
Athena yang terbaring tidak berdaya itu pandang tidak berkedip bila tengok orang bertopeng mulut dan berhoodie hitam dibalik snapback hitam tunduk mendekat ke mukanya.
Takkan la...
Athena telan air liur dengan susah payah kerana hendak bersuara. Tapi belum sempat dia hendak bersuara, tidak semena orang misteri itu angkat tangan bersarung tangan kulit hitam ke mulut.
"Shhh..."bisik orang misteri itu pada Athena, menyuruh Athena agar tidak bersuara.
Mahu tak mahu, Athena turutkan saja. Dia tak berani lakukan sesuatu yang boleh provok orang misteri yang mungkin pembunuh upahan sama yang dia bunuh tengah hari tadi. Memangnya berapa orang pembunuh upahan telah diupah untuk sakiti dia? Dan kenapa!?
"You can't die yet..."bisik suara lelaki dari balik topeng mulut tu dengan perlahan. Dan masa itu la tangan satu lagi keluar bersama picagari berisi cecair jernih di dalamnya.
Mata Athena yang panas kerana demam mula mengumpulkan air mata sebelum air mata itu menitis turun ke tepi matanya dengan sendiri.
"Siapa kau ni?"tanya Athena dengan lemah. Sumpah! Kepala dia sakit sangat dan dia tak boleh nak rasa apa-apa pada seluruh anggota badannya. Please jangan bunuh dia masa dia tak berdaya macam ni!
Picagari tadi di bawa ke tiub iv drip yang tertusuk pada atas tangan kiri yang ada di atas perut Athena masa tu lalu jarum pada picagari tersebut kemudiannya disuntik masuk ke dalam tiub putih itu.
Athena hanya perhatikan saja cecair itu mulai menghilang dari dalam picagari tersebut dengan kening berkerut. Racun ke?! Kalau ya, bukan sekarang masanya dia mati! Misinya belum tamat lagi!
"Jangan risau...you be fine later."bisik lelaki di atas Athena sambil itu.
Athena hanya diam memandang orang misteri itu dengan kening berkerut tidak faham. Dia nak buka mulut pun satu penyeksaan, apatah lagi bersuara!
Selesai menyuntik Athena orang misteri itu buang picagari tu ke tong sampah sebelah katil tu tanpa palingkan kepala dari Athena. Dia kemudiannya tundukkan kepala ke tepi kepala Athena lalu berbisik dekat pada telinga tu.
"Dengar sini baik-baik Athena...orang yang kau bekerja dengan bukan seperti yang kau fikirkan. Pilihan kau untuk percaya atau tidak, sekarang ni kau jadi buruan puluhan pembunuh upahan uang diberi syarat. Sekiranya sesiapa dapatkan kepala kau, dia orang akan di beri ganjaran besar. Jadi kekal hidup dan sihat sampai tujuan kau selesai." bisik orang itu.
Athena yang dengar hanya termenung memandang siling wadnya bersama kepala berdenyut sakit.
Apa semua ni? Siapa lelaki ni?Dan kenapa lelaki ni beritahu dia semua ni!
"Kekal hidup Athena..."bisik orang itu buat kali terakhir sebelum gerakkan kepala naik semula untuk tatap wajah Athena.
Mata Athena bertentang mata dengan orang bertopeng mulut di atasnya itu buat beberapa saat sebelum pandangannya mulai kabur dan segalanya menjadi gelap dan sebelum dia terlelap sepenuhnya, sempat dia dengar suara sayup itu.
"Good night my queen.."
Dan setelah itu kepala Athena terlentok lemah ke kanan setelah ubat yang diberikan kepada dia mulai menunjukkan efeknya.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...