"Blake!"bergegar rumah tu dengan suara lantang Aria.
Elok Blake yang tengah sibuk dekat tingkat atas kemas bilik tidur terkocoh-kocoh turun tangga bagai nak apa.
"Ada apa?"tanya dia masa muncul dari depan pintu masuk.
Aria yang mencekak pinggang tu buat muka sassy jengkelnya lalu tunding ke depan pintu tu. " Apa semua ni?"
Blake dekati Aria lalu pandang apa yang di tunjukkan oleh isterinya itu. Timbunan bagasi dan beg tersusun kemas di depan pintu masuk tu. "Apa semua ni?"tanya dia pula.
"Elok...saya tanya awak, awak tanya saya...adik saya ada cakap apa-apa dengan awak ke?"Aria pandang curiga ke Blake. Bukannya dia tak tahu suaminya ni suka bersekongkol dengan Athena dekat belakang dia. Bukan cemburu atau takut suaminya curang tapi sakit hati sebab mereka berdua suka berahsia dari dia.
Blake pandang cuak ke Aria. Alah...terkena lagi! Adik ipar dia ni kan suka tau letakkan dia dekat situasi tersepit macam ni. "Mana saya tahu..."tipunya lagi.
Tak percaya dengan jawapan tu, Aria pelangkung belakang kepala Blake dengan tangan kanannya.
"Auw!"aduh Blake dengan kening berkerut.
Pelik dengan situasi itu, Aria tunduk untuk memeriksa apa yang ada di situ, sekali bila dia tunduk, bayang hitam muncul dari depannya.
Bersama kening berkerut Aria angkat kepala lalu pandang ke depannya sebelum terpandang satu susuk lampai berdiri di situ.
Terkejut sebab tak jangka, Aria berdiri tegak lalu dapatkan suaminya serta merta. "Blake!"panggilnya semasa menyorok dekat belakang suaminya.
Secara refleks, Blake pandang ke depan pintu rumah mereka tu. Terus dia terpandang orang kanannya iaitu Henry sedang pegang sebuah kotak di tangan. "Henry..."panggilnya.
Aria pandang tak berkedip ke Henry lalu kotak yang di pegang lelaki tu. "Apa nya ni?Kenapa kamu datang dan letak semua barang n di sini?"tanya Aria. Cemas pulak dia!
"Maaf...pintu tak kunci. Jadi saya letakkan semua barang-barang ni di sini saja."jawab Henry.
"Barang siapa ni?"tanya Aria lagi.
Blake pandang Aria.
Aria pandang Blake.
Blake pandang Henry.
Henry pandang ke Blake. Dia beri jawapan melalui renungannya.
"Hei!Saya tanya ni yang awak main mata dah kenapa?"sentak Aria tak pasal-pasal.
Melompat terkejut dua orang tu kemudiannya. Garang sungguh cik puan seorang ni. Nak tertanggal jantung di buatnya.
Dalam keadaan teragak-agak, Blake pun berkata."Um..ini...Athena yang punya. Dia akan tinggal dengan kita.."ujarnya.
Terus mencekak pinggang Aria lepas dengar. "Apa?Dan kenapa saya tak di maklumkan mengenai hal ni dari awal?Dan kenapa awak boleh tahu? Perempuan tak guna tu call awak je?Bukan saya!"marahnya.
Blake geleng kepala. Dia kerutkan kening.
"Eh tak sayang...bukan macam tu. Asalnya kami nak buat suprise..tapi tak tahu pulak boleh spoilt...Athena dia nak beritahu sendiri pada awak. Sebab tu saya tak cakap apa-apa mengenainya..."jelas Blake bersungguh.
Aria berdengus kasar, dia kemudian pandang ke timbunan barang di situ dengan muka bercemberut. "Dah kenapa dia pindahkan semua barang dia ke sini?Memangnya dia tak bekerja lagi ke?"soalnya setelah itu.
Henry kemudiannya menyampuk. "Ya...Cik Athena dia dah berhenti dari bekerja untuk Blue House dan bersara sepenuhnya."beritahu dia.
Dan semasa Henry bercakap time tu jugak Blake buat muka menegah pada anak buahnya itu supaya tidak ceritakan segalanya pada isterinya. Kalau Aria tahu masak la Athena nanti!
Tangan Aria yang sedang mencekak pinggang itu terus jatuh ke bawah dengan terkejut."Dia apa?!Bersara?" Melampau betul adik dia ni!Asal tak beritahu dia apa-apa memgenai hal ni. Kenapa dia kena dengar dari orang lain jugak! Tak apa. Tunggu la nanti. Tahu la dia nak apakan dengan Athena tu.
"Dah tu mana dia?Tak ikut kau balik sekali kenapa?"tanya Aria dengan marah.
Lagi galak la Blake geleng kepala secara rahsia pada Henry supaya tak lanjutkan perbualan ni. Tapi Henry sikit pun tak endahkan isyaratnya itu.
"Tidak puan. Cik Athena ada di tempat ibu puan buat beberapa hari untuk perkenalkan calon suaminya.."beritahu Henry tanpa sedar.
Terjatuh mulut Aria lepas tu. Matanya menjegil bulat seakan mahu keluar dari soketnya. "What the f*c!?"lafaznya semasa pandang ke Blake dengan muka tak percaya. "Apa semua ni Blake?Macam mana saya boleh tak tahu semua ni? Berhenti kerja?Pindah ke sini? Calon suami?"soal dia.
Blake dah buat muka. Masak la dia lepas ni!
"Sayang....saya boleh jelaskan.."Blake cuba sentuh lengan Aria. Sekali tu di tampar tangannya.
"No...I need her on the phone now!"arah Aria semasa berpaling dari situ untuk masuk ke ruang tamu.
Blake yang di tinggalkan itu kemudiannya pandang semula Henry dengan bengang. "Yang kau pandai-pandai beritahu kenapa?"dia hayun penumbuk ke Henry tapi acah-acah je. Tak pukul pun.
"Tuan sendiri nampak kan puan macam mana tadi..takut saya kalau diamkan diri tadi.." jawab Henry dengan kening berkerut serba salah.
Berasa devastated dan dumbfounded dengan situasi itu, kepalanya tertunduk ke bawah sebelum Blake picit batang hidungnya.
Tidur luar la nampaknya dia malam ni.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...