Part 1

1.8K 128 0
                                    

Ini lah baru namanya hidup.

Hmmm... heaven betul!

Berpayungkan langit yang cerah, diselimuti dengan deru angin pantai, diimbuhi cahaya matahari yang segar...

Adakah kedengaran begitu baik?

Tidak, ia bukan sekadar baik!

Ini luar biasa!

Jauh dari kesibukan,

Tidak tertekan kerana kerja,

Dapat bersantai tanpa memegang senjata.

Hanya relaks dan berehat.

Hela nafas panjang dilepaskan dengan senyuman lebar di bibir saat dia merasai bahang panas dari matahari ketika berjemur di tepi pantai itu.

Suara orang bersuka ria dalam air memeriahkan suasana. Ditambahkan lagi dengan kanak-kanak riang yang berkejaran di sana sini sambil ketawa, menaikkan lagi seri keceriaan tempat tersebut.

Sementara dia, hanya berbaring santai di sini. Rentak lagu Bruno Mars bermain dalam air pod yang dipakai, membuatkan mata yang terpejam itu riang menggoyangkan hujung kaki mengikut rentak yang didengar. Telefon yang sejak tadi berdering minta diangkat hanya terbiar di atas meja kecil sebelah bangku tempat perbaringannya.

Namun, tak lama suasana meriah itu berlangsung, muncul anasir asing yang merosakkan mood gembira di pantai itu.

Ia diganggu dengan deru angin yang bertiup kuat dari atas pantai.

Oleh kerana hairan, mereka semua di situ mendongak memandang langit lantas ternampak sebuah helikopter berwarna hitam terbang terapung di atas mereka.

Kehadiran helikopter tersebut membuatkan semua yang ada di pantai menghentikan segala pekerjaan mereka. Masing-masing payungkan tangan di atas kepala untuk melihat.

"Ada apa tu?"

"Kenapa rendah sangat terbang?"

"Helikopter hitam?"

"Mama, tengok!"

Tidak semena, pada masa itu juga, lima utas tali dicampak keluar dari helikopter itu, lalu diikuti lima orang bersut combat yang kemudian turun dari helikopter melalui tali tadi.

Pengunjung di situ masih berdiri tertanya-tanya, masih mendongak sehingga lima orang yang turun dengan tali tadi mendarat di atas pantai dan mula bergerak sambil mengacukan senjata.

Dari situ, kekecohan berlaku. Anak-anak kecil yang mudah takut menjerit kerana terkejut melihat orang bersut combat, bertopeng muka, bercermin mata hitam dan bersenjata lintas di depan mata mereka.

Para pengunjung yang tadi tenang bertempiaran lari untuk menjauhkan diri. Ada yang menarik anak dan isteri sama, ada yang tergelincir semasa cuba bangun dari perbaringan.

Namun, di tengah-tengah kekalutan itu, hanya seorang sahaja yang masih tenang bersahaja.

Iaitu dia yang sedang berbaring di atas kerusi panjang menjemurkan diri. Sambil humming lagu yang didengar, dia sama sekali tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya walaupun ada yang berlari melintasi tempat itu.

Perlahan-lahan, bayang hitam mula menyelubungi tubuhnya.

KLIK!

Bunyi kunci pemicu senjata kedengaran ketika muncung pistol dan machine gun diacukan ke arahnya.

Pada masa itulah baru dia terjaga.

Hairan kenapa terasa mendung, dia pegang cermin mata hitamnya lalu dilurutkan ke batang hidungnya sedikit. Sekali pandang melalui cermin mata itu, keningnya terangkat tinggi.

Aik?

"Koporal Athena Louisa?" seorang dari mereka bersuara.

Seriously?

"Anda diarah untuk laporkan diri serta-merta."

Arghhh! Baru nak bercuti!

"Sila beri kerjasama atau kami akan berkeras."

Dengan bersahaja, dia sentuh hujung senjata yang terarah di depan mukanya ke bawah.

"No, awak semua salah orang," nafikan Athena.

"Sila ikut kami ke pangkalan Utama Pentagon."

Mati jugak nanti lima orang ni!

Tak nampak ke orang tengah bercuti ni!

Lagi satu! Macam mana mereka boleh mengesan dia sampai ke sini?

"Memangnya awak semua ni tak boleh hidup tanpa saya ke buat sementara waktu?" selorohnya.

Kelima-lima orang bersut itu hanya mendiamkan diri.

"Sila ikut kami dengan cara baik," desak orang bersut itu lagi.

Mengerang dalam kejengkelan, Athena bersandar letih ke bangku itu sambil menekap dahinya.

Siapa pula yang menyusahkan hidup dia ni!

Arghh!

-

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now