Selepas pemanduan selama setengah jam, kereta yang mereka pandu akhirnya tiba di destinasi rahsia yang tersembunyi di atas bukit. Terperosok sembunyi di dalam hutan.
Sambil memandu, butang merah yang ada di bawah dashboard radio di tekan sebagai makluman akan kehadirannya di situ.
Sebaik kereta itu tiba di depan sebuah tempat seakan gudang atau garaj lama, pagar besi yang menutupi pintu masuk itu perlahan-lahan naik ke atas membuka laluan.
Pintu garaj terbuka secara automesin sebelum sebuah kereta meluncur drift masuk ke dalam.bukaan itu. Deruman enjin kereta itu membuatkan mereka yang ada di situ serta merta menghentikan semua pekerjaan yang dilakukan mereka.
Tertanya-tanya.
Orang yang berjaga di tepi remote pintu garaj kemudiannya tekan butang tutup apabila kereta itu selamat di parkir.
Taktala enjin kereta dimatikan, mula la orang dalam gudang garaj itu gerak berkumpul mendekati kereta tersebut dengan langkah awas dan senyap. Masing-masing dekat tangan pegang senjata.
Sama ada batang besi, playar besar, hammer besi,rantai mahupun knuckle bass turut terpasang di buku ruas jari mereka.
Pintu tempat sebelah pemandu terbuka terlebih dahulu sebelum orang bertopi snapback warna hitam dan bertopeng mulut turun dari kereta.
Mereka di situ melirik ke orang itu dengan renungan awas mereka lalu gerak ke pintu kereta sebelah pemandu yang kemudian terbuka tak lama selepas itu.
Dan perkara pertama yang mereka pandang adalah kaki yang tidak berkasut itu pijak lantai garaj mereka sebelum satu susuk kurus yang mengenakan dress compang camping terkoyak mendedahkan sebahagian kulit berdiri di sisi kereta itu.
Athena terpempan. Dia tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Dia tak tahu ke mana dia telah di bawa. Siapa mereka. Kenapa dia di sini.
Serius talk! Zero knowledge!
Tidak berkedip matanya pandang sekeliling garaj itu. Entah kenapa pandangan dia kabur dan badan dia terasa seperti mencair. Kaki dia pulak rasa kebas tak rasa apa-apa. Athena sandar dekat badan kereta tu lepas lihat kira-kira 30 orang lelaki berpakaian ala-ala pekerja bengkel berdiri di situ memandang dia.
Perasaan dia sama macam impala di kelilingi dengan dubuk yang lapar.
Creepy!
"Uhuk..."batuk Athena tak semena lepas dia rasa panas dekat tekak dia tiba-tiba. Sejak dalam kereta lagi dia rasa tak sedap badan.
Apa yang tak kena dengan dia ni? Dia angkat tangannya lepas rasa ada sesuatu turun dari hidungnya. Sekali bila dia sentuh, sesuatu seperti cecair telah terpalit pada jari. "Uhuk..uhuk.."batuk Athena sambil berkerut kening memeriksa kesan darah yang ada di jarinya.
Darah?!
What the hell?!
Athena angkat kepala untuk pandang ke depannya dengan tangan berdarahnya. Seseorang boleh tak beritahu kenapa dengan dirinya ni...dia perhatikan setiap orang di situ dengan renungan bingung.
Waktu itu jugak lelaki misteri yang membantu Athena tadi sudahpun berdiri di depannya. "Hei...kenapa ni?"tanya dia sebaik perasan tingkah aneh Athena.
Athena pandang lelaki misteri di depannya dengan kening mencerlung nak menangis. Adakah mereka yang buatkan dirinya begini.
"Apa yang dah jadi dekat saya?"tanya dia semasa gerak hendak terduduk dekat situ. Kepala dia! Ugh..pening.Lelaki tu sambut Athena sebelum tubuh tu jatuh dekat lantai serta merta lepas Athena gerak seperti mahu tumbang. "Dia orang lakukan sesuatu dekat kau ke tadi?"tanya dia dari balik topeng mulut.
Athena pandang mata yang tak terlindung itu dengan mata kemerahan dan berair. Mata ni? Dari mana dia pernah nampak. Kenapa suara ni tak rasa asing buat telinga dia? "Mereka inject sesuatu."bisiknya dengan tersangkut-sangkut. Rasa sakit yang dirasai dia waktu ini ibarat rasa panas yang membakar dari dalam badannya.
Panas dan pedih!
"Inject something?"ulang lelaki misteri tu lagi.
"Uhuk...uhuk..."
Darah yang keluar dari hidung Athena semakin membanyak sewaktu Athena terbatuk-batuk menyemburkan darah bersama. Wajahnya mulai pucat seakan sedang tercekik akan sesuatu.
Orang lelaki yang berdiri dekat dengan Athena kemudiannya memandang anak buahnya yang ada disekitar lantas bersuara lantang seperti komandan platun.
"Dia diracun...arahkan pasukan medik bersedia." arah lelaki tu lantang yang kedengaran sayup di telinga Athena.
Sementara lelaki misteri yang menyambut Athena tadi dukung tubuh itu gaya pengantin lalu di bawa pergi ke arah sebuah lif rahsia yang membawa mereka terus ke bawah tanah.
Athena yang mamai-mamai sedar itu termenung memandang bawah dagu lelaki misterinya dengan lama. Tertanya-tanya siapakah orang yang cuba selamatkan dia dan kenapa?
Perasan dirinya diperhatikan lelaki tu tunduk memandang Athena. Dia tatap wajah pucat itu dalam-dalam buat seketika sebelum dekatkan bibirnya ke tepi muka Athena. Dengan nada perlahan, dia membisikkan sesuatu di telinga Athena..
"Rest well my queen...you be fine later." ucapnya dengan perlahan.
Saat kata-kata itu menyapa telinganya, ibarat lullaby buat Athena, dia terus terkulai tidak sedarkan diri setelah itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AksiSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...