Bahu tegang Athena kemudiannya jatuh hilang semangat dan kening itu berkerut banyak. "Pelan apa?"tanya dia dengan nada sedikit tenang.
Ryder jungkit kening sambil juih bibir ke arah kerusi Athena duduk tadi.
"Kalau nak dengar kena la duduk dulu dan bertenang. Kalau marah-marah macam mana nak faham?"pujuknya dengan mudah.
Athena berdiri dekat depan Carson buat seketika sebelum dia jalan hentak kaki tak puas hati ke kerusi tadi.
"Fine...apa rancangannya tu?"gerutu Athena seusai duduk.
Bersama senyuman penuh kemenangannya, Ryder kembali duduk dan letakkan kedua-dua tangan atas meja dan pandang ke Athena dengan mata berkerlipan penuh semangat dan nekad.
"Pernah dengar Perang Segi Tiga?"soal Ryder.
Carson gerak ke sisi Ryder lalu berdiri dengan tangan di belakang badan.
"So?"soal Athena.
"Aku nak kau cipta peperangan...di antara pihak kau dengan Xion..."cadang Ryder semasa tunduk memandang kertas di tangannya.
Mata kiri Athena mengerenyet aneh bila dengar perkataan perang itu. "Kau cakap apa?Peperangan?Negara aku dengan negara ni?"tanya dia dengan nada tak percaya. Dia beri muka 'buat tebiat apa' pada Ryder. "Kau sedar tak apa kau cakapkan ni?"
Ryder angkat kepala dia lalu pandang Athena dengan senyuman boyish di bibir."Kenapa?Salah ke apa aku cakap?"tanya dia.
"Kau tanya salah ke tak?Seriously?"Athena tersandar terkejut ke kerusi tu masa pandang Ryder. Lalu dia kerling ke Carson. "Ketua kau ni waras ke tak?"tanya dia.
"Athena...cuba kau fikir. So...Xion nak datang ke tempat aku bukan?"
Athena angguk kepala.
"Negara kau belot kau lepas apa kau buat untuk dia orang kan?"
Kali ni Athena tak angguk sebab dia sendiri tak sure.
"Hah...kalau macam tu apa kata kita buat dua pihak ni saling bercakaran. Kau dapat balas balik apa yang negara kau dah buat pada kau, aku dapat alihkan perhatian Xion untuk serang kubu dia."aju Ryder dengan sengih jahat meleret ke kanannya semasa pandang Athena.
Carson yang sedia maklum mengenai rancangan itu hanya diam di situ. Sekadar memerhati gerak bahasa tubuh Athena. Dia masih berasa curiga akan Athena.
"Are you saying that you want use me?Hah...macam orang lain buat?"soal Athena. Tak boleh terima betul la. Adakah dia ni nampak mudah sangat ke sampai orang sanggup campak diasana sini, pergunakan dia macam tu macam...
Memangnya dia mainan apa?"Mana ada aku pergunakan kau. Just anggap macam ni, aku perangi Xion, Xion perangi orang-orang kau. Kau dapat balas balik apa dia orang buat menggunakan Xion. Aku dapatkan balas balik aoa yang Xion buat pada aku melalui kau. Simple as that. Win-win situation." jelas Ryder dengan bersahaja.
Athena buat muka. Ya-ya je la tu."Tapi macam mana?Tempat lelaki tu bukannya senang untuk di pecah masuk...aku sendiri terkurung dekat situ tak dapat nak keluar. Ini kan nak masuk.."cebik Athena.
"Of course la tak boleh. That why aku beritahu kau pasal ni. Kalau Xion ada dekat situ memang la susah nak masuk...imagine kalau dia tak ada dekat situ untuk jaga kubunya tapi sibuk berperang?You think?"Ryder jungkit kening sebelah kirinya sambil tersengih.
Semakin berkerut kening Athena. "Apa yang kau cuba sampaikan ni!"
"Apa aku nak cakap sekarang ni adalah, apa kata kau distract dia supaya dia pergi jauh dari kubu dia dan aku serta team aku dapat serang hendap tempat tu masa dia tak ada." cadang Ryder.
Distract?
"Macam mana?Buat dia suka dekat aku ke apa?"tanya Athena nak blur-blur.
"Ah...jangan nak mengada. Tak payah buat dia suka kau ke apa ke..no. just make him trust you...."potong Ryder cepat-cepat. Memandai betul! Ingat suka kan orang ni benda main-main apa. Nanti kena rembat kan dia pulak yang melepas.
Athena pandang tak puas hati ke Ryder."Mana ada mengada...aku just tanya je kan." cebiknya masa pandang menyampah.
"So pelannya macam ni. Sampai kau sembuh sepenuhnya, kau akan aku jaga. Lepas sembuh tu, aku akan hantar kau balik ke negara kau semula. Jumpa dia orang sekejap. Kemudian kau call Xion dan mintak dia selamat kan kau dengan mengatakan orang dekat sana nak bunuh dan seksa kau ke apa ke...lepas tu aku jemput kau balik."jelas Ryder.
"Jemput aku balik?"Dah kenapa! "Buat apa kau nak jemput aku balik. Rumah aku kan dekat sana. Lagipun belum tentu lagi si Xion tu nak ke sana. Paling tak pun dia cuma hantar orang dia je."kata Athena.
Ryder tersengih seperti mahu ketawa.
"Oh honey...Trust me. Dia akan datang dekat kau tak kira la kau dekat mana."ujarnya. "Sebab dia sukakan kau...""What?"tanya Athena dengan muka tergamam. Siapa sukakan dia? "Xion sukakan aku?"Macam mana Ryder tahu. "Kau ni main teka je...mana kau tahu dia suka aku?"
"Siapa je yang tak sukakan wanita seperti kau ni wahai cik adik sayang...everyone does. Sudah la pandai. Bijak. Cantik lagi tu. Paling penting...berbahaya. that what men likes."ujar Ryder sambil sandar ke belakang sewaktu mematai Athena dengan minat.
Berasa menyampah dengan komen itu, Athena menjuling mata ke atas lalu silangkan tangan ke dada lalu palingkan kepala ke kanannya.
Now dia kena bersemuka dengan orang yang dah buat hidup dia tungang langgang dekat sini pulak.
Tak satu-satu yang dia jumpa tapi semuanya nak menjengkelkan dia.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
AzioneSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...