Part 65

872 71 1
                                    

Britt!

Britt!

Darius mengocek telefon dari poket belakang seluar lalu di bawa ke depan mukanya.

Nombor tidak dikenali tertera di skrin.

Namun panggilan itu tetap di jawab.

"Hello...Darius bercakap..."jawabnya sebelum tarik kerusi dari bawah meja lalu duduk di situ lantas membuka suis komputer.

"Ni aku Athena..."

Kepala Darius tersentak memandang ke depan dengan laju bila dengar suara tu. Mata dia terbutang kaku. Takut kalau ada yang dengar, Darius bangun dari situ lalu gerak ke arah pintu. Dia tutup pintu tu kemudiannya lalu di kunci. Setelah itu baru la dia bercakap.

"Athena...mana awak?Awak selamat ke?"tanya dia serta merta. Dada dia sekarang ni berdebar sakan.

"Mm...ada ni hah. Aku rasa tak payah beritahu, kau dah tahu aku dekat mana..." seloroh Athena dalam panggilan.

"Mereka apa-apakan awak ke?"Darius berdiri depan cermin sambil mencekak tangan di pinggang kiri. Risau betul dia!

"Jangan risau. Aku tak apa-apa. Dia orang tak sakitkan aku..."balas Athena lagi.

Darius pejam mata lalu melepaskan hela nafas lega. Syukur la!"Awak dekat mana yang sebenar-benarnya ni?Tuan Gilbert naik angin teruk. Dia dah kerah orang untuk cari kubu tersembunyi Ryder sekarang ni. Bila-bila masa saja kami akan datang ke sana..."beritahunya dengan kening berkerut.

"Aku tahu....dan itu la sebabnya aku call kau ni. Aku nak balik ke sana. Tapi tak tahu macam mana dan bila. Kau tak boleh ke pujuk ayah tu supaya ubah fikiran dia dan beritahu yang aku tak apa-apa?"minta suara tu dengan nada mengalah.

Darius yang dengar muka tak faham. Dah kenapa Athena dengar macam susah hati je. "Hei...Athena. Awak okay ke?Kenapa awak dengar macam sedih je?"tanya dia selembut yang boleh.

Lama Athena diam dalam panggilan tu, dan hanya boleh di dengar hanya bunyi nafas dia melepaskan keluhan.

"Just beritahu aku je...bila sebenarnya serangan tu akan terjadi?"

Darius buat muka terkejut, dia pandang tak percaya ke blinding cermin kaca depannya.
"Serangan?Dari mana awak tahu tentang hal ni?"

Suara Athena ketawa mengejek kedengaran dalam panggilan tak lama lepas tu. "Serius?Kau tanya aku macam mana aku tahu?Seriously?"

Belakang tengkuknya di garu kerana gatal. Nak kata dia hairan tak jugak. Tapi tertanya-tanyala, macam mana Athena boleh tahu.
"Ya...."jawab Darius.

"Naluri."jawab Athena. "Aku yakin sangat yang ayah tahu Ryder yang culik aku. Dan aku boleh agak apa reaksi dia lepas tahu..."

"Tapi macam mana?"tanya Darius lagi. Masih tak percaya. Kenapa Athena boleh tahu semuanya. Memangnya Athena ni Albert Einstein apa sampai boleh tahu semua perkara.

"Kau ingat lagi baju uniform yang aku pakai malam tu?"tanya Athena kemudiannya.

"Ya.."

"Aku tahu baju tu ada alat penjejaknya. Kan.. Betul tak apa aku cakap?"

Tanpa sedar dia telan air liur gemuruhnya. Well.. Memang betul. Semua orang ada alat penjejak dekat uniform mereka bukan Athena seorang. Memang itu basicnya. "Betul."jawab Darius.

"So dari situ aku tahu yang ayah tahu siapa culik aku malam tu. Dan aku tahu isu antara Ryder dengan ayah lama dulu. Jadi kau beritahu aku je bila kau akan serang kubu Ryder ni.."tambah Athena lagi.

Bersama muka tak puas hati dan perasaan teragak-agak dia menggigit bawah bibir. Buat seketika dia diamkan diri sebelum bertanya. "Kalau saya beritahu apa awak akan lakukan nanti Athena? Adakah awak akan menentang ayah awak demi pemberontak seperti Ryder tu?"

Kini giliran Athena pula yang mendiamkan diri. Lama jugak la panggilan tu senyap tiada suara.

"Athena?"panggil Darius lagi.

Lalu Athena pun bersuara."Janji dengan aku satu perkara Darius."

"Apa dia?"tanya Darius dengan nada berbisiknya.

"Just if...okay...if something really happen and everything is messed up. Please. Promise me. Kau akan jaga ayah dengan baik dan sentiasa ada dekat sisi dia nanti."pesan Athena.

Dah kenapa cakap macam ni! "Awak nak ke mana-mana ke Athena?"tanya Darius dengan risau. Jangan beritahu dia Athena nak berpaling tadah dari mereka kerana Ryder!

"Tak adalah...aku just beritahu awal-awal je. Mana la tahu kan...lepas semua ni terjadi...aku tak boleh ada dekat dunia ni lagi.."seloroh Athena dengan bersahaja.

"Jangan la cakap macam tu..."keluh Darius tak suka.

"Janji dengan aku dulu."

"Fine..saya janji. Saya janji akan jaga ayah awak."akur Darius dengan mata terpejam dan kening berkerut.

"Good. Sekarang beritahu bila ayah dan pengikut dia akan serang Organisasi Robin Hood?"

Tak tahu nak cakap apa lagi, kalau berdalih pun tiada gunanya, Darius pun melepaskan keluhan mengalahnya lantas berkata. "Malam ni."jawabnya dengan perlahan.

"What?Malam ni?"tanya Athena dengan terkejut.

"Ya...sebenarnya Tuan Gilbert dan pengikut yang lain dalam perjalanan ke sana sekarang ni."sambung Darius lagi. "Aku terpaksa stayback sebab atas arahan Tuan Gilbert sendiri."

"Sh*t!Aku tak tahu pulak secepat ni!"gumam Athena dengan cemas dalam panggilan tu.

Darius yang dengar tertunduk kepala ke bawah kerana berasa serba salah. Dia tahu, Organisasi Robin Hood sebenarnya takkan ada peluang nak menang memandangkan Yakuza Winter Soldier milik Gilbert bukan lah calang-calang pahlawannya.

"Good luck Athena.."ucap Darius sebagai kata-kata terakhirnya.

"Thanks. Kau pun."balas Athena sebelum panggilan tu di putuskan.


17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now