Part 33

853 81 0
                                    

F*ck this!

Athena tolak dada Ryder lalu berpaling dari situ secepatnya. Memang dia nak jumpa! Tapi bukan sekarang!

Setelah di tolak, Ryder hanya berdiri di situ. Dia tak susah payah untuk kejar Athena sebab masa itu la sebuah lagi kereta muncul dari tepi kereta satu lagi lantas bergerak mengejar Athena.

Masih belum sober dari penatnya, langkah Athena sedikit perlahan dari sebelumnya. Baru saja melepasi bus stop, sebuah kereta berhenti tepat di situ sebelum beberapa orang lelaki berjaket hitam dan bertopeng mulut keluar dari situ dan menghampirinya.

Tanpa berlengah, Athena pecut selajunya. Dan sakit yang dirasai pada bahunya juga semakin menjadi-jadi. Sampai nak bernafas pun dah susah. Namun dia tak perlahankan langkahnya.

Beberapa meter dari situ, sebuah kereta turut berhenti.

Athena yang cam kereta itu terus menuju ke arah kereta itu. Ianya adalah MK!

Setiba dia di pintu kereta tu, Athena buka dalam keadaan tergesa-gesa lalu berjaya meloloskan diri ke dalamnya.

MK terus pandu kereta tu sebelum Athena sempat tutup pintu tu. Dia masuk ke jalan dan mencelah kenderaan di situ dengan berbahaya.

"Kau gila!"bentak MK semasa pandang ke depan. "Kau tahu tak apa kau dah buat?Xion kerahkan orang-orang dia untuk cari kau satu hari ni! Dan kau ada dekat sini timbulkan masalah?"

Athena hanya sandar di kerusi tu sambil pejam mata menahan rasa sebu dan sakit yang dia rasa waktu itu. Apa yang dikatakan MK itu ibarat bisikan saja.

"Aku dah agak dah..dari awal lagi kau ni cuma bawak masalah! Entah apa dalam kepala otak Xion untuk berurusan dengan k-"SREETTT! MK tekan brek dengan mengejut bila dua buah kereta hitam muncul tiba-tiba dari simpang empat depannya.

Dan dengan mengejut, kereta itu berhenti mendadak hingga buatkan Athena hampir terhumban ke depan.

Mujurla tindakan refleks MK untuk letakkan tangan depan dada Athena pada masa itu berjaya lindungi Athena dari terhantuk ke dashboard di situ.

Memejam mata menahan rasa sakit, Athena ketap gigi sekuatnya.

"Sh*t betul! Siapa dia orang ni!Dengan siapa kau libat diri sekarang ni?Kan dah di oesan untuk stay low sampai isu kau dengan pembunuh upahan kau settle?"bebel MK semasa memusing stereng kereta tu dan tarik gear kereta dengan laju sebelum undur ke belakang dan belok ke selekoh lain.

Haih! Memekak betul la! Time macam ni pun ada masa lagi nak membebel? Athena pandang ke MK dengan jelingan jengkel."Shut the f*ck up and drive can you?"katanya sambil pasang seatbelt dengan susah payah.

"Hei...aku try selamatkan kau ni!"

"Then do it properly! Stop nag-"BANG! Tak sempat Athena menghabiskan kata-katanya, kereta itu di langgar dari tepi lalu mengheret mereka sepanjang jalan itu sebelum di langgar dari sebelah satu lagi dengan kuat.

Athena dan MK secara automatik bawa lengan mereka untuk lindungi muka masing-masing bila kaca pecah berderai ke merata arah dalam kereta setelah mereka di langgar.

Taktala kereta mereka berhenti bergerak, Athena angkat kepala dia perlahan-lahan sebelum bersandar ke belakang sambil pegang belakang kepalanya.

Pergh!

Sakitnya!

Dia orang cuba nak bunuh dia betul-betul ke apa ni!

MK dekat sebelah sudahpun tidak sedarkan diri. Dahi dan pipi lelaki tu berdarah. Kepala lelaki tu tergantung ke bawah kerana seatbelt yang terpasang di dada lelaki tu elakkan tubuh tu dari tersembam ke depan.

"MK..."panggil Athena sambil pegang lengan tu dengan lemah lalu digoyangkan. Cuba nak bangunkan MK.

Dan masa itu la pintu tempat Athena terbuka dengan kasar. Buatkan Athena yang tak larat nak melawan atau berbuat apa-apa duduk di situ memerhati lelaki berjaket hitam dan bertopeng mulut berdiri di sisinya.

Lelaki tu keluarkan sebilah pisau dari belakang seluar tak lama kemudian.

Kemunculan pisau itu buatkan Athena berkerut kening ingin tahu. Nak tikam dia ke?Nak kelar leher dia sekarang jugak?

Lelaki itu pegang seatbelt Athena lalu mengerat tali itu sekali potong saja untuk tanggalkannya dari mengikat Athena dengan cepat.

Terlepas saja seatbelt tu dari Athena, tubuhnya di dukung keluar dari kereta tu dan di bawa pergi dari situ.

Sewaktu dirinya di dukung, Athena termenung memandang langit di atasnya. Melihat ia menitis-nitiskan air hujan sehingga la langit di atasnya berubah menjadi bumbung kereta setelah dia selamat dia bawa masuk ke dalam kereta.

Here we go again!

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now