Seminggu sebelum bertolaknya Athena ke Denmark.
Selepas pertemuan dia dengan ibunya, Athena telah menemui ayahnya setelah itu dia kembali ke pusat operasi Aria untuk menemui Blake.
Disebabkan anak Aria medical check up pada hari itu, Athena ambil peluang untuj menemui abang iparnya bagi membincangkan pelan dia sebelum bertolak ke Denmark.
Rancangan sebenar-benarnya.
Pernah dengar kisah Genghis Khan.
Pemerintah agung yang pertama bina Great Wall of China. Dan juga pemerintah yang telah menguasai hampir keseluruhan kerajaan dengan para tenteranya dalam masa yang singkat.
Itu la yang Athena hendak lakukan.
Dia rancang untuk conquer semua kuasa besar dan kuasai pengaruh mereka dan buatkan mereka di dalam tangannya.
Bezanya dia tak ada la nak bina tembok ke apa. Dia cuma nak jayakan misinya saja.
Dia tahu segalanya dari awal.
Sebelum semua kejadian berlaku.
Memang la dua tahun dia menghilang, tapi hilangnya itu bukan tidak bermakna.
Hilangnya dia itu untuk bertapa! Bertapa mendapatkan idea dan menajamkan lagi skill dia.
"So....apa yang kamu nak bincangkan dengan saya Athena sampai perlu sembunyi dari pengetahuan kakak kamu?"soal Blake yang kini sedang duduk di sofa satu seat sebelah sofa Athena berada.
"Kau tahu aku akan ke Denmark bukan?"soal Athena.
Blake angguk. "Ya..."
"Then I need your specialities before I go.." Athena beri senyuman penuh muslihatnya pada Blake.
"Apa dia?"Blake berkerut kening. "Aria tahu tak tentang hal ni?"
Athena geleng kepala. "Of course la dia tak tahu. Kalau dia tahu mahunya pelan aku rosak. Kau boleh tak tolong aku ni?"
Blake buat muka serius lalu duduk menyilang kaki sambil rehatkan tangan di arm rest sofa.
"Sure...why not. What is it then?"Athena tarik senyuman manis di bibir lalu berkata. Memandangkan dia sendiri tak boleh agak sama ada rancangan berjaya atau tidak. At least dia cuba lakukan sesuatu.
"Firstly, Sebarkan fitnah mengenai aku. Apa saja jenis fitnah yang boleh yakinkan kerajaan untuk keluarkan arahan pelucutan jawatan kepada aku. Kalau boleh buat sampai dia orang mahu bunuh aku."kata Athena.
Blake sikit pun tak terkejut. Maklumla dia ni dah bergelumang dengan Athena dan Aria bertahun lama. Perkara macam ni tak seberapa buat dia."Fitnah yang macam mana?"
"Mm..macam aku cuba bunuh presiden denmark ke, belot negara ke, bermasalah disiplin dan gagal jalankan misi ke. Apa je."ujar Athena.
Blake mengangguk kepala. "Lagi?"
"Secondly....hapuskan sistem guarding aku supaya Ryder boleh kesan keberadaan aku. Sebabnya sekarang aku di arahkan untuk dapatkan Organisasi Robin Hood." minta Athena.
Nak tahu,
Sebenarnya, selama bertahun ni, Organisasi Robin Hood tak pernah berhenti kesan dimana keberadaan Athena. Aria tahu tentang hal ni. Jadi Aria gunakan sistem guarding yang dapat lindungi Athena dari di jejak oleh mereka sejak kes Ryder belot negara tersebar.
Lagi-lagi lepas Aria dan Athena tahu Ryder menjadi ketua pemimpin Organisasi Robin Hood. Infact Aria jugak tahu Ryder masih mahukan Athena. Tak nak buatkan Athena dalam bahaya, sebab itu la dia lindungi Athena dari awal lagi.
"Kamu sure?Bukan ke kamu tak nak Ryder kesan kamu?"soal Blake. "Kamu tak takut ke nanti bila dia dah dapat kamu dan takkan lepaskan kamu lagi?"dia berkerut kening risau. Meroyan pulak nanti isterinya kalau dapat tahu adik kesayangannya buat semua ni tanpa pengetahuan dia.
"It okay. I can handle it."balas Athena dengan yakin. "Sebab kali ni aku takkan buat kerja sendiri.."dia pula yang silangkan kaki sambil sandar ke sofa.
"Dengan siapa kau akan bekerja nanti?"
Sambil belek kuku dia yang panjang lagikan tajam berwarna biru gelap, Athena berkata. "Aku akan recruit kumpulan Gnome Program sebagai mata dan telinga aku bila ada dekat sana nanti. Dan satu kumpulan rahsia yang aku upah di sebuah gim latihan dekat sana jugak."
Blake berdengus pendek. Tak hairan kalau Athena dah prepare semuanya. "Selain tu...apa lagi yang kau nak aku buatkan?"
Athena jungkit kening, dia turunkan tangan ke bawah lalu pandang ke Blake seperti baru sedar sesuatu. Selain dapatkan Organisasi Robin Hood dia ada banyak lagi misi yang perlu di selesaikan.
"Sebelum aku lupa, boleh kau upahkan seseorang untuk jadi orang dalam di Blue House. Kalau boleh orang yang dekat dengan Debris. Sebolehnya tukang pemberi maklumat. Aku nak dia kerja sebagai pemberi maklumat Debris bagi sampaikan semua berita mengenai aku dekat dia."pesan Athena.
"Untuk apa?"tanya Blake.
"Well...aku tak percayakan orang lain. Sebab itu la. Lagipun aku tak nak ada orang tahu yang CIA sekarang tengah perhatikan aku. Takut nanti masa aku dekat sana, aku jadi target dia orang untuk di bunuh."jelas Athena dengan bersahaja.
Terus duduk tegak Blake lepas dengar. Matamya membulat luas."What bunuh? Siapa?CIA?"tanya dia dengan cemas. Belum apa-apa lagi dah nak bunuh?
Angguk Athena."Yupp...aku agak dia orang dah tahu akan kedatangan aku ke Denmark nanti bakal rosakkan pelan dia orang, jadi dia orang pasti akan datang cari aku dan bunuh aku secepat mungkin."
Dengan muka tak percaya Blake geleng kepala. Boleh je adik ipar dia ni selamba macam tak ada apa-apa akan berlaku. "Siapa anggota tu.kau nak aku uruskan ke?"
"Xion Howard. Ex team mate yang pernah join aku masa misi menyelamat dan memusnahkan tempat penghasilan bom nuklear beberapa tahun lepas. Dia sekarang dah jadi ketua komando dalam unitnya. And you know what more suprisingly is...?"Sengih Athena masa sondongkan sikit kepalanya ke arah Blake.
Blake buat muka. "Apanya?"
Seperti gaya makcik-makcik bergosip,Athena ajukan tangan 'kau tahu jemah' pada Blake dengan beria.
"Kalau kau nak tahu, Xion naik pangkat jadi ketua komando bukan sebab bakat dia. Tapi dengan kerja jahat yang dia buat menggunakan nama Organisasi Robin Hood sebagai samaran untuk tutup kesalahan dia orang. Dan sekarang, dia orang nakkan aku mati sebab takut aku bakal rosakkan pelan dia orang yang cuba gulingkan kuasa presiden negara Denmark."
"Serius?"soal Blake dengan perasaan benar-benar terkejut dia. "Macam mana kamu tahu semua ni?"
Athena ketawa, lalu dia selak rambut panjangnya ke belakang bahu dengan bangga. Darius yang ceritakan dekat dia semua ni. Budak bertuah tu tolong buat siasatan awal untuk setiap misi yang dia bakal jalankan. Sebab itu la , dia lawat ibunya hari tu, alang-alang dapatkan maklumat sekali dari adik tirinya.
"Ini Athena la....Goddess Of The War. Nama tu di beri bukan buat saja-saja tanpa sebab okay."ujarnya dengan bangga.
Blake ketap bibir menyampah melibat entik Athena. "So sekarang apa rancangan kamu lepas sampai di sana nanti?"
Athena kemudiannya pandang ke jendela kaca dekat sebelah kanan sofa tu lalu lepaskan keluhan panjang sebelum berkata.
"Firstly aku kena tunjukkan diri dan beritahu dekat Xion dan Ryder yang aku ada dekat sana. Buat dia orang dekati aku dengan sendiri tanpa aku cari. Kemudian, aku akan buatkan dia orang percaya dekat aku."setelah itu dia palingkan kepala ke Blake. "Untuk itu rahsiakan semua ni sementara waktu dari Aria sehingga aku balik ke sini. Dan bila masa tu tiba. Aku akan ceritakan pelan seterusnya pada kau."ceritanya sebelum senyum meleret ke kanan dengan yakin.
![](https://img.wattpad.com/cover/231039158-288-k10852.jpg)
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...