Part 57

916 78 1
                                        

"Kak...dengar citer pelan akak berjalan lancar?So bila nak balik sini?Mama rindu sangat ni hah.."tanya Kendrik dalam panggilan.

Dia yang sedang beratur tunggu giliran beli tiket pandang ke depan sambil pegang telefon sebelah tangan, sebelah lagi pegang bagasi.

"Tunggu je la. Nanti aku settle semua, aku balik la jumpa mama.."jawabnya. Sambil termenung memikirkan Ryder.

Pasti sekarang lelaki itu sudah menonton siaran berita sekarang ni. Dan habis la semuanya sudah ketahuan dengan Ryder sekarang ni.

"Kau dekat mana sekarang ni?"tanya Kendrik lagi dalam panggilan.

"Rumah ayah aku, aku akan menginap dekat sana."selain Aria, tempat ayahnya adalah tempat paling selamat dan secure kalau dia hendak larikan diri dari tertangkap dengan Ryder nanti. Sebab itu dia pilih untuk menemui ayahnya walaupun dia tahu kalau dia kesana, dia hanya akan sakit hati memanjang.

"Lah...ya ke. Kalau macam tu kau call mama dan borak dengan dia sekejap nanti lepas kau turun flight."pesan Kendrik lagi semasa dia tiba depan kaunter tiket.

Dia yang dengar angguk kepala perlahan. Tak tahu nak balas apa. Sebab lepas dia sampai tempat ayahnya dia akan putuskan sebarang contact sehingga la sistem guardian dia aktif semula dan amarah Ryder reda. Dia tak nak ambil risiko ditemui lelaki tu nanti.

Seram dia!

"Cik Mary Jane?"sentak staf di belakang kaunter tu.

Dia yang termenung pandang bingung sekejap staf depannya. Maklum la guna identiti orang ni buat diri dia sendiri bingung.

"Ya saya..."sambutnya semasa mencapai pasport dan juga tiket yang dibeli atas nama Mary Jane iaitu identiti milik Violet supaya dia tak di track oleh sesiapa.

"Apa kata kamu?"soal ayahnya dengan nada tinggi.

Athena yang nak suap makanan dalam mula terhenti kerana terkejut dengan suara lantang tu. Terus dia letakkan garfu ke bawah dan pandang ke depannya. Apa yang terkejutnya. Bukan ini kali pertama dia buat hal kan?

"I just had a big war lately and now I want to rest....what so shocking?" ulangnya semula.

"Kamu hampir terbunuh Athena! Kamu tahu disebabkan keputusan kamu tu bermacam-macam pihak dalam kesusahan."ujar Gilbert dengan marah lepas dengar cerita dari Athena.

Garfu yang tertusuk dengan makanan tadi dicapai Athena lalu dia suap ke dalam mulut makanan tu dengan muka macam budak kecik baru kena pukul dekat punggung sebab nakal.

"Kamu cakap senang je...dah la pergi macam tu je tanpa bertanya ayah, malah pamitan pun tak...memangnya kamu ni hidup tak ada mak ayah agaknya..tak fikir kamu ada family ke apa ke....suka-suka buat keputusan sendiri.".bebel Gilbert tak pasal-pasal.

Athena lepaskan keluhan panjang. Dia buat muka kesal lalu sandar ke kerusinya dengan bahu jatuh hilang semangat."Relaks la benda dah settle pun....and I'm fine...why you so angry?" muncungnya.

Gilbert lemparkan tangan 'ubvelievable' saat sandar ke kerusinya. Dia pandang Athena dengan muka kecewanya. "Sebab kamu tu anak ayah, okay. Selain tu kamu ada kakak yang sayangkan kamu setengah mati, ada ibu yang kalau boleh mahukan kamu 24 jam di sisi, perlu ke ayah beritahu...lagipun ayah tak nak kamu bazirkan usia muda kamu dengan sia-sia macam tu je..."

Athena dah buat muka.

Ingat boleh la makan sama-sama dengan aman. Sekali tu disebabkan mulutnya yang suka bercerita ni tak pasal-pasal kena bebel time ni jugak.Athena duduk tegak semula hendak mencapai gelas berisi jus orennya pula.

Dan pada masa dia nak ambil, pada masa tu jugak tangan lain muncul dan buatkan mereka berdua saling bersentuhan sewaktu pegang gelas yang sama.

Tanpa alihkan tangan, Athena pandang ke sebelah dimana Darius duduk. Dia pandang Darius dengan renungan mata 'Tepi! Aku pegang dulu better kau back off..."

Darius yang faham, terus alihkan tangan dia. Mengalah pada Athena. Malas nak gaduh dekat situ.

Athena menjeling ke Darius sebelum pandang ke ayahnya semula sewaktu menyisip sedikit jus oren tu.

Gilbert yang perhatikan Athena punya reaksi geleng kepala. Macam-macam! Pening kepala dia. "Ya sudah...benda dah jadi. Ayah cakap lebih pun tak ada gunanya. Apa yang penting kamu selamat." katanya lagi.

Athena teguk sedikit jus oren lalu bersuara. "Kan...patutnya ayah cakap macam tu tadi." Fuhh!Nasib baik!

Gilbert hanya mengetap garis nipis di bibir kerana tidak mahu memberi komen. Nanti balik-balik dia yang membebel. Athena ni bukannya jenis makan saman. Hari ni beritahu esok buat perangai sama lagi.

Darius yang tiada niat nak masuk perbualan dua orang itu hanya fokus ke makan.

"Oh ya..sebelum terlupa..."bila Athena nampak Darius nak capai pinggan berisi makanan yang ada di meja itu, terus dia capai dulu sebelum Darius. Nak makan sangat kan...mari la cuba...Dasar menyemak!

Darius tersentak bila tangan Athena tiba-tiba menyailang pinggan makanannya. Lantas dia pandang ke sisi dengan kening mencerun. Kenapa dengan Athena sejak tadi ni? Macam tak bagi dia makan je.

Sambil beri senyuman dibuat-buat,Athena suap makanan dari pinggan tadi depan muka Darius. Saja nak jengkelkan lelaki ni.

"Apa bendanya?"tanya Gilbert semasa tunduk menikmati makannya.

Berasa kesal dan bengang, Darius pun menjuling mata menyampah lantas meletakkan pisau dan garfunya ke pinggan semula. Give up dia!

"Athena akan menetap di sini buat sementara. Harap ayah tak kisah." sambil berkata, Athena menyuap makanan ke dalam mulutnya lagi.

Darius yang dengar pandang tak percaya. Huh? Stay!? Ugh!

Sementara Gilbert kunyah makanan dengan muka gembiranya. "Sudah tentu...tinggal la selama yang kamu mahu."katanya seusai mengunyah.

"Terima kasih."senyum Athena sambil pandang ayahnya dengan penuh maksud. Harap-harap Ryder tak tahu dia dekat sini sudah!

Kalau Ryder tahu, masak la jawabnya!

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang