Part 24

938 95 0
                                    

Empat tahun yang lalu....

Waktu ini bunyi letupan ada dimana-mana,

Hujan peluru di merata arah

Orang jahat dan baik tak dapat nak di bezakan

Baginya, sesiapa saja yang muncul depan mata dia dan acukan senjata akan dia bunuh semuanya.

Kejadian ini buatkan lapisan salji yang ada di situ dikotori dengan kesan darah dan tubuh tidak bernyawa di situ.

Waktu ini dia sedang dalam misi untuk dapatkan semula targetnya iaitu seorang profesor yang bertanggungjawab dalam.mencipta bahan nuklear untuk bom atom.

Tak sangka pula masa dia datang tempat ini telah diserang.

Sedang dia berlari di celah kekecohan itu, tidak semena satu tembakan mengenai tepi pinggangnya. Tembakan itu membuatkan dia tercampak ke tepi sebelum terbaring di situ.

"Bunuh semuanya...jangan biarkan sesiapa hidup!"laung satu suara lelaki dari arah belakangnya.

Saat dia bergerak untuk menelentang dari tiarapnya, bunyi tembakan kedengaran dari belakang sebelum sekujur tubuh tumbang lalu terbaring di sebelahnya.

"Apa semua ni!Aku ingat tak ada orang lain dekat tempat ni!Kau orang nak bunuh aku!"waktu itu la suara seorang wanita menyapa telinga dari balik kekecohan di situ.

Berasa hairan dengan apa yang berlaku, dia pun pandang ke belakang lantas ternampak seorang wanita berpakaian serba putih dan berkot tebal berbulu-bulu sekitar kolar berdiri di atasnya.

Dan apabila mereka bertemu wanita itu buat muka bengang lalu pandang dia dengan kening mencerun dan pipi kemerahan.

"Kau orang mana?"tanya wanita tu.

Dia yang dalam kesakitan itu tunjuk tangan surrender. "Saya hanya di arahkan untuk jemput profesor di sini."jawabnya semasa seorang lelaki berlari dari arah belakang mendekati wanita di depannya.

Tanpa alihkan mata, wanita itu acu senjata ke belakang lalu mengenai lelaki tersebut dengan tepat.

Dia yang tengok tak berkedip mata. Woaw! Siapa ni!

"Siapa kau?Orang yang cuba berperang dengan bom atom ni jugak?"soal wanita tu sambil tunduk dekati dia lalu bantu dia bangun dari situ.

Sambil tahan sakit yang dirasai, dia gagahkan diri untuk bangun semasa darah bercucuran keluar dari tempat tembakannya. Parah ni! Kalau lama-lama dekat sini dia boleh mati.

"You bleed a lot..."ujar wanita di depannya lagi sambil tekap sesuatu pada lukanya.

"Saya hanya diarahkan untuk jemput professor yang bertanggungjawab cipta bom ni dan bawa dia ke tempat selamat. Nak kata saya dipihak mereka atau awak....saya tak berpihak pada sesiapa."jelasnya sambil tu.

"Fine...tekap ni dekat luka atau kau akan mati. Good luck!"ujar wanita tu semasa capai tangan dia lalu di bawa ke perutnya yang kini berhenti mengalirkan darah lalu pergi dari situ meninggalkan diri untuk teruskan misi.

Tak lama dia ditinggalkan, anak buahnya muncul lalu hulurkan bantuan kepadannya dan bawa dia pergi dari situ. "Profesor tu telah berjaya kami peroleh...kita boleh pergi dari sini.."maklum mereka sambil tu.

Wajah pucat depannya di pandang dengan lama sejak tadi. Kesan calar dan luka serta lebam jelas kelihatan di muka itu.

Tak sangka selepas 4 tahun berlalu, dia dapat temui semula insan yang telah menyelamatkan nyawanya. Dia fikir dia tak mungkin dapat temui wanita ini lagi.

Sekali tu bila makluman mengenai pemburuan berganjaran tersebar mengenai wamita ini, dia tanpa berlengah terus bertindak untuk dapatkan wanita ini.

Bukan untuk dibunuh.

Tetapi untuk diselamatkan.

Kenapa?

Obviously...

"Ketua..."tak semena suara anak buahnya menyapa perlahan dari sebelah kerusi dia sedang duduk.

Lantas kepalanya di palingkan ke kanan sambil pandang ke arah pintu. "Kenapa?"tanya dia dengan nada tiada mood.

"Laporan pemeriksaan telah keluar, racun yang disuntik itu adalah Venom-25."

Dia yang dengar tersentak lalu dongak memandang ke anak buahnya. "Apa?"bisiknya.

"Team perubatan sedang usahakan antidotnya. Mungkin esok atau lusa baru boleh dapat. Apa yang perlu kita lakukan...?"

Bersama kening berkerut risau, dia pandang semula ke wajah Athena. Venom-25? Bukan ke itu biasanya digunakan untuk tentera yang dihukum bila buat salah. Dan mereka yang ada akses untuk racun ni adalah goverment sahaja. Penjenayah seperti mereka ni tak boleh milikinya apalagi perolehnya.

"Do it fast."mintanya setelah itu.

"Baik Ketua Xion. Saya akan maklumkan pada mereka."

Lantas tangan Athena dicapai Xion sebelum dia genggam dengan perlahan.

"Please alive Athena..be strong."doa Xion semasa tatap wajah pucat Athena dengan kening berkerut berharapnya.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now