Tap!
Tap!
Tap!
Hentak tapak kasut hitam berkilat yang dipakai oleh beberapa pasang kaki panjang ke lantai kedengaran seragam semasa kumpulan itu bergerak dalam barisan merentasi koridor itu. Kemunculan kumpulan yang terdiri daripada 9 orang ahli itu buatkan mereka yang lalu lalang di sekitar koridor itu cepat-cepat elakkan diri dari bertembung dan beri laluan pada mereka.
Orang paling hadapan sekali yang tidak menunjukkan sebarang ekspresi di wajah itu jalan tiga langkah ke depan itu yang mengetuai kumpulan tersebut. Dari tatu yang tertarah dari tepi lengan hingga la naik ke sekitar leher dan belakang tengkuk beritahu orang itu bukan la sebarangan orang yang mereka patut cari pasal.
"Ketua!"tabik mereka yang bertembung dengan kumpulan itu serta merta sebagai tanda hormat.
Sikit pun tidak di pedulikan oleh ketua kumpulan itu. Malah mereka hanya jalan lurus menuju ke bilik sidang yang berada di hujung koridor.
Pintu kaca automatic bilik itu slidding dengan sendiri sebaik kumpulan itu menghampiri lantas bergerak masuk ke dalam ruangan tersebut sebelum berbaris dalam satu barisan menghadap meja bujur di tengah ruangan tersebut.
Tanpa berkata apa-apa mereka semua berdiri dalam keadaan rehat dengan tangan berada di belakang badan.
"Pasukan Shadow laporkan diri."ujar lelaki bertatu pada leher itu dengan nada formalnya pada orang yang duduk di kepala meja sidang itu. "Kamu Berjaya menawan dua presiden seperti yang di rancang. Namun begitu presiden Moscow mengalami sedikit komplikasi semasa ke sini. Dan sekarang beliau dalam keadaan stabil di ICU. Duit dana Berjaya diperoleh. Dan misi berjalan dengan lancer tanpa dikesan."maklumnya.
Lelaki yang berkemeja putih dan bervest hitam dekat hujung meja itu angkat kepalanya dari skrin ipad perlahan-lahan. "I see that.."balasnya sambil ketuk skrin ipad dengan jarinya dimana berita mengenai serangan di hotel yang sepatutnya majlis penyerahan dana diadakan disiarkan dalam berita. "You did a great job."
Mereka semua di situ hanya focus pandang ke depan, tidak berani hendak memandang lelaki yang berada di hujung meja itu.
Sementara lelaki bertatu itu saja yang berani bertentang mata dengan tuan mereka itu. Sebab dengan cara ini saja boleh tunjukkan dia boleh di percayai.
"Did you meet her there?"
Masa itu la semua yang ada di situ gerakkan mata mereka ke lelaki di hujung meja itu lepas dengar soalan itu.
Lelaki bertatu tadi tanpa sengaja termenung ke lantai lepas imej dimana wajah wanita yang dalam keadaan luka dan diselaputi debu pintu bermain dalam fikirannya. "Ya tuan."jawabnya sesaat kemudian.
"Kau dah sampaikan pesanan tu dekat dia?"
"Ya tuan...tapi sepertinya dia tidak mahu berikan kerjasama yang baik."jawab lelaki bertatu lagi.
Tidak semena lelaki di meja itu ketawa. "Ahahah.not surprise hearing that...dulu atau sekarang dia tak pernah berubah. Apapun keep an eye on her. Make sure you report me everything."
"Maaf tuan...mungkin saya sedikit lancang. Kalau dia berniat hendak hapuskan kita, kenapa kita tak hapuskan dia terlebih dahulu?"tanya lelaki bertatu dengan berani.
"Mana boleh...kalau dia mati. No point. I need her alive. When the time comes...she will be work with us."
Lelaki bertatu itu pandang tidak pasti. Melihatkan sikap nekad Athena. rasanya ianya bukan perkara mudah untuk buatkan wanita itu bekerja dengan mereka.
"Boleh saya tahu kenapa tuan hendak lindungi dia?"tanya lelaki bertatu itu lagi.
Lelaki yang ada di hujung meja itu pandang ke skrin ipad dengan sengih nipis di bibirnya. dia sentuh dua kali skrin itu sehingga ia menyala sebelum wallpaper gambar dia dan juga seorang gadis dalam, uniform akademi terpapar.
"Long short...just keep her live. I need her." katanya sambil menatap gambar dimana dia kucup pipi itu dengan senyuman di bibir.
10 tahun berlalu begitu saja. Ingat lagi tidak orang itu terhadap dirinya. Atau sudah lupa?

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AksiSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...