Bila mata jarum tu nak sentuh tangan dia, cepat-cepat dia tarik tangan dia semula dan jeling ke jururawat lelaki dekat sebelah katil.
"Apa tu?"tanya dia sambil lirik akan cecair yang bersambung dengan tiub IV jururawat lelaki tu tengah pegang. Entah racun entah dadah, mahunya rosak dia nanti! Hish..suka hati betul!
"Ianya adalah antidot untuk racun yang ada di dalam badan awak."jawab Xion dekat sebelah katil satu lagi. Lelaki tu berdiri sambil silang tangan ke dada sejak tadi.
Athena pandang ke Xion dengan muka judging. Lelaki ini mempunyai susuk badan yang lampai berwajah bersih tanpa misai mahupun janggut dan berambut pendek pacak dan bermata dingin. Bahu dan dada lelaki tu sama bidang. Bezanya tiada cermin mata yang dipakai.
Antidot?
Racun dekat badan?
"So what?Yang kau sibuk nak selamatkan aku kenapa?"soalnya.
Jururawat lelaki tu cuba pegang tangan Athena sekali tu, Athena hayun penumbuk secara refleks dekat muka tu.
Seperti ninja, jururawat tu angkat tangan lalu capai penumbuk Athena macam tu je lalu kembali menyambung tugas dia untuk cucuk tiub IV ke tangan tu.
Woaw!Sempat lagi tu elak?Athena pandang tangan dia masa jururawat tu pegang dan tusuk benda alah tu dekat permukaan tangan lalu ditampal dengan pita.
"Dengar, saya tahu ianya agak random dan pelik. Tapi percaya atau tak, saya tak ada niat jahat pada awak."jelas Xion tak lama lepas tu.
Athena pandang ke Xion dengan kening berkerut tak faham. "Kalau macam tu beritahu aku, ramai-ramai orang dekat luar sana yang berebut nakkan kepala aku, dan kau dekat sini cuba selamatkan aku?Masuk akal ke semua ni?"soal dia semasa bersila dekat atas katil selesakan diri.
Xion turunkan tangan ke sisi lalu tunduk memegang kepala Athena sambil tersengih. "Not everyone my queen.."
Athena terus turunkan tangan tu dari kepala dia sebelum pandang ke jururawat lelaki yang ada di sebelah katilnya dengan muka 'WTF'. "Kau dengar tadi? Ke aku yang salah dengar?" tanya dia pada jururawat tu. Tak nak perasan dia seorang je dengar apa Xion baru cakap tadi. Buat tebiat apa!
Jururawat tu buat tak endah sebelum gerak pergi dari situ dan tinggalkan Athena sendirian dengan Xion.
Melihatkan jururawat tu buat tak dengar, Athena buat muka masa pandnag belakang kepala tu.
Hak'alah! Berlagak betul! Tanya je kot. Dia jeling semula ke Xion. "Apa kau panggil aku tadi?My queen? Eh...apa sebenarnya kau nak dari aku ni...boleh tak jangan nak pelik-pelik." soalnya dengan jengkel.
"Nothing. I just want you be safe."Xion berdiri tegak semula dan seluk sebelah tangan ke dalam poket seluar.
Mata Athena naik turun. Dia pandang muka Xion buat beberapa saat sebelum ke mata lelaki tu. Suara. Check. Mata. Check. My queen? Hold up a second!
"Sekejap...jangan cakap dekat aku apa yang aku nampak malam di hospital hari tu bukan mimpi..."tanya dia. Well satu malam tu dia macam bermimpi nampak orang bertopeng mulut suntik dia sesuatu. Kemudian terdengar ucapan yang sama sekali lagi.
Xion tersenyum. Lalu mengangguk kepala. "Betul. Ianya bukan mimpi. Saya memang ada di situ dan bantu sembuh kan awak buat pertama kalinya."
Athena buat muka. Excuse you? Say what?"Kenapa kau tolong aku?Ada something yang kau nak aku buat atau..?"
"Saja..."geleng Xion.
Dasar si pelik. Athena pandang Xion atas bawah dengan curiga. "Mana ada orang buat baik saja-saja tanpa sebab...mesti ada niat di sebaliknya....just beritahu je la apa benda nya?"
Xion tunduk pandang ke lantai buat beberapa ketika. Cuba fikirkan sama ada dia patut beritahu atau tidak. Tiba-tiba pulak rasa teragak-agak. Kalau anak buah dia tengok dia macam ni, mesti akan jadi bahan gelak mereka.
"Oi...dengar tak..malah diam pulak.."kata Athena bila dia tengok Xion diam tak berespon.
Perlahan-lahan Xion angkat mata dia lalu memandang Athena tepat ke mata tu. "Sebab saya nak gunakan awak untuk tarik perhatian seseorang."luahnya.
"What?!"Athena bulatkan mata dengan luas. First time dia jumpa orang cakap direct dengan dia macam ni! Woaw! Nampaknya lelaki depan dia ni tak bergurau. "Kau serius ke ni?"
"Ya saya."jawab Xion.
"Siapa?Siapa orang yang kau nak tarik perhatian tu?"kening Athena mencerun tajam.
"Awak tahu siapa...nak saya katakannya juga ke?"Xion tarik sengih meleretnya dengan sinis.
Lama Athena berfikir. Berkira-kira, siapa pulak yang dimaksudkan Xion ni. Dan bila Xion senyum penuh maksud ke dia,terus Athena tersentak.
Takkan la!Athena buat muka terkejut dia. "Robin Hood?"sebutnya dengan perlahan.
Xion tersenyum puas. Dia kemudiannya duduk di atas katil menghadap Athena yang sedang bersila. "Yes my queen...they are. And I need you so that I can destroy them."
Air muka Athena jatuh dari terkejut ke risau lepas dengar. Musnahkan mereka? Kenapa ramai yang nak musnahkan mereka. Dan kenapa target mereka mesti dia jugak. Memangnya dia ada kaitan apa dengan organisasi Robin Hood ni! "Kenapa aku?"
Lantas Xion selak rambut panjang Athena yang menutupi mata tu ke belakang telinga dengan lembut. "Sebab saya tahu awak adalah titik kelemahan mereka."kata dia sambil tu.
Kening Athena semakin mencerun. What the heck!"Apa yang buatkan kau fikir macam tu?Apa buktinya?"
Xion ketawa kecil. "Awak mesti penat."dia kemudiannya gerak betulkan bantal dekat situ lalu dorong Athena ke belakang supaya baring. Athena pulak ikutkan je sebab tak tahu nak bagi reaksi apa. "Rehat la dulu. Esok hari yang panjang. Ada musuh yang kita perlu hapuskan.." Xion tarik selimut naik tutup badan Athena. Setelah itu dia tunduk mendekat ke muka Athena. "Have a good rest my queen." ucapnya sesaat semasa mengucup dahi panas tu lantas berdiri tegak semula dan berpaling dari situ.
Terkebil-kebil mata Athena lepas tu. Macam tak percaya je dengan apa yang baru dia dengar tadi. Selamba pulak kiss dahi dia. Ingat dia ni siapa. What a freak. Siapa si Xion ni! Dan apa isu lelaki ni dengan Organisasi Robin Hood?
Dan kenapa dia masih baring dekat sini lagi?
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...