Empat penjuru di corner dengan empat kumpulan berbeza pakaian
Sebelah kanan terdapat sekumpulan fighter berpakaian hitam dengan line merah di setiap kolar dan lengan pakaian
Sebelah kiri satu kumpulan yang terdiri daripada 6 barisan yang mempunyai lima orang berpakaian kelabu putih dengan strap tali anak panah tergantung di bahu masing-masing.
Sebelah tengah satu kumpulan yang terdiri daripada 15 orang dengan pakaian bersut lengkap bertali leher dan tinggi lampai.
Sebelah depan iaitu dari arah bangunan utama, kira-kira 15 orang mengenakan pakaian serba hitam dan topeng di mulut kecuali orang paling hadapan.
Ryder, Gilbert dan semua yang menyaksikan kemunculan kumpulan itu hanya pandang berkerut tak percaya. Dan lepas nampak dengan jelas akan wanita yang jalan sambil diiringi kumpulan orang bertopeng mulut itu, mereka semua pandang tak percaya.
Gilbert gerak nak dapatkan Athena tapi pada yang sama, Ryder pun ikut berlari ke arah Athena.
Namun sebelum dua orang itu sempat dapatkan Athena, satu barisan dari kumpulan berbaju hitam line merah iaitu pasukan dari Zach buat penghadang depan Ryder dan Gilbert dalam sekelip mata.
Ryder dan Gilbert tersentak.
Sementara Athena dekat belakang barisan itu hanya berdiri di situ. Memerhati dua lelaki di depannya dengan muka konflik. Yalah, macam mana la dua orang ni nak berbesan if one day dia dan Ryder berkahwin? Tak ke haru hidupnya. Jadi untuk settlekan semua ni, dia terpaksa ambil keputusan ni.
"Athena...kamu tak apa...mari ikut ayah."aju Gilbert sambil hulur tangan.
"No...Thena...ikut aku."Ryder pula hulur tangan ke Athena.
Sambil silangkan tangan ke dada, Athena jalan lepasi barisan itu lantas berdiri menghadap ayahnya dan Ryder silih ganti.
"Macam mana?"tanya dia lepas tu. "Nak saya belah dua ke badan ni?"Athena ajukan tangan ke badannya seakan mahu belah dua.
Semua di situ kaku memerhati tiga kepala yang berada di tengah-tengah laman antara kumpulan para fighter, combater dan ninja di situ.
"Jadi kau ambil keputusan untuk pilih ayah kau?"soal Ryder. "Lelaki tak ada hati perut dan kejam ni?"tundingnya ke Gilbert sambil pandang Athena dengan kening berkerut kecewa.
Gilbert yang dengar komen itu berpaling pantas ke Ryder dan dalam masa yang sama dia acukan pistol ke kepala Ryder.
Tindakan itu menyebabkan pengikut Ryder secara automatik keluarkan senjata masing-masing dan gerak hendak menyerang Gilbert.
Dan diikuti oleh pengikut Gilbert yang keluarkan senjata masing-masing mahu pertahankan Gilbert pula.
Athena dan yang lain saja tak terkutik dengan keadaan itu mereka hanya berdiri di situ memandang Athena. Arahan yang mereka terima dari ketua masing-masing adalah fokus pada Athena tak kira apa sekalipun yang berlaku. Sebab lead command mereka adalah Athena. Maka hanya Athena saja yang boleh buatkan mereka bergerak.
"Father...put your gun down please..."arah Athena tak lama lepas tu.
Gilbert pandang kecewa ke Athena lepas dengar arahan itu.
Sementara Ryder pulak dah nak tarik sengih bangga.
Sekali tu Athena berkata lagi. "Dan kau Ryder...watch your language while talking to my father."
Jatuh terus air muka Ryder sesaat kemudian.
Athena lepaskan hela nafas panjangnya."Sekarang pilih,selesaikan secara damai atau berperang?Mana satu?"aju dia pada dua orang di depannya.
Gilbert yang tak fikir panjang terus melafaz. "Perang. Ayah tak peduli apa hubungan kamu dengan penyangak tak guna ni!Apa ayah tahu dia perlu di musnahkan."tegas Gilbert.
Ryder apa lagi, dia melawan jugak. "Oh ya...try la kalau macam tu...ingat saya takut."
Kepala Athena pandang kanan dan kirinya silih ganti. Dua orang ni saling tak ubah macam budak tak matang. Masing-masing tak nak mengalah.
"Okay fine...kalau macam tu kita berperang..." sampuk Athena semasa pegang dua pistol dari poket tali pinggang di belakangnya. "Siapa yang tumbangkan orang paling ramai dia adalah pemenangnya. Dan orang yang menang tu boleh buat keputusan akhir..."kata dia sebelum keluarkan pistol lalu di pegang dengan kedua-dua tangan.
Gilbert dan Ryder pandang serentak ke Athena. "WHAT?!"
"Kamu nak ikut sekali?Kalau begitu kamu berpihak pada siapa?"tanya Gilbert dumbfounded.
Ryder ikut setuju dengan soalan Gilbert.
Sambil tarik stater peluru ke belakang pada kedua-dua pistolnya Athena ketawa. "2 vs 1 honey....saya lawan awak berdua. Dan awak berdua pandai-pandai sendiri. Call?"aju dia dengan bersahaja.
Mesti seronok!
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...