Part 52

884 82 1
                                    

Tiga hari kemudian...

Di tengah malam.

Langit hitam.

Bulan penuh. Terang benderang memancari apa saja yang ada dekat dengan sekitarnya seperti matahari.

Sampaikan tak perlukan cahaya lampu untuk melihat dalam gelap malam tu.

Dan semasa semua orang berada di poat dan hostel masing-masing. Para pengawal yang bertugas jalan berlegar-legar di sekitar bangunan dan kawasan jagaan mereka.

Sekejap mereka ke kanan. Sekejap mereka ke hilir.

Sekejap mereka berdiri. Sekejap mereka berjalan.

Seorang dari pengawal kemudiannya berdiri menghadap kawasan hutan lebat di depannya sambil pegang senapang di tangan. Matanya meliar ke sekeliling cuba mencari apa-apa yang ganjil di situ. Dan bila yakin tiada, pengawal itu pun berpaling hendak ke arah belakang.

Baru saja dia berpaling, tiba-tiba sesuatu berdesup muncul dari dalam gelap lalu mengenai belakang badannya. Lantas pengawal itu jatuh tumbang meniarap di lantai sebelum darah mengalir keluar dari badan tu.

Masa itu la, muncul berpasang-pasang mata merah menyala seakan lampu neon dari gelap lalu diikuti beberapa susuk badan berpakaian combat, bertopeng muka, bersenjata di tangan timbulkan diri.

Mereka berderap menyelinap dari hutan itu ke tepi dinding bangunan dengan senyap. Tertunduk-tunduk mereka di situ untuk elakkan diri dari di kesan.

Dan bila seorang dari mereka beri isyarat

Bergerombolan bala tentera muncul dari dalam.gelap lalu berpecah kepada beberapa kumpulan mendekati pusat kawalan utama Blue House.

Ada yang gerak ke bangunan tiga tingkat, ada yang gerak ke tempat markas dimana penyimpanan senjata di letakkan. Ada yang gerak menyelinap masuk ke dalam bangunan hoatel dimana para staf dan tentera tinggal menginap.

Dan akhir sekali, kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli gerak ke arah bangunan dimana tahanan di tempatkan.

Mereka masuk ke dalam begitu saja tanpa susah hati. Lalu tembak sesiapa saja yang mereka nampak menghalang laluan mereka.

Mulanya muncul pengawal dan warden yang bertugas, ditembak. Kemudian beberapa orang lagi pengawal yang ada di tingkat lain turut di tembak. Selagi tak temui orang itu selagi tu mereka tak berhenti.

Di luar bangunan penjara...

Bunyi siren amaran kedengaran di seluruh kawasan itu. Bunyi tembakan dan laungan kedengaran silih berganti sebelum letupan terjadi di beberapa buah tempat dengan serentak.

Mereka yang ada di dalam bangunan terkocoh-kocoh lari keluar dari situ. Mereka terlalu cemas sampai ada yang jatuh tersungkur di situ sewaktu melarikan diri.

Tidak menjangka akan serangan itu, mereka hanya mampu balasa serangan dengan senjata yang mereka sempat capai semasa mahu larikan diri dari tempat letupan.

Berdentam detum bunyi letupan dan tembakan yang ada di situ bila kumpulan yang diketuai oleh Xion menguasai tempat tersebut.

Tubuh bergelimpangan, debu berada di merata tempat, serpihan batu berterabur. Runtuhan bangunan diselangi dengan api marak membakar, membuatkan tempat itu saling tak tumpah seperti kapal yang baru di langgar ombak badai.

Jeritan demi jeritan.

Letupan demi letupan.

Bersalah atau tidak

Semuanya menjadi mangsa keadaan di situ.

Dan mereka yang menyerang itu sikit pun tak nak berhenti apa lagi tunjuk belas kasihan mereka.

Seperti berjam lamanya semua itu berlangsung, kumpulan yang pergi bangunan penjara tadi keluar. Namun bertangan kosong. Mereka tidak dapat mencari orang yang mereka mahu temukan. Penjara itu sama sekali tiada jejak orang itu.

Pendek ceritanya, orang yang mereka cari sebenarnya tak pernah ke sini.

Di balik kekecohan itu, munculnya beberapa helikopter di udara, kenderaan tentera dan beberapa jentera combat menerjah kawasan kejadian bersama puluhan para askar berpakaian tempur berarak masuk ke dalam.kesibukan itu.

Ibarat scene avenger dimana semua pahlawan berkumpul mahu melawan thanos and the squad, mereka menyerang pasukan Xion yang ada di situ tanpa membuang masa.

Kumpulan Xion yang tidak mahu mengalah terus maju menyerang pasukan pertahanan dari Blue House dan gabungan beberapa agensi pertahanan negara itu.

Namun pasukan Blue House yang lebih ramai dan kukuh itu dengan mudah melumpuhkan serangan tersebut. Ada yang mereka bunuh, ada yang mereka belasah cukup-cukup. Ada juga yang mereka tangkap hidup-hidup terutama sekali mastermind kumpulan itu.

Iaitu Xion.

Lelaki itu tertangkap sewaktu mahu melarikan diri ke arah hutan.

Sisa yang ada di sini terpinga-pinga diselaputi debu dan kesan abu terbakar di wajah dan pakaian masing-masing tu rawat oleh pasukan perubatan yang tiba tak lama kemudian.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now