Part 47

859 80 1
                                    

"Safety belt Athena."pesan Ken dekat sebelahnya.

Dia yang tengah jengkel dan tiada mood tu buat tak endah. Dia pantang bila di arah itu ini masa dia tak ada mood nak buat apa-apa.

"Boleh tak jangan nak buat perangai time macam ni?Apa lagi yang tak puas hatinya lagi. Kau dah jumpa family seperti yang kau mintak kan?"bebel Ken semasa pasangkan seatbelt untuk Athena bila Athena buat tak endah dengan dia.

Buat-buat pekakkan telinga, Athena lemparkan pandangannya ke tingkap kapal terbang. Melihat trek pelepasan pesawat yang mana bila-bila masa saja akan berlepas dari sekarang.

Mana la Athena tak grumpy! Dia orang berikan dia had masa yang singkat untuk bertemu dengan keluarganya. Tak sampai sehari dia di sini, dah kena naik pesawat semula untuk ke Blue House pula.

Siapa tak angin!

Kalau budak-budak pun meragam!

Inikan lagi orang dewasa macam dia!

Dekat 15 minit kemudian, pesawat itu pun berlepas.

Ken pula sudah tertidur sambil pasang earfon di telinga.

Athena pula sibuk lawan mata dengan budak kecik yang duduk di seat depan dia. Budak itu sekitar 2-3 tahun. Budak perempuan. Bermata bulat dan berambut kerinting. Sedang di dukung oleh si ibu yang sepertinya cuba untuk mendodoikannya.

Budak kecik itu sedang hisap puting bentuk kepala monyet dekat mulut tu tak berkedip memandang Athena sekarang.

Athena buat muka. Hak alah...budak kecik pun nak lawan dia ke? "Wekk.."jelirnya dengan senyap sambil tarik bawah mata dengan jari. Merong!

Sekali budak kecik itu jatuhkan puting monyet itu dari mulut bersama air liur meleleh disekitar bibirnya.

Athena ingat budak itu mahu menangis, sekali tu dia di jelir semula dengan budak itu. Terkeluar la lidah pink yang kecik dan pendek itu dari mulut tu.

Menahan nafas terkejut, Athena buat muka comel tak puas hati sambil kembungkan pipi.

Hal itu buatkan budak itu tersengih mahu ketawa kerana seronok.

Berasa seronok mengagah budak itu, Athena buat kuku harimau depan mukanya lalu acah-acah jadi harimau.

Budak itu tersengih luas sambil mengalirkan air liur dari mulut.

Terus ketawa Athena kerana terusik dengan kecomelan budak di depannya. Tidak puas lagi bergurau dengan budak itu, Athena gerak hendak buat muka kelakar yang lain.

Tapi tiba-tiba je mak budak tu gerakkan anak tersebut menghadap ke depan dan buatkan Athena hilang akses untuk berinteraksi dengan budak itu.

Sambil melepaskan keluhan bosannya, Athena sandar ke belakang semula sambil tarik muncung merajuk sebelum perasan dari ekor matanya yang dia sedang diperhatikan.

Dan bila dia pandang, Ken rupanya sedang memerhatikan dia. Jelas dekat muka lelaki tu beritahu macam lelaki tu baru nampak Michael Jackson hidup semula.

"Apa?"tanya Athena serta mereta.

Ken kedipkan mata seakan tak percaya dengan apa di lihat lalu menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa."nafinya.

Berasa curiga dengan jawapan itu, Athena sondong ke Ken sambil kecikkan mata. "Cakap. Aku tahu ada something dalam fikiran kau...apa!"tunding dia depan muka Ken.

"Kan aku dah cakap tak ada apa-apa."nafi Ken lagi.

Dan baru saja Athena gerak mahu mencekau kolar baju Ken, masa itu la lima orang lelaki berdiri dari tempat duduk masing-masing dan melaung dengan serentak.

"Jangan bergerak atau kami tembak! Kapal terbang ini telah di hijack! Sesiapa berani bergerak dari tempat masing-masing akan kami tembak!"

Seperti baru kena tampar dekat belakang kepala, Athena buat muka dumbfounded dia lepas dengar. Tak terkejut tapo terkesima.

Yalah...tahu tak dia kalau boleh nak berehat dari beraksi. Dan sekarang datamg lagi bala entah dari mana-mana ni nak spoilt perjalanan dia?

Guys! Seriously? Memangnya tak ada kapal lain apa nak di hijack?

Berasa bengang dengan semua itu, Athena dongak mengerang setelah itu.

Ken yang ada di sisi pandang awas ke sekitar pesawat tu bila jumlah lima lelaki tadi jadi lapan orang dan penumpang lain dalam pesawat tu mula tunjukkan tanda gelisah.

Ada yang buat muka nak menjerit tapi tak jerit.

Anak-anak yang ada di situ di peluk oleh ibu bapa masing-masing.

Ken pegang lengan Athena lalu di ramas erat. Dia tak nak Athena bahayakan diri. Mereka bukan lawan Athena.

Merasa sentuhan pada lengannya, Athena pandang tangan Ken sebelum ke muka lelaki tu dengan muka tak puas hati.

Ken geleng kepala perlahan tanda melarang pada Athena.

Sementara Athena menjuling mata tak peduli.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now