Part 29

886 79 2
                                    

Dia cuba.

Cuba.

Dan cuba okay.

Unluckily!

Still f*cked up!

Even dengan otak geliga dia yang superb lagikan marvelous mega awesome dan power ni masih gagal untuk keluar dari kubu ni.

First day!

Gunakan alarm kecemasan kebakaran. Dia bakar kertas pada alat detector asap dalam.bilik rawatannya. Dan berjaya aktifkan sistem kecemasan tempat ni. Tapi entah macam mana masa dia larikan diri, boleh pulak tertangkap sebab pintu tak boleh bukak.

Second day!
Dia selinap keluar pada waktu malam dan cuba masuk ke bilik sistem mereka dengan menyamar menggunakan pakaian dan ID card pengawal yang dia pengsankan. Menggunakan card tu dia bukak sebarang pad keselamatan yang ada dekat situ untuk cari jalan keluar. Sekali tu tahu apa yang jadi. Seronok punya seronok swipe ID card dekat setiap pad keselamatan, sekali tu, bilik sidang dimana Xion berada jugak dia bukak. Hmmp. Memang kena tahan balik la jawabnya.

Third day!

Disebabkan pintu tak boleh pakai. Dia nekad untuk terjun dari bangunan tu terus. Tapi itu la. Dia cuba cari parachute atau peralatan yang dia boleh gunakan untuk turun dari bangunan ni. Jumpa tu jumpa. Sekali bila dah keluar bangunan. Ada halangan lain pulak. Dia orang punya tembok tu...alahai. lemah semangat betul! Give up punya pasal, dia dengan rela hati masuk semula ke dalam bangunan dan ke bilik tahanannya semula tanpa bergelut.

Forth day!

No.

Na'ah.

No more try.

Sumpah.

Dia give up!

Rasa buang masa dan tenaga je buat semua ni!

Serious talk!

Hari kelima, baru la Athena dibenarkan keluar dari bilik tahanan dan diberikan pakaian tertib selaian baju pesakit dan pijama tidur semata. Siap ikat rambut, pakai kasut but combat, baju sut combat tapi berskirt. Kemudian dia diiring dengan beberapa orang pengawal ke sebuah ruangan yang ada dalam kubu tu.

Belok sana belok sini pusing sana pusing sini, naik keluar masuk lif baru la sampai ke destinasi. Dah macam dalam puzzle maze je perasaannya masa tu. Kalau macam ni sampai ke sudah la dia tak berjaya larikan diri dari sini melainkan Xion bebaskan dia.

Berdiri saja depan pintu besi, Athena di tinggalkan dekat oleh pengiring sehingga la pintu besi itu terbuka.

Berdengung telinga dengan bunyi pintu besi tu terbuka. Tapi sikit pun tak buat Athena terkutik. Malah dia buat muka grumpy dan tangan bersilang di dada tanda tak puas hati dan protes dengan penahanannya ini.

Tak!

Tak!

Tak!

Bunyi tapak kasut Athena kedengaran sebaik dia melangkah masuk ke dalam. Kehadiran Athena terus memecahkan kesunyian ruangan yang lengang itu.

Di situ terdapat empat set sofa di tengah-tengah ruangan tu. Setiap set sofa terdapat tiga dan empat set tempat duduk. Dekat satu sofa tu ada dua orang dah duduk. Satu set yang menghadap pintu masuk, Xion yang duduk.

Elok je Xion bangun nak pelawa Athena duduk sebelah dia, sekali tu Athena tak hiraukan dia.

Bersama muka tak puas hati Athena mendekat ke sofa kosong menghadap dua lelaki tadi sebelum duduk henyak punggung dengan marah. Entah apa lagi la Si Xion ni nak meraban.

"Macam mana hari ni?Dah cuba nak larikan diri lagi ke?"seloroh lelaki pertama lepas Athena silangkan kaki lepas duduknya.

Bersama jelingan menyampah Athena kerling ke lelaki yang dia kenali sebagai MK itu. Lelaki yang bertanggungjawab menghalang dan menangkap dia semula setiap kali cuba larikan diri sejak beberapa hari ni. Cuma tunghu masa je lelaki ni kena belasah dengan dia nanti.

"Apa kau ni...saja je nak jengkelkan orang." singgul lelaki ke dua ke lengan MK, Jake. Lelaki yang bertanggungjawab jaga hal ehwal Athena sepanjang masa Athena di situ. Dari makan minum, pakaian, tidur jaga, hingga ubat-ubatan sendiri.

Nak banding MK dan Jake. MK lagi banyak ingatkan Athena pada Kaiser. Berlagak dan menjengkelkan pada masa yang sama!

"Ada apa ni?"renggus Athena sambil pandang ke bingkai gambar peta besar yang menghadap dia. Cantik!

Xion yang sejak tadi perhatikan penampilan Athena yang kelihatan segar dan sihat dari sebelumnya tarik senyuman senang. "Saya perlu sampaikan sesuatu pada awak."

Lalu Athena palingkan kepala. Dia tunjuk dengan menyampah ke dua lelaki di depannya. "Dengan jebon ni sekali?Memangnya tak boleh kita berdua je?"

"Hak ala...perempuan ni.."MK dah bangun nak ke depan tapi Jake dudukkan dia semula.

Xion tarik sengih nipis. "Sesuka saya kalau kita berduaan, still mereka adalah orang tertinggi di sini selain saya."ujarnya dengan profesional.

Lepas dengar, MK dengan bangga kemaskan pakaian dia. "Hah..dengar tu."

Athena berdengus menyampah. Ingat dia kisah! Jelingan tak suka diberikan kepada MK sebelum dia pandang ke Xion semula. Makin lama dia perhatikan, lelaki ini semakin hari semakin segak penampilannya. Hairan. Ke mata dia yang salah pandang.

"So what is it?Apa bendannya yang kau nak bincangkan?"tanya dia.

Xion sondong ke depan lalu capai sampul surat dari meja kopi depannya lalu bangun untuk diserahkan kepada Athena.

Bila sampul tu di sua ke depan dia, Athena pandang sampul tu laku ke Xion silih ganti untuk seketika kerana tak mahu. Last-last dia lepaskan keluhan mengalah dan ambik jugak sampul tu.

Xion pulak sabar je hulur sampul coklat tu dekat Athena sampaila diambil.

"Apa ni?"tanya dia masa ambil sampul tu lalu di buka bibir sampul tersebut tanpa berlengah.

Dengan bersahaja Xion ambil tempat di sisi Athena. "Tengok la dulu."

MK tarik sengih meleret dia masa perhatikan Athena. "Maybe kau perlukan tisu...mana la tahu kan."

Jake siku lengan MK sekali lagi.

Tanpa hiraukan komen itu, Athena keluarkan isi sampul tersebut iaitu helaian kertas. Sekali bila di tarik, habis berterabur kepingan gambar dekat atas ribanya.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now