Hmm...
Dah kali ke berapa dia ada dalam bilik ni?
Rasanya...
Entah la...dia lost count.
Dah banyak kali sangat keluar masuk bilik soal siasat ni.
And kali ni harap-harap tak ada la yang attack dia dekat sini macam hari tu.
"Kan aku dah beritahu, berapa kali nak ulang. Aku tak tahu. Aku tak tahu. Faham?"ulang Athena dengan nada malas. "Kalau aku explain sekalipun, kau orang nak percaya ke? Hah? Beritahu aku...kau orang nak percaya cerita aku?"lalu kepalanya di palingkan ke cermin tinted dekat sebelah kanan bilik ni. Seriously!
Debris yang duduk dekat depan Athena beri renungan mencerun. "Kalau macam tu beritahu...apa dah berlaku selama tiga bulan kamu menghilang...adakah kamu berjaya lakukan misi kamu?"
Athena menjungkit bahu. "You think?"
BANG!
Debris pukul permukaan meja tu dengan kuat. Tapi Athena tak berkedip pun. Malah buat muka memberontaknya. Ingat dia takut. Please la. Dalam situasi sekarang bukan Debris yang patut marah tapi dia.
"Athena...kamu rasa semua ni satu gurauan ke buat kamu?Hah?Bila di tanya jawab sambil lewa macam tu...sedar ke tak ni yang situasi kamu tak mengizinkan kamu untuk buat perangai b*tch kamu...!"bentak Debris.
Marah betul dia. Athena ni suka buat keputusan sendiri dan hal tanpa pengetahuan dia. Dan sekarang bila keadaan jadi serius begini, Athena sempat lagi buat sikap tak guna pada dia!
Athena ketawa. Dia lontarkan kepala ke belakang kerana berasa lucu. Bersama sisa ketawanya dia kembali memandang Debris."Situasi?What situation you talking about?Hah?"tanya dia sambil tersengih lebar.
Debris berdengus kasar. "Kamu buat-buat tak tahu atau memang tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni Athena?"tanya dia.
"Apa?Hah...apa dia?Beritahu aku.."soal Athena yang masih ketawa.
Rahang Debris terketik bengang.
Orang di dalam bilik pemerhatian ikut fed up bila perhatikan tingkah Athena yang sikit pun tak boleh nak serius...
"Kamu tahu apa yang sedang berlaku sekarang bukan?"tanya Debris.
Lalu senyuman Athena terus hilang dan renungannya mencerun tajam sewaktu menatap Debris.
"Of course la aku tahu...cuma aku tak tahu situasi apa yang kau maksudkan. Kau tanya pasal situasi yang aku sedang diburu oleh pembunuh upahan yang kau orang upah ke situasi di mana khabar angin mengenai pembelotan aku disebarkan ke kes Organisasi Robin Hood yang serang pesawat yang aku naik tadi ke...atau situasi dua orang presiden yang masih dalam tahanan ke-"sebut Athena sambil hitung guna jarinya.
Debris dan semua yang ada di situ pandang Athena tak berkedip. Perempuan ni kan!
"Situasi di mana kau orang sanggup belot aku dengan percayakan kata orang dan label aku sebagai pengkhianat. Seriously?"Athena lentokkan kepalanya ke kiri sambil menjungkit kening sebelah kiri sambik sengih sinis.
Terbuka tutup mulut Debris bila dia bingung nak jawab apa. "Kamu yang buat nama baik.kamu tercemar..."bidasnya tak lama kemudian.
Athena sandar ke belakang lalu silangkan tangan ke dada dan angkat kakinya di atas meja setelah itu.
"I agree that....but as a leader you should defend me...no matter what I do at the field or on the mission...."balas Athena.
Debris berkerut kening, dia kepal erat-erat jari jemarinya dengan kuat.
"Ke aku ni tak penting buat kau orang lagi dah?Dari dulu sampai sekarang...tak habis-habis nak susahkan hidup aku...kau tahu tak apa aku dah letakkan untuk kesetiaan aku buat tempat ni dan negara ni walaupun orang pergunakan atau perdayakan aku....belot dan aniaya aku..belum lagi yang tikam dari belakang...?"sambung Athena lagi.
Berlagak betul! Nak pertikaikan kewibawaan dia konon. Sedangkan diri sendiri pun belum tentu lagi macam dia.
"Athena saya..."Debris hilang kata-kata.
"Dah...aku tak nak dengar apa-apa. Sekarang ni keputusan goverment apa. Bunuh aku?Penjarakan aku?Buang identiti?Kawalan pergerakan?What?"soal Athena sambil belek hujung rambutnya dengan minat.
Sambil buat muka serba salah, Debris tundukkan pandangannya ke bawah kerana tak tahu nak cakap macam mana lagi. Srbabnya apa yang Athena cakap tak ada yang salahnya. Sebab memang betul pun.
Dari dulu lagi sebenarnya.
Sejak Athena berkecimpung dalam bidang ni Athena sekali pun tak pernah gagal. Semuanya berjaya di selesaikan oleh Athena. Sementara orang lain, yang bekerja dalam kumpulan lun tak dapat nak capai apa yang Athena capai.
Tapi semua usaha Athena tak pernah di beri penghargaan. Malah tak di pandang tinggi oleh kerajaan pun. Ibaratnya mereka hanya pandamg Athena sebelah mata je. Dan anggap Athena wujud tak wujud.
Yang peliknya bila perlu dan terdesak tahu pulak mereka cari Athena.
Dan bila tak di perlukan, mereka malah buat tak peduli mahupun hiraukan Athena.
"Sidang mahkamah tentera akan dijalankan untuk kamu tiga hari dari sekarang. Setelah itu baru kita tahu apa yang mereka bakal berikan kepada kamu sebagai hukuman nanti." jelas Debris dengan suara kecilnya.
Athena turunkan kaki dia dari meja tu lalu selak rambutnya ke belakang dan sarung semula jaket denim yang sejak tadi dedahkan badan dia yang hanya mengenakan tank top sahaja.
"What ever la...asalkan aku tak terlibat dengan kau orang lagi sudah. Serik tahu tak." balasnya bernada tak peduli.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AcciónSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...