Part 32

998 86 0
                                        

Hujan turun dengan lebat petang tu,

Langit gelap mendung tiada matahari.

Jalan pula sesak dengan kenderaan.

Di laluan pejalan kaki, mereka yang berjalan kaki bersahaja mengatur langkah di bawah payung masing-masing. Sikit pun tak rasa tergesa-gesa walaupun sedang ditimpa hujan.

Namun antara yang memakai payung di situ, kelihatan seseorang dengan berani meredah hujan di situ dengan mengenakan jaket dan hoodie di kepala.

Orang itu jalan sambil seluk tangan ke dalam poket dan tundukkan ke bawah. Rambut panjang terdedah keluar dari hoodie yang dipakai itu basah dengan air hujan yang menimpa.

Kakinya melangkah memijak lantai pavement dengan derap yang seragam. Tidak cepat tidak lambat. Biasa-biasa.

Dan di belakang pula, terdapatnya tiga lagi pasang kaki mengekorinya dengan senyap sejak tadi.

Mereka jalan dan jalan sehingga la tiba di selekoh sebuah lorong. Bila orang berjaket hitam kalis air tu belok, tiga orang tu pun ikut belok.

Apabila ketiga-tiga mereka tiba di hujung laluan belakang bangunan, mereka hanya bertemu dengan jalan mati, tidak orang yang mereka ekori.

Hairan dengan hal itu, mereka pandang antara satu sama lain bertanya apa yang berlaku. Ingin pastikan mereka tak lepas pandang.

Dari atas, di dinding sebelah kanan, tergantungnya orang itu seperti spiderman memerhati mereka.

"Kau nampak dia tadi?"

"Kau sendiri tengok tadi kan..."

"Habis tu macam mana dia boleh hilang?"

Bila seorang dari mereka gerak nak dongak pandang sekeliling, masa itu la kelibat berjaket lompat dari dinding lalu jatuh mendarat ke atas bahu seorang dari mereka.

KEDEBUK!

Jatuh saja mereka berdua atas lantai yang basah itu, dia bangun dari situ dan lepaskan tembakan tepat di tengah kepala lelaki pertama.

SPLAT!

Senyap dan kemas saja peluru tu keluar dari spygunnya.

"Tembak dia!"laung lelaki kedua dengan cemas lepas nampak darah bertakung sama dengan air hujan yang turun dekat lantai tu.

Semasa lelaki ketiga selak jaket kulit yang dipakai mahu mengeluarkan senjata, masa itu la dia diterpa dari arah depan sebelum dadanya ditikam dengan sebilah mata pisau yang ada di lengan penyerangnya.

SPLASH!

Terpancut keluar darah melalui kesan tikaman tu setelah dia tarik semula pisaunya dari dada ni. Lantas dengan tenang dia berdiri tegak menghadap lelaki kedua yang sepertinya kalut hendak keluarkan senjata dari belakang seluar.

Dasar amatur!

Butang di tapak tangannya di tekan dengan jari tengah. Buatkan pisau yang ada di lengannya masuk semula ke dalam lengan jaketnya. Lalu spygun yang di pegang dengan tangan kanannya di acukan ke lelaki kedua.

"Freeze."arahnya. "Or I shoot you."

Lelaki kedua tu dah dapat pistolnya tapi terlepas lalu jatuh ke bawah kaki sebab terkejut dan kalut dalam masa yang sama semasa angkat tangan surrender.

Lantas hood di kepalanya diturunkan ke bahu. Mendedahkan wajahnya kepada pemburu upahan di depannya. Selepas seharian merayau tanpa tujuan dekat bandar ni untuk pancing keluar para pembunuh upahannya. Akhirnya bertemu jugak dia dengan mereka. 

Dengan renungan dingin dia tatap wajah lelaki berjambang di depannya. Tertanya-tanya kenapa orang recehan seperti mereka ini menjadi pemburu untuk membunuhnya. Mereka semua ni tahu tak dengan siapa mereka berurusan.

"Beritahu aku...macam mana kau boleh kesan aku dekat sini?"tanya Athena tanpa berkedip walaupun air hujan waktu itu turun dari kepala lalu melurut ke matanya.

"Kami di hantar dengan bos kami..itu saja yang saya tahu."ujar lelaki itu sambil mematai Athena.

"Untuk apa?"tanya Athena lagi.

"Bunuh!"Bersama renungan dingin, lelaki tu sepantas kilat mengeluarkan satu lagi pistol dari belakang poket lalu melepaskan tembakan ke arah Athena.

BANG!

Tak semena satu tembakan mengenai bahu kiri Athena apabila dia langsung tak sempat nak mengelak.

Lelaki tu ambil peluang untuk larikan diri dari situ setelah perhatian Athena berjaya di alihkan.

Sambil berdesis kesakitan, Athena lari mengejar lelaki tu. Tidak pedulikan akan lengannya yang sakit, dia pecut sekuat hati.

Sehingga la mereka keluar dari lorong tu, lelaki tersebut belok ke kanan lalu merempuh mana-mana pejalan kaki yang ada di laluannya.

Sementara Athena dekat belakang tak berhenti dari pecutannya.

Lelaki tu kemudiannya meredah jalan yang sesak dan sibuk dengan kenderaan itu begitu saja dengan berbahaya. Cubaan untuk lambatkan Athena.

Namun begitu ianya tidak berhasil. Athena malah dengan berani matinya ikut meredah jalan yang sibuk dengan kenderaan itu hingga hampir di langgar. Tapi dia elak dengan melompat ke atas hood kereta dan meluncur di atasnya sebelum mendarat dengan anggun di jalan semula dan menyambung lariannya.

Bila lelaki tu semakin lelah dan tak cukup nafas untuk berlari lagi, dia pandang ke belakang untuk tengok sama ada dia berjaya loloskan diri atau tidak. Sekali tu dia nampak Athena sudahpun berada hampir dengannya.

Athena yang nampak lelaki tu toleh ke belakang makin menyirap. Tunggu la sampai dia dapat akan lelaki tu. Memang mati dia kerjakan! Sambil ketap gigi menahan sakit, dia paksa kakinya pecut ke depan dengan lebih laju lagi. Dan baru saja dia hendak pecut masa itu la sebuah kereta muncul dari arah kiri lalu melanggar lelaki di depannya hingga buatkan tubuh itu tercampak jauh beberapa meter dari kereta tu.

Terkejut dengan kejadian itu, Athena berhenti serta merta di tepi jalan itu sebaik tiba di tempat dimana lelaki tadi di langgar. What the heck?! Dia palingkan kepala ke kereta hitam yang melanggar tadi.

Serius? Dia tak sempat nak tanya mana bos lelaki ni..yang langgar tu kenapa?! Leceh betul! Dah la nak dapat susah..mati pulak tu.

Bila pintu kereta tu terbuka, sebuah payung keluar terlebih dahulu dari kereta sebelum seorang lelaki berdiri di bawah payung itu.

Athena yang sudah kuyup dan cedera itu berdiri kaku sekejap sebab nak tahu siapakah orang yang dah bunuh hasil umpanan seharian dia ni.

Sekali bila payung itu terangkat sedikit, wajah lelaki bersut itu pun kelihatan.

Athena yang pandang wajah tu hampir nak terduduk dekat situ. What the fish! Macam mana dia boleh berjumpa dengan lelaki ni dekat sini?

Bila air hujan merintik mengenai matanya, baru la Athena kedipkan mata taktala perhatikan lelaki berpayung depannya mendekati dia. Lalu dua dari orang dalam kereta tu keluar dan dapatkan tubuh yang terbaring dekat atas jalan tu lantas di sumbat masuk ke dalam bonet kereta begitu saja.

Bersama derap langkah yang tenang dan penuh dengan aura dominan lelaki bersut itu pun tiba depan Athena dan payungkan Athena tak lama selepas itu.

Pucat lesi masa tu muka Athena sebab pendarahan yang dia alami pada bahu kiri. Ditambahkan lagi fengan kedinginan air hujan yang sejak tadi menimpa dia. Namun semua itu sikit pun tak boleh nak bandingkan rasa terkejut yang dia rasai.

"Ryder?"sebut Athena dengan perlahan semasa dongak bertentang mata dengan lelaki lampai di depannya.

"Hai Athena."balas lelaki tu semasa tunduk memandang Athena dengan senyuman nipis di bibir.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang