Seperti baru terjun dari cenuram dan air yang sejuk, dia tersentak bangun dari tidurnya dalam keadaan tercungap-cungap dan peluh merintik membasahi seluruh badan dan pakaian hospital.
Dengan cemas, Athena pandang sekelilingnya. Dia cuba proses apa yang dia baru saja mimpikan atau alami sekarang ni!
Apa yang berlaku? Dia dekat mana?! Nafasnya naik turun laju. Lantas badannya di sentuh, pipinya di pegang. Nak pastikan dia masih hidup dan masih berada di dunia yang nyata.
Mimpi ke?
Hah?!
"Cik?"suara lembut seorang wanita kedengaran dari tepi katilnya tak semena.
Dengan nafas tertahan, Athena pandang ke sisi katil dengan mata terbutang luas terperanjat.
Kalau ada pistol dekat tangan dia sekarang, lama dah dia tembak tadi!
"Cik dah okay?Sakit lagi ke?"tanya jururawat yang berdiri di situ.
Mata Athena yang terbutang itu gerak memandang sekeliling wad kemudiannya. Badan dia dah tak sakit, kepala dia dah tak pening. Perasaan berat yang dia rasa sudah tiada lagi.
Adakah dia bermimpi akan orang bertopeng mulut itu atau nyata buatkan imej samar dimana dia diserang dalam lif muncul.Secara refleks, Athena pun pegang kepalanya sambil berkerut kening. Apa yang tengah berlaku sebenarnya ni?
"Cik!"jururawat tu dekati Athena dengan renungan risau dia bila nampak Athena seakan dalam kesakitan. "Nak saya panggilkan doktor?"
Athena angkat kepala dia lalu pandang jururawat di depannya. Dia kena pergi dari sini!"Berapa lama saya dekat sini?"
Jururawat tu berkerut kening masa pandang muka tak bermaya Athena yang basah dengan peluh dingin itu. "2 hari...cik ingat apa-apa tal tentang apa yang berlaku?"soalnya mengenai kejadian di dalam lif dimana pesakit depannya ditemui tidak sedarkan diri dalam lif bersama tiga orang lelaki yang telah mati.
Athena geleng kepala. Kalau dia ingat memangnya dia nak beritahu ke!?
"Tak apa..cik tunggu sini. Saya panggilkan doktor ke sini." ujar jururawat tu sambil berjalan ke arah pintu sambil tu memandang Athena.
Bersama muka kebingungannya, Athena pandang kanan dan kiri. Cuba cari idea atau sesuatu yang dia boleh buatkan dia ingat semula.
Tapi tiada.
Tiada satu pun.
Urgh!
Memang tak la dia nak tunggu dan di soal siasat bagai nanti! Dia dah terlewat ni! Habis misinya tergendala sebab sakit!
Tanpa berlengah, Athena gantikan pakaian pesakit kepada pakaian yang tersimpan dalam laci di situ lalu keluar dari wadnya serta merta.
Melangkah saja dia keluar bangunan hospital, telefon bimbit yang tersimpan dalam poket kotnya bergetar.
Sambil jalan laju untuk ke tepi jalan menahan teksi, Athena keluarkan telefonnya lalu pandang ke skrin.
Melihat tiada nombor dan hanya tulisan yang tertera pada skrin tersebut, Athena berdiri di situ lalu jawab panggilan.
"Hello?"sapanya sambil pandang kanan dan kiri melambai tangan mahu menahan teksi.
"Athena...di mana kamu?"suara Debris kedengaran dalam panggilan dengan cemas.
"Kenapa?Ada sesuatu dah berlaku?"tanya Athena.
"Masalah besar...saya dapat tahu bahawa bounty hunter telah dikerahkan untuk mencari kamu."maklum Debris lagi.
Masa itu la sebuah teksi berhenti di depan Athena.
"Apa maksud tuan?Bounty hunter!?"jadi betul la ada pembunuh upahan telah di arahkan untuk membunuh dia. "Sejak bila?"
"Empat hari yang lepas....menurut tawaran ni, sesiapa dapat bawa pulang mayat kamu, mereka akan diberi bayaran besar."
Pintu teksi di buka dia lalu Athena masuk ke dalam perut kereta itu. Sebaik saja dia duduk, pintu tersebut lantas di tutup.
"Siapa yang arahkannya?"tanya dia sambil isyaratkan pemandu teksi itu memandu.
"Tak pasti, terlalu ramai, tiada siapa tahu siapa yang mulakan..."
Haih!Ada-ada je la! Tak boleh apa bagi dia aman sekejap. Rasa nak give up pun ada."Fine. Terima kasih beritahu." renggusnya.
"Athena...hati-hati. Musuh lama kamu datang mencari kamu semula. Sehingga misi kamu selesai, kekal hidup. Kamu tak boleh mati sekarang..."pesan Debris dengan tegas.
Athena yang dengar tersentak memandang ke depan.
'jangan mati'
Kenapa macam pernah dengar?!
"Baik."jawabnya dengan perlahan sebelum turunkan telefon dari telinga. Dari mana dia dengar kata-kata ni?
"Maaf cik...boleh saya tahu kita nak ke mana?"tegur pemandu teksi pada masa yang sama.
Athena pandang ke cermin pandang belakang dimana mata pemandu teksi sedang pandang ke dia. Kenapa dia rasa semuanya tak kena dekat sekeliling dia sekarang ni?
"Shopping Complex G."jawab Athena dengan nada termenung.
"Baik." sambut pemandu teksi itu.
Athena palingkan kepala keluar tingkap setelah itu. Dia cengkam kuat telefon bimbit yang dipegang sambil ketap gigi memikirkan apakah nasibnya nanti?
Hidup ke mati?
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...