Mana pintu?
Hah!
Tingkap ke?
Bumbung ke?
Mana-mana la asalkan dia boleh keluar dari sini.
Paling tak pun lubang kubur ke yang dia boleh duduk dan timbuskan diri supaya tak terlibat dengan masalah negara ni!
Serius talk, dia betul-betul nak berhambus dari sini hah!
Urgh!
Kenapa la dia boleh stuck dekat sini!
Dengan Ryder lagi tu!
Kan tak pasal-pasal jadi mangsa lelaki ni pulak!
Stress!
Rambutnya di renggut dengan tangan kanan senyap-senyap masa Ryder tengah bercakap melalui telefon dan dalam masa yang sama selak kertas dekat tangan di hujung meja.
Apa dia kena buat ni?Otak dia tak boleh pakai terus dah!
Hadeeh!
Staf lain tengah sibuk ke hulu hilir dekat luar bilik kaca tempat dekat mana Athena sedang duduk.
"Minum?"aju Carson tiba-tiba dekat sebelah dengan segelas air kosong.
Athena yang tengah topang siku dekat meja kaca sewaktu merenggut rambutnya itu kerling ke Carson hanya berkerut kening kejengkelan. Tak habis-habis dengan air.
Sejak sejam lepas dia di situ. Dah masuk kali keempat Carson hidangkan dia air kosong. Sampai senak pundi kencingnya."Tak apa." tolaknya.
Walaupun begitu, gelas itu tetap di letakkan dekat depan Athena sebelum lelaki tu berdiri di sebelah Ryder.
Athena menjuling mata menyampah. Memang tak faham bahasa agaknya!
Melihat kehadiran Carson di sisi, buatkan Ryder yang sejak tadi sibuk bercakap dengan telefon dongak pandang ke Ryder lalu bincangkan sesuatu pada lelaki tu.
Athena yang perhatikan kesibukan Ryder tu dah terkutik nak keluar dari bilik ni. Yalah, mana tak nya dia nak lari.
Ryder dah ceritakan semuanya dekat dia. Dari awal sampai akhir dan sebagai bonusnya, Ryder ceritakan dekat dia tentang rancangan Xion terhadapnya serta Ryder sendiri.
Sumpah lepas dengar dia rasa macam nak datang je Xion dan letupkan kubu lelaki tu serta merta biar jadi debu!
Kepala otak lelaki tu betul!
Mula-mula dia dapat tahu yang Xion cuma pergunakan dia untuk dapatkan Ryder memandangkan dia ada history dengan Ryder
Second Jake! Yeah that freaking Jake is the spy. Lelaki tu spy kepada Ryder. Can anyone believe that. Hebat betul dunia peperangan ni kan. Macam-macam cara mereka guna semata nak menang!
Ketiga Blue House! Everything is f*cked up! Dia dapat tahu bahawa pegawai atasan ketenteraan negara mahu hapuskan dia dan sendiri sebarkan tawaran untuk bunuh dia kepada para pembunuh upahan seluruh negara.
What the heck!Kerana orang tua itu la hidup mati dia jadi tunggang langgang sekarang ni! Debris pulak dah tahu tak cuba untuk bantu dia ke apa ke! Tahu tak dia dah berbulan tersadai dekat sini macam ikan masin. Ini tak diam tak beritahu apa-apa sampaikan dia dengar pun dari orang lain.Nanti silap hari bulan mahunya dia jadi belacan bungkus dek di kerjakan dengan orang-orang dekat sini dan konflik yang berlaku di antara mereka!
Dia dah panas punggung nak lama-lama dalam bilik ni. Dia nak keluar!
SRET!
Bunyi kerusi di seret ke belakang buatkan dua lelaki tadi palingkan kepala dengan serentak ke wanita bersanggul dan berkemeja tak cukup saiz di hujung meja tu serta merta.
"Nak ke mana?"tanya Ryder.
"Keluar."jawab Athena yang terus menonong ke arah pintu kaca automatik bilik tu.
Ryder berdiri dari kerusi.
Carson pula berjalan lekas ke arah Athena lalu hadang pintu kaca tu sekelip mata.
Athenanya berdiri dekat situ dengan muka tak puas hati nak bagi penumbuk dekat Carson. Pelase la! Bagi dia keluar. Ambik angin pun jadi la. Otak dia dah tepu sangat ni! "Tepi!"arahnya di balik ketapan gigi.
Carson hanya balas renungan marah Athena dengan muka tak kisah.
"Just stop it Athena...it not working. You know we are more superior than you..."ujar Ryder semasa silangkan tangan ke dada.
Dengan pantas Athena palingkan kepalanya ke Ryder. Keningnya mencerun tajam."Aku perlu buat perhitungan dengan Xion tak guna tu. Berani betul dia perdayakan aku dan letakkan nama baik kau dekat bawah kaki dia?" luahnya dengan berang.
"Aku tahu...tapi bertindak dalam keadaan beremosi hanya buatkan kau buat keputusan yang tak rasional at the end...it useless effort."pujuk Ryder.
Athena buat muka tak percaya. "Kau still boleh bertenang? Dia dah tahu lokasi kubu kau...bila-bila masa dia boleh datang serang kau...still kau kata tunggu?Tebiat ke!" dengkingnya.
Ryder malah tersengih. Buatkan muka serius lekaki tu kelihatan manis di pandang taktala lekukan lesung pipit terbentuk di pipi itu. "Relaks...aku dah pelan untuk counter attack Xion dan team dia."
Carson yang agak taken back dengan perubahan tingkah Ryder pandang pelik ke Athena dan Ryder silih ganti.
Apa dia baru saksikan ni?!
Woah! Mr Aisberg yang seorang ni reti senyum rupanya. Bukan main lagi tu berubah bila berhadapan dengan Athena.
Memang sah dua orang ni ada something!

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...