Part 70

916 76 2
                                    

"Tak mungkin...macam mana kalau kamu terluka nanti?"tanya Gilbert dengan cemas.

Nah!

Ini la benefit yang Athena ada dalam situasi di sini.

Disebabkan semua yang ada di sini kenal akan siapa dirinya maka secara automatik semua di sini sudahpun berada dalam tangannya. Hal ini jadikan Athena satu-satunya orang yang takkan dapat disentuh apa lagi di cederakan oleh sesiapa di situ walaupun mereka mahu.

"Ayah...ini Athena la....don't worry okay?"Dia buka langkah hendak menyerang. "So can we start now?"

"Kau nak tembak orang aku dan orang ayah kau?"tanya Ryder tak lama lepas tu.

Sambil tersengih nakal, Athena angguk kepala. "Ha'ah....and first of all, orang pertama tu adalah kau orang berdua..."

"Sh*t!" gumam Ryder yang baru saja nak gerak palingkan kepala ke belakang, masa itu la Athena bersuara melalui air pod yang terpasang di telinga. "Squad....unguard!" lafaznya dengan renungan gelap.

Masa itu la keempat-empat kumpulan dari empat penjuru di situ berpecah sambil acukan senjata masing-masing lalu melepaskan tembakan dan panah masing-masing ke arah mereka di situ.

Orang Gilbert dan Ryder yang tak sempat nak melawan terkena tembakan itu.

Sementara Athena dekat situ lepaskan tembakannya ke Ryder terlebih dahulu. Tepat betul-betul dekat leher lelaki tu.

Ryder terkejut. Dia terus tekap lehernya bila rasakan satu tusukan tajam pada leher tu. Dan bila dia pegang, tiada darah atau luka tapi sebaliknya satu konsol suntikan kecil seakan kapsul di jarinya.

Tusukan dari suntikan kapsul itu terus buatkan tubuhnya jadi jeli dan segalanya berpusing-pusing. Dan sebelum dia jatuh rebah di situ Ryder sempat pandang tak percaya ke Athena.

Dan masa itu la ahli shadow thieves yang ada di situ sambut badan Ryder lantas bawa lelaki tu jauh dari kekalutan di laman tersebut.

"Apa semua ni Athena?"tanya Gilbert yang perasan semua orang yang ada di situ satu persatu rebah setelah di tembak dengan sesuatu yang sebenarnya bukan peluru tapi hanya la tranquielizer, peluru pelumpuh sementara.

Semua orang di situ saling bertarung, siap hayun pedang dan sebagainya, tapi tak lama setelah pasukan back up Athena tembak mereka dengan peluru pelumpuh ke seorang demi seorang di situ.

Athena dekati Gilbert semasa seorang dari pengikut Ryder mahu menyerangnya dari tepi. Tapi tak sempat bila Ezra muncul di tepi Athena dan tembak lelaki tu sehingga pengsan.

Tidak pedulikan apa yang berlaku, Athena dapatkan Gilbert lalu berdiri dengan yakin depan ayahnya. "Ayah...hentikan la semua dendam ayah ni dan kita bina hidup baru tanpa terlibat dalam jenayah ni lagi."minta dia.

Dan pada masa sebuah shurieken terbang mahu mengenai belakang badan Athena, Zach tepis ia dengan busur panah yang di pegang.

Gilbert pandang Athena dengan kening berkerut tak percaya. "Kamu lakukan semua ni kerana lelaki penyangak tu?"soal dia.

Athena menggeleng kepala. "No...I did this for all us. Untuk Athena...untuk ayah...untuk.semua orang. Athena nak berhenti dari semua ni. Untuk tu Athena kena bebaskan semua orang dari dunia ni supaya Athena boleh bina hidup dengan mereka...."ceritanya.

"No."tegas Gilbert.

Athena lepaskan keluhan panjang lantas pandang kesal ke Gilbert. "Kalau macam tu Athena mintak maaf awal-awal. I did this for all of us...."ucapnya semasa pandang belakang  Gilbert di mana anak buah Blake menghendap hendak menangkap Gilbert.

"Kenapa kamu cakap macam tu?"tanya Gilbert dengan kening berkerut.

Athena pandang Gilbert. "Athena perlukan Ryder....kalau ayah tak nak kehilangan Athena..." dia keluarkan pistol dengan peluru sebenar dari poket kanan jaketnya lalu di tarik stater trigger.

Masa Gilbert nak dapatkan Athena masa itu la anak buah Blake rangkul kedua-dua tangan Gilbert dengan serentak dan halang lelaki tu dari dekati Athena.

"Apa kamu cuba lakukan tu Athena!"teriak Gilbert untuk menyaingi suara bising orang bertarung di sekitarnya waktu itu.

Sambil tersenyum, Athena bawa hujung pistol itu ke tepi kepalanya. "Athena tak boleh pilih ayah dan Ryder untuk kekal dalam hidup Athena. Jadi Athena ambil keputusan untuk tinggalkan hidup ni terus memandangkan ayah pilih kehidupan jenayah ayah dari Athena sendiri."

"Jangan macam ni Athena! Sesiapa! Tolong hentikan dia!"ronta Gilbert sambil dia meraung bagai nak apa di situ.

Sambil pandang ke Gilbert, Athena tersenyum. "Selamat tinggal ayah....ucapkan terima kasih untuk semua orang di sini!"katanya.

"Tak!ATHENA!JAN-"

BANG!

Bergema kuat bunyi tembakan di malam itu sebelum suasana menjadi senyap sepi.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now