Tu dia...
Dah kena dah...
Akhirnya!
Ini la bahananya kalau overwork out!
Kan.
Tak pasal-pasal demam dan sakit-sakit satu badan.
Bagus Athena!
Sangat bagus!
"Uhuk!"batuknya sambil tunduk menyarung kasut di kaki.
Dia tak tahu apa yang dah berlaku.
Apa yang dia tahu, sedar-sedar je dah terbaring dekat katil hospital.
Athena jadi Athena, degil dan tak reti untuk jaga diri sendiri itu ambil keputusan untuk keluar dari hospital tanpa kebenaran mahupun pengetahuan doktor.
Walaupun keadaan dia tak mengizinkan dia untuk bergerak, Athena tak pedulikan sakitnya. Dia nekad nak keluar dari situ untuk melakukan persiapan misinya malam nanti.
Kali ni dia tekad, dia akan tangkap seorang dari mereka dan bawa pulang saksi untuk Debris supaya dia dapat keluar dari sini.
Cepat dia selesaikannya cepat dia berhambus!
Baru saja dia bangun dari katil lepas siap pakai kasut, pintu bilik wad itu terbuka. Seorang jururawat wanita berdiri di situ dengan dulang ubat-ubatannya.
Athena pandang tak berminat ke jururawat tu sebelum gerak hendak ke arah pintu.
"Cik nak ke mana?"soal jururawat tu.
Berpura-pura tidak dengar akan soalan itu,Athena menonong ke depan berselisih dengan jururawat tu tanpa berlengah.
Dengan muka dumbfounded, jururawat tu hanya perhatikan langkah Athena keluar dari situ.
Tepat semasa Athena masuk ke dalam lif, muncul tiga orang lelaki dari hujung koridor arah bertentangan. Kebetulan masa itu jugak mereka ternampak Athena.
Dengan langkah lekas, mereka mendekati pintu lif tersebut.
Tanpa mencurigai apa-apa, Athena sentuh butang tutup pintu lif sebaik masuk ke dalam.
Pintu lif itu pun bergerak hendak tertutup.
Baru saja Athena hendak sandar pada dinding lif untuk cari sokongan buat badannya yang sedang sakit, masa itu la pintu lif tersebut di pegang dari luar secara tiba-tiba.
Tindakan itu membuatkan pintu lif tersebt terbuka semula.
Kening Athena berkerut tak suka sebaik saja lelaki pertama masuk, lalu diikuti lelaki kedua dan ketiga. Masing-masing mengenakan pakaian serba hitam dan kelihatan mencurigakan.
Ketiga-tiga lelaki itu berlagak seperti tiada apa-apa setelah masuk ke situ. Dan bila seorang dari mereka tutup butang lif dan pintu itu tertutup semula. Masa itu la mereka menghadap Athena dan kepung dia.
Mata Athena bergerak kanan dan kirinya dengan peka. Berasa awas tiba-tiba taktala tiga lelaki tu bergerak menyeluk tangan ke dalam poket jaket dan seluar masing-masing.
Maka dengan itu, sebelum mereka sempat buat sebarang serangan, Athena terlebih dahulu angkat kaki dan tangan dia menyerang setiap seorang di situ dengan milisaat!
Lelaki pertama ditendang bawah kerongkongnya.
Lelaki kedua ditumbuk hidungnya.
Hanya lelaki ketiga saja sempat mengeluarkan pistol dari poket belakang seluarnya. Namun tak sempat dia nak tembak Athena, lututnya di sepak Athena.
Dalam keadaan penuh kesakitan dan pening kepala itu, Athena kembali fokus ke lelaki pertama tadi dan ternampak pisau belati keluar dari jaket lelaki tersebut sejurus itu.
Tanpa berlengah Athena capai pisau itu lalu digengam era, dan pada masa yang sama lelaki kedua yang sudah berlumuran darah dekat hidung gerak hendak menyerang Athena sewaktu Athena tunduk mengutip pisau tadi.
Menggunakan kemahirannya, Athena dengan anggun sekali pusing menghadap lelaki kedua tadi lalu mengelar perut lelaki tu dengan hanya satu libasan. Lalu diikuti dengan sepakan pada luka kelaran tersebut.
Tumbang tersandar lelaki kedua tu kemudiannya.
Apabila lelaki pertama tadi telah sober dari sakitnya, dia bangun sambil pegang bawah kerongkongnya. Dan masa itu la Athena terjah badannya rapat ke dinding lif tu bersama pisau terancam di bawah kerongkongnya.
"Siapa kau orang?"tanya Athena dengan muka pucat dan peluh dingin merintik di dahinya. Kenapa la masa ni jugak dia orang datang!Tak ada time lain apa!
Lelaki ketiga dekat belakang Athena bangun dari sakitnya lalu acukan pistol di belakang kepala Athena.
KLIK!
Bahu Athena terus tegang sebaik dengar bunyi picu dikunci.
Sh*t!
"Jangan bergerak!"arah lelaki ketiga itu sambil berkerut menahan kesakitan.
Athena tak alihkan perhatian dia dari lelaki pertama di depannya itu. "Last chance. Who sent you here?"soal dia dengan renungan mencerunnya.
Lelaki pertama telan air liur saat menatap wajah pucat tak bermaya Athena. Dia tahu wanita depannya ini takkan teragak-agak mengelar dia.
"SAY IT!"jerkah Athena dengan bengang.
"Aku sanggup mati dari beritahu kau-!"
SPLAT!
Sekelip mata Athena pun mengelar leher lelaki pertama tanpa teragak sikit pun.
Dan dalam masa milisaat, Athena berpaling ke belakangnya pula dan mengelar pisau belati tu pada pergelangan tangan yang mengacukan pistol ke arahnya sehingga berjaya menjatuhkan senjata tersebut ke lantai.
Lelaki tu tak menjerit tapi berdesis kesakitan sejurus itu
Dan tanpa membuang masa, Athena terpa ke lelaki ketiga lalu menikam tepat di bawah dagu lelaki tu. Habis terpercik darah tu kena muka Athena.
Tapi Athena sikit pun tak berkedip mata masa darah tu mengenai wajahnya. Malah dia hanya tunjuk ekspresi dingin di wajah dan renungannya seakan tak terjejas dengan tindakan dia.
Dengan mata terbutang kaku, perlahan-lahan badan itu pun jatuh melurut bersandar di dinding lif tersebut sambil diperhatikan Athena.
Nafas Athena naik turun menahan sakit yang dirasai pada seluruh badan, dia hanya berdiri dekat situ perhatikan tiga badan di situ bersama perasaan tertanya-tanya.
Siapa yang hantar mereka ke sini?
Dan macam mana mereka semua boleh tahu dia ada di sini?
Tak semena Athena pegang dada dia lalu terbatuk-batuk sebelum ikut melutut di situ lantas rebah tak sedarkan diri.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
حركة (أكشن)Sequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...