Part 63

862 72 4
                                    

Makan malamnya disediakan oleh Ryder sendiri selepas lelaki itu pulang dari pangkalan operasi. Meluangkan masa di ruang rehat peribadi lelaki itu, Athena turutkan saja. Sebab dia sendiri ada agenda malam tu.

Disebabkan dia tak nak terikat dengan ugutan Carson, Athena ambil keputusan untuk menceritakan semuanya pada Ryder. Better macam ni dari dia risau dan pening kepala sendiri memikirkan isu persaingan antara Ryder dan ayahnya.

"Ahh..."hela Ryder kerana lega masa ambil tempat di sisi Athena lepas siap cuci pinggan kotor dan kemas dapur tadi. Dapat jugak dia duduk."Macam mana okay tak masakan tadi?Suka tak?"tanya dia sejurus tu.

Athena bersila, lalu hadapkan badan ke Ryder. Lepas tu dia diam perhatikan Ryder tak cakap apa-apa. Keningnya di cerunkan.

Hmm....nak cakap macam mana ya?

Ryder jungkit kening kebingungan bila di tatap begitu. Dia pandang Athena lalu tersengih. "Kenapa pandang macam tu?"

Athena buat muka berfikir. Sekarang apa!Ryder ada dekat depan ni. Cakap la. Tunghu apa lagi. Tadi dia bukan main la bersemangat nak beritahu, sekarang entah kenapa pulak teragak-agak.

"Ada apa ni?"pipi Athena di cubit dengannya
"Kau ada sesuatu yang nak beritahu aku ke?"soal Ryder sambil tu.

Athena turunkan tangan Ryder ke bawah. Dia pegang tangan tu. "Yes...memang betul aku ada something yang nak diberitahu kau."jawabnya sambil pandang Ryder dengan kening berkerut.

Terus surut senyuman Ryder bila dengar nada serius Athena. "Apa dia?"jangan cakap Athena dah nak pergi dari sini sudah.

"Kau kenal siapa Gilbert?"tanya Athena.

Buat seketika Ryder hanya menatap Athena sebelum dia ikut bersila, lalu hadapkan badannya ke Athena. Kepalanya di topang dengan tangan kanan yang direhatkan pada sofa tu.

"Kenal. Ketua yakuza terkemuka. Dia banyak lakukan jenayah besar yang berbahaya dan tak berhati perut. Aku selalu terlibat dalam isu dia. Kenapa kau tanya?"jawab dia tak lama lepas tu.

Mata Athena tunduk memandang tangan Ryder. Hujung jari runcing itu di kutilnya dengan perlahan. "Dia pelan nak hancurkan kau..." beritahunya dengan suara kecil.

Ryder tersengih sebelum meledak ketawa.

"Ahaha...aku tahu tu..dari dulu lagi. Tapi sampai sekarang tak pernah temui aku apa lagi serang aku.."ketawa Ryder. Dia ikut pandang ke tangan dia masa Athena usik hujung jari jemarinya.

Perlahan-lahan, Athena angkat kepalanya lalu tatap wajah Ryder. Sekarang atau tidak. Ryder kena tahu apa alasannya dia larikan diri dari Ryder dan kenapa dia tak boleh teruskan hubungan mereka walaupun dia mahukannya.

"Dan aku adalah anak perempuan Gilbert tu. Dan dia adalah ayah kandung aku, Ryder." lafaz Athena dengan nada mendatar.

Terjatuh tangan yamg menopang kepalanya sebaik saja Ryder dengar kenyataan itu. Dia buat muka tak percaya. "Apa?"

Sambil buat muka kecewa, Athena mengangguk kepala.

"Yes...Aku adalah anak Gilbert..lelaki yang selama ni kau cari pasal dengan dan lelaki yang nakkan kau mati."ulang Athena lagi.

Tak lama lepas tu Ryder ketawa sekali lagi. "Kau bergurau ke?Kau cakap macam ni sebab nak buat aku halau kau dari sini kan?"tanya dia lepas sedar sesuatu. Ini mesti satu daripada teknik Athena nak kenakan dia.

Athena menggeleng. "Tak...aku serius."Athena  cengkam kuat tangan tu. "Ryder dengar sini....aku nak kau arahkan semua orang keluar dari sini secepat mungkin. Kosongkan tempat ni serta merta sementara masih sempat.."dia hanya dapat lengahkan mereka dari temui lokasi sebenar, tapi itu takkan dapat hentikan mereka dari menyerang.

"Thena...jangan bergurau. Ini tak kelakar." pesan Ryder.

"Aku tak bergurau...kau nampak aku buat lawak ke dekat sini. Ayah aku nak kau mati.  Lagi-lagi kalau dia dapat tahu kau yang bawak aku pergi...please la."kerut Athena dengan terdesak.

"Pindah dan kosongkan tempat ni bukan benda bergurau Athena. Dalam ni bukannya ada seorang dua, tapi beribu...aku tak boleh ambil keputusan kosongkan tempat ni macam tu je tanpa alasan yang kukuh."Ryder tarik tangan Athena. "Lagi satu...kau serius ke soal kau ni anak Gilbert?Seriously?"

Athena ternganga, dia hela nafas tak percaya sambil pandang kesal ke Ryder. Lelaki ni tuli atau dungu! Tak dengar ke apa dia cakap tadi! Bahasa apa dia dah guna sampai tak faham!

Malas nak ulang semula dan berbalah lagi, Athena hadapkan badan dia ke skrin tv semula lalu silangkan tangan ke dada dengan muka grumpy.

Ryder kemudiannya rangkul bahu Athena. "Hei
.jangan la marah. Aku tahu kau nak keluar dari sini. Tapi nanti la...jadi tak payah bagi alasan macam tu lagi..."ujarnya sambil pandang muka Athena dengan senyuman di bibir.

Masih kesal, Athena hanya jeling ke Ryder. Muka handsome lelaki tu di tenungnya dalam-dalam. Lain yang diharapkan, lain pulak yang terjadi!

"What ever...."dia tepis tangan Ryder dari bahunya. "Nanti kalau something berlaku jangan salahkan aku lagi."cebik Athena dengan jengkel.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now