Kedai Jam Antik.
Itu nama kedainya.
Bagi orang luar mungkin fikir ianya hanya sebuah kedai jam biasa.
Tapi bagi yang biasa dan sedia maklum tahu akan latar belakang kedai ini tak anggap ianya sebuah kedai.
Sebab kedai ini hanya la samaran untuk tutup tujuan sebenar ia diwujudkan.
Tempat macam ni biasanya jadi target mereka yang mahukan sesuatu secara terlarang dan berbahaya.
Untuk cari tempat ini bukan la susah mana pun. Biasanya siapa yang terlibat dalam hal seperti ini boleh tahu nak bezakan mana kedai biasa mana kedai samaran.
Krincing!
Bunyi loceng kedengaran sebaik saja dia masuk ke dalam kedai tersebut.
Dengan derap langkah senyap tiada bunyi, kakinya di atur mendekati kaunter dimana seorang lelaki bercermin mata sedang berdiri melakukan sesuatu.
"Ehem."dehem lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng mulut sebaik dia tiba depan kaunter itu.
Lelaki bercermin mata itu angkat kepala dari kerjanya lalu bertentang muka dengan pelanggan itu.
"Ya?"tanya pekedai dengan perlahan.
"Aku perlukan maklumat."mintanya.
"Tentang siapa?"soal pekedai itu semasa memandang kosong pada pelanggannya. Dia tahu siapa yang dicari, tapi hanya untuk pastikan tekaannya tepat, dia kena bertanya.
"Athena Louisa."sebut lelaki bertopeng mulut itu.
See.
Dah agak.
Ini masuk kali ke 50 dia jumpa orang yang minta maklumat untuk orang yang sama.
"500$? Atau 1000$"tanya pekedai sambil tunduk membuka laci lalu mengeluarkan satu usb drive darinya lalu di letakkan atas kaunter itu.
"Apa bezanya?"
Well...nak benda berkualiti kena la bayar mahal. Kalau nak barang cikai, bayar murah. "Higher the price the more info."jawabnya dengan nada tak berminat.
KLIK!
Tidak semena bunyi picu pistol kedengaran.
"No need to bother."sapa suara lembut dari arah belakang tiba-tiba.
Belum sempat lelaki bertopeng mulut itu hendak menoleh, SPLAT! Satu tembakan tembus mengenai belakang kepala tu sebelum tubuh itu tumbang ke belakang tidak bernyawa.
Kejadian itu disaksikan oleh lelaki bercermin mata itu tanpa sikit pun terkutik. Malah hanya berdiri di situ memandang wanita berambut panjang ikat satu ke belakang tinggi dan memegang spygun di tangan.
"So sini la tempat dia orang dapat maklumat tentang aku?"tanya Athena sambil jalan mendekati kaunter itu sewaktu melangkah mayat pembunuh upahan yang dibunuhnya sebentar tadi.
Tanpa menunjukkan sebarang ekspresi di wajah, lelaki bercermin mata itu tilik wajah pucat Athena buat seketika sebelum berkata.
"Saya hanya berikan apa yang mereka perlukan. Apa urusannya dan siapa, bukan masalah saya."jawab pekedai itu dengan mendatar.
Mata Athena gerak mengerling sekitar kedai yang dipenuhi jam antik itu sebelum memandang lelaki di depannya dengan renungan berang.
Macam mana info dia boleh terdedah? Bukan ke sepatutnya semua ni classified?Dari mana lelaki depannya ni dapat maklumat dia.
"Dari mana kau dapat maklumat aku?"soal Athena sambil pegang erat pistol di tangannya. Sedia nak tembak kalau lelaki di depannya ini macam-macam.
Lelaki bercermin mata tu jungkit bahu."It all over the place...mana-mana hackers boleh peroleh maklumat awak."
Kening Athena berkerut...
What?
"Macam mana semua ni boleh berlaku?"tanya dia lagi.
"Maybe sebab information awak sudahpun dijual oleh pihak atasan awak kepada bounty hunter dan para hackers, sebab tu?Saya tak sure. Saya hanya bekalkan apa yang mereka mahukan saja."jelas pekedai itu.
Jual maklumat dia? "Siapa yang jual?"
"Saya tak tahu...sesiapa boleh...mungkin kenalan atau orang yang awak bekerja dengan, zaman sekarang kawan sendiri jadi lawan..."seloroh lelaki itu dengan bersahaja.
Nafas Athena naik turun hendak marah. Berderau darah dia!Menyusahkan la semua ni. Dia sendiri ada masalah sendiri kena settle. Ada pulak yang saja cari masalah dengan dia.Ah!Lantak la situ! siapa nak bunuh dia, bunuh la. Dia sudi berhadapan."Beritahu aku sekarang...maklumat tentang Organisasi Robin Hood...kau ada info pasal dia orang?"
Lelaki bercermin mata itu mengangkat kening terkejut serta merta ekspresi tenang dia berubah setelah mendengar nama itu.
Athena yang kesan akan perubahan reaksi dari pekedai itu pandang dengan mata dikecilkan kerana curiga. Kenapa buat muka macam tu? Ekspresi apakah tu?
"Kenapa?"tanya Athena dengan renungan curiganya.
Lelaki itu tersentak lalu cepat-cepat geleng kepala. "Tak ada."tipu dia.
"Heh..."dengus Athena dengan sinis. "Kau tipu. Aku tahu yang kau mesti tahu something tentang Organisasi Robin Hood ni. Sekarang beritahu aku..."spygun di acukan tepat ke depan kepala lelaki bercermin mata itu tanpa rasa teragak-agak. "Sebelum peluru ni tembus melalui tengkorak kau, better kau bagi apa aku nak." ugutnya.
Lelaki tu mula bernafas dengan cemas. Dia bukan tak nak beritahu. Dia cuma takut. "Saya tak boleh. Kalau mereka tahu, saya akan mati."
Oh!
"So kau lagi fikir mati kau dekat tangan dia orang sedangkan aku boleh tamatkan nyawa kau dekat sini sekarang jugak?"tanya Athena sambil lentokkan sedikit kepala ke kanan.
Lelaki tu pandang tidak pasti ke Athena lalu pandang kanan dan kirinya dengan risau. "Bukannya saya tak nak berikan maklumat tu...tapi memang saya tak boleh lakukannya. Jadi bunuh la saya kalau itu yang awak hendakkan.."
Athena ketap gigi dia sambil pandang geram ke lelaki di depannya. Nampak tak kenapa dia tak nak handle kes ni? Sebab kes ni cuma drag masa dan tenaga dia je. Ingat senang apa nak kesan organisasi rahsia yang dah lama beroperasi berbelas tahun lamanya ni!
Ianya ibaratnya cari jarum dekat dalam jerami.
Leceh!
Dan
Menjengkelkan!
![](https://img.wattpad.com/cover/231039158-288-k10852.jpg)
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...