Part 67

900 76 0
                                    

Langit malam kosong tidak berhias dengan bintang. Deru angin bertiup kencang semacam. Awan gelap mahu hujan berkelompok di atas langit.

Waktu sudah masuk tengah malam, ingatkan boleh tenang namun waktu begini la bunyi bising kedengaran dalam gelap.

Haiwan liar mahupun burung yang bertenggek atas pokok bertempiaran lari bila cahaya lampu dan bunyi enjin kedengaran kuat. Menganggu lena malam mereka.

Berbondong-bondong kenderaan dan jentera menyusuri laluan di dalam hutan. Melanggar segalanya yang berada di laluan.

Dari batang pokok mahupun pokok kecil. Habis tumbang di lanyak mereka.

Orang berkawad dalam gelap dengan senjata masing-masing di sekeliling kenderaan yang ada di situ.

Umpama gerombolan haiwan berhijrah, pasukan dari organisasi Yakuza Gilbert berkawad merentasi hutan itu tanpa menunjukkan sebarang kelelahan di wajah mereka.

Hampir sejam mereka mula berjalan kaki untuk ke situ. Dan semakin hampir mereka ke tempat tujuan.

Sehingga la mereka tiba di depan sebuah bukit. Dan di tepi bukit itu terdapat sebuah lohong. Dan lohong itu gelap tersembunyi di balik rimbunan semak. Dan hanya yang tahu saja boleh tahu itu sebenarnya laluan rahsia.

Semua cahaya tertumpu pada semak tersebut. Dan waktu itu la muncul lima orang menjinjing sebuah kotak besar berwarna hitam. Mereka letakkan di tepi semak itu lalu di buka penutupnya.

Setelah mereka buka penutup tu, mereka jauhkan diri dan bersembunyi di belakang jentera di situ. Tak lama lepas tu...

KEBABOOM!

Tak semena peti tadi meledak dan menggegarkan seisi kawasan tersebut termasuk tanah di bawah mereka itu.

Letupan itu telah berjaya membuka pintu laluan masuk ke sebalik bukit tersebut. Mereka yang memandu jentera tadi terlebih dahulu masuk ke dalam bukaan tersebut lalu di ekori oleh mereka yang berjalan kaki.

Seakan tidak peduli apa yang menanti mereka di balik bukit itu gerombolan pahlawan berpakaian serba putih itupun akhirnya masuk ke tempat persembunyian lagenda tersebut.

Dan bila mereka masuk, mereka disapa dengan kumpulan pertahanan Organisasi Robin Hood. Berderet-deret barisan manusia berpakaian ala-ala ninja di situ.

Persamaan mereka dekat situ adalah, pahlawan Gilbert memegang pedang.

Begitu juga dengan Organisasi Robin Hood.

Beza mereka pula, orang Gilbert ramai dan lebih berkuasa jika hendak di bandingkan oleh pasukan Robin Hood.

Sebaik saja mereka berdiri di situ, muncul la Gilbert dengan gilang gemilang dari celah mereka di situ lantas berdiri di hadapan barisan tersebut.

Lantas sebuah megaphone di serahkan kepada beliau oleh seorang dari mereka di situ.

"Menyerah dengan aman atau tempat ni akan di gempur?"suara Gilbert.

Dan sebaik laungan itu kedengaran, Ryder muncul dari celah ninja-ninja yang ada di situ. Dengan muka serius, dia pandang mencerun kw Gilbert yang berada jauh beberapa meter dari dia waktu ini.

Dan perkara yang sama turut terjadi. Ryder diberikan alat pembesar suara oleh anak buahnya di situ lantas berkata menggunakan alat tersebut."Kenapa nak menyerah kalau boleh melawan?"balas dia.

Gilbert cengkam kuat pemegang megaphone itu. Ikut kan hati mahu saja dia baling bom dan letupkan seluruh kawasan ni. Namun mengenangkan Athena masih di dalam tahanan mereka terpaksa la dia tahankan niatnya itu.

"Berikan Athena semula...atau semua orang dalam tempat ni bakal di sembelih di depan kamu!"Gilbert melaung lagi.

Rahang Ryder berketik. Serahkan Athena? Macam tu je? Memang tak! "Langkah mayat aku dulu! Memangnya dia anak kau, tapi dia milik aku!"laungnya dengan bengis.

Gilbert yang dengar terus berderau berang! Sesuka hati budak hingusan ni akui Athena hak milik lelaki tu. Dasar tak guna! "Langkah mayat aku dulu!"deram Gilbert buat kali terakhir melalui megaphone tu. Lalu dia angkat tangan ke udara lantas isyaratkan orang suruhannya supaya bergerak.

Dan pada masa yang sama Ryder pun berbuat perkara yang sama.

Dan di saat semua di situ mula mengeluarkan pedang masing-masing dan bersedia hendak bergerak.

Masa itu jugak la bunyi deru angin kuat muncul dari atas, dan lampu sorot terarah ke kumpulan manusia yang berkumpul  di situ.

Terkejut dengan bunyi kuat dari atas, semua di situ dongak memandang ke atas. Dan apa yang mereka lihat terdapat beberapa buah helikopter terapung di atas mereka.

Lalu beberapa utas tali keluar dari helikopter tersebut dan diikuti beberapa manusia berpakaian serba hitam melompat turun melalui tali tersebut.

Ryder mahupun Gilbert sendiri masing-masing termangu sebab tak faham apa yang sedang berlaku. Memangnya ada orang lain jugak ke yang nak serang tempat ni?

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now