Part 37

923 84 0
                                    

"Join la aku..."rayu Ryder sambil cengkam jari jemari Athena dengan erat.

Athena geleng kepala sambil tarik tangannya dari cengkaman Ryder. "No...ini salah Ryder."

"Tak....kita tak salah...organisasi ni adalah organisasi yang menindas kejahatan dan lindungi kebaikan...kita akan tolong orang yang susah dengan susahkan orang yang senang...dan penindas dekat luar sana..."jelas Ryder lagi dengan kening berkerut merayunya.

"Masih salah Ryder...membalas kejahatan seseorang tak menghalalkan cara kita untuk buat baik kepada orang lain..."gelengnya.
Masih nekad dengan keputusannya, Athena kemudiannya berpaling mahu pergi dari ruangan perpustakaan itu. Dia tak nak dengar apa-apa.

Dan Ryder terus capai pingang Athena lalu paksa badan tu bersandar pada rak di situ sebelum dia pagar kanan dan kiri Athena.

Terkedip-kedip mata Athena setelah itu.

Perlahan-lahan, Ryder tekap tangan ke tepi muka kanan Athena lalu dekatkan bibirnya ke tepi muka lantas berbisik di telinga itu."I need you by my side....please Athena..."lantas bibir itu mengucup cuping telinga sebelum tepi pipi dengan lembut.

Terus terpejam mata Athena. Dia cengkam kuat kain baju uniform akademi Ryder kuat-kuat. "Aku tak boleh Ryder...kau patut tarik diri sebelum semuanya terlambat."mintanya dengan suara berbisik.

Ryder talakan wajahnya ke depan muka Athena lalu tatap wajah itu dengan muka terkilan. "Kita boleh sama-sama ubah dunia ni ke arah lebih baik Athena..."ucapnya di depan bibir tu.

Dia buka matanya lalu tatap mata tu dengan kening berkerut sedih. "Itu namanya membelot Ryder...please...jangan pergi dekat dia orang.." rayunya pula.

Buat beberapa saat Ryder tatap mata tu sebelum bersuara. "Maafkan aku Athena..I have to do this."terus dia berikan kucupan di bibir tu.

Keluhan kesal lepas darinya apabila dia tak boleh nak tidur sedangkan badan dia menjerit keletihan. Even ubat tidur dan tahan sakit yang diberikan kepada dia tadi sikit pun tak.membantu malah buatkan keadaannya semakin tidak selesa.

Ya.

Tak selesa.

Semuanya serba tak kena.

Ini tak sedap, itu tak sedap.

Ini sakit. Itu sakit.

Urgh...somebody help!

"Uh.."rintihnya kemudian semasa gerak hendak mengiring ke kanan memandangkan sebelah kirinya sedang luka. Sakitnya jangan cakap la. Nak nangis pun ada!

Dan bila Athena ngiring ke kanan, dia dikejutkan dengan kelibat hitam dekat sebelah katilnya. Nak melompat jantung dia leluar dari rib cagenya lepas pandang tu. Yalah..bilik ni gelap kot..rasanya apa perasaan dia masa ni!

FLIK!

Masa itu bunyi seakan suis di tekan dan lampu di sebelah katil pun bercahaya. Di situ duduknya Ryder atas kerusi sebelah kanan katil menghadap Athena.

Lepas nampak muka tu dari cahaya, Athena pejamkan mata melepaskan nafas lega. Ingatkan pembunuh upahan mana tadi. Dah la dia tak ada tenaga nak melawan ni.

"Kau nak mati sangat ke?"bisik Athena dengan perlahan. "Nasib aku tak pegang pistol sekarang ni."kurang asam betul. Buat dia terkejut je la.

"Kenapa?Kau terkejut ke?"soal Ryder dengan suara dalam perlahannya.

Athena tak jawab soalan tu. Dia hanya diam menatap wajah matang Ryder dalam-dalam. Lama dah dia tak nampak muka ni. Lama sangat....sampai dah lupa muka innocent Ryder macam mana. Dan sekarang lelaki ni...fuhh hot as hell bro!

Ryder tersengih bila perasan cara Athena tenung mukanya, dia pun apa lagi, join sekali la. Siku kirinya di topang atas lengan kerusi lalu di sandarkan ke bawah rahangnya sebelum pandang muka Athena.

Maka saling berpandangan la mereka berdua di situ buat seketika.

"Mana presiden Denmark dengan Moscow?Did you kill both of them?"tanya Athena tak lama kemudian.

Ryder geleng. "Tak ada la. Hidup je dua orang tua tu. Malah sihat lagi tu."

Eloklah. Sambil melepaskan keluhan panjang kerana letih dan sakit yang kejap-kejap bertandang macam ombak kejap naok kejap surut, Athena kerutkan dahi masa tahan sakit."Dah tu...kenapa kau culik dia orang?"tanya dia setelah itu.

"Sebab ada orang nak dia orang berdua mati."Dia bangun lalu heret kerusi dekat ke katil Athena. Lantas rambut tu di usapnya.

"Dah tu kenapa kau bawak aku ke sini pulak?" tanya Athena sambil perhatikan Ryder. Alangkah bagusnya kalau Ryder tak pilih jalan ni. Kalau tak mungkin sehingga sekarang mereka bersama. Entah-entah dah beranak pinak agaknya dia.

Lahipun Ryder ni bukan la lelaki yang teruk. Baik je sebenarnya. Bertanggungjawab. Sweet. Protective and most important respect dekat kaum wanita.

Rugi betuk.

"Sebab ada orang nak bunuh kau jugak." Ryder topang pipi dengan kepalan penumbuk masa tilik muka penat Athena. Mesti dah macam-macam yang Athena hadapi sejak kebelakangan ni.

"Kelakar..."sengih Athena dengan sinis. "Kau nak protect aku sementara aku pulak di hantar ke sini untuk hapuskan kau." Selorohnya. "And sekarang kau tunjuk affection kau dekat aku...rasanya apa patut aku buat?"

"Get back semula dengan aku?"aju Ryder sambil tersengih. "Even dah bertahun lama berlalu, aku still ingat pada kau..infact sampai sekarang aku tak ada relay dengan sesiapa. And that why jugak sini tak ada staf wanita." ujarnya.

Athena kemudiannya pejamkan mata bila dia tiba-tiba rasa mengantuk bila rambutnya dibelai oleh Ryder."Kalau kita get back itu bermakna kau berikan aku pilihan untuk khianati negara dan letakkan diri kau dalam bahaya at the same time...and I can't do that." lafaznya dengan suara mamai hendak terlena.

Lantas Ryder tunduk mengucup tepi kepala Athena dengan perlahan. "I know honey." bisiknya sambil tu.

Athena pun terlena sesaat kemudian.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now