Orang lalu lalang ke sana sini. Semuanya berbeza-beza gaya.
Ada yang berdua-dua
Ada yang bergerak dalam kumpulan berbaris-baris
Ada jugak yang berjalan sambil dorong troli berisi kotak
Ada jugak yang jalan laju sambil pegang air pod di telinga membaca sesuatu dalam kertas yang di pegang
Tak lepas juga yang berjalan sendirian menuju ke satu arah yang tak di ketahui
Namun satu saja persamaan mereka. Masing-masing ada tatu bar kod dekat belakang tengkuk masing-masing.
Satu dari pintu lif di situ tiba-tiba terbuka sebelum sekumpulan lelaki jalan dalam berkawad keluar dari situ menuju ke arah pintu utama tempat itu.
Ketua kumpulan itu, yang berada di hadapan sekali hanya buat muka ais batu tak kisahnya di tegur oleh rakan sebelah.
"Apa yang dah berlaku ni Carson? Sesuatu berlaku ke?"
"Kenapa tuan panggil kita turun?"
Carson tidak menjawab sebab dia sendiri tak tahu kenapa mereka di arahkan untuk keluar. Apa dia tahu, dia hanya di panggil untuk ke pangkalan operasi yang berada di luar bangunan ini.
Sebaik saja mereka keluar, mereka serta merta di sapa dengan air hujan petang tu. Tanpa perlahankan langkah mereka berkawad dalam barisan, mepintasi padang berumput, kemudiannya melalui laluan pejalan kaki sebelum tiba di kawasan lapang lalu ke kubah pangkalan operasi tak lama kemudian.
Sesampai saja mereka di situ, rambut masing-masing sudah pun basah dan jatuh menutupi dahi, baju jangan cakapla. Dah melekat-lekat dekat badan dan menampakkan susuk sebenar badan mereka.
"Kapten!"tabik staf yang ada di situ bila kumpulan itu melintasi mereka.
Carson buat tak tahu. Dia hanya laju berjalan ke destinasinya sehingga la sampai ke sebuah bilik.
Bilik itu mempunyai sebuah sofa tiga seat di sebelah dinding kanan bilik, sebuah televisyen plasma, sebuah almari kecil di sebelah kain langsir putih yang membahagi ruangan tu, dan rak buku vesar di dinding hujung ruangan.
Ianya merupakan bilik peribadi tuan tempat ni.
Sesampai saja mereka di situ, seperti biasa dalam bentuk satu barisan lurus mereka berdiri dengan kedua-dua tangan di belakang badan.
"Tuan Ryder!Kapten Carson, Shadow Thieves laporkan diri!"maklumnya sambil mendabik dada lantas menghentak kaki.
Masa itu la seorang staf muncul dari balik kain langsir lalu selak kain langsir tersebut ke tepi perlahan-lahan. Dan terdedahlah apa yang berada di balik langsir tersebut.
Pertama sekali Carson nampak Ryder lalu jatuh ke orang yang sedang tunduk ke bawah menyarung baju ke badan yang hanya bersinglet sahaja.
Dan bila mereka berdua saling bertentang mata, mata masing-masing terbutang luas.
"Oh my god!"Athena tergamam dengan labtang lepas nampak dia berdiri di situ. "You the CIA guy!"tundingnya.
Semua di situ lirik ke Carson, sementara Ryder hanya perhatikan Athena cuba butangkan baju dengan sebelah tangan saja. Dia cuba tolong sekali tu di tampar.
"Hei...apa kau cuba buat hah!Hands off!" getus Athena.
Ryder turunkan tangan dia ke sisi lepas tu. Dia perhatikan Athena yang kembali memandang Carson.
"Kau orang Ryder?"soal Athena masa silih ganti memandang Carson dan Ryder. Siut betul. Jadi selama ni Carson la yang tolong cover jenayah Ryder dan buatkan semua kegiatan lelaki ni tak terdedah. Sebab Carson jadi orang dalam tempat ni."What the heck?Selama ni dia under kau?"tanya dia pada Ryder pula.
"Ya saya..."angguk Carson dengan perlahan.
Woaw!
Athena terduduk semula dekat katil tu sambil picit dahinya dengan mata terbuka luas tak percaya sewaktu termenung memandang ke lantai.
Orang-orang dekat sini memang tak boleh buat gurau bhai!
Licik dia orang ni...
Fuhhh
Kalah dia wei!
Hal Xion rahsiakan identiti pun masih dia cuba terima.
Inikan Carson, CIA tempat ni bekerja bawah Ryder?
Terbaik ar!
Tak satu-satu suprise dia kena hadap.
Next apa pulak?!
"Shadow Thieves...kenalkan. Athena Luisa. Dia adalah-"
"Black Widow...kami tahu."pintas seorang dari mereka di situ semasa melirik ke wajah tak berdaya Athena.
Mata Athena naik ke mereka lepas dengar nama tu. Shadow Thieves?Kumpulan yang dah buatkan dia ditimp masalah?Yang asyik rosakkan misi dia selama ni adalah mereka! Jadi ini bermakna mereka yang ada di majlis penyerahan dana dan penculikan presiden adalah kerja mereka?!
"Jadi dekat majlis tu adalah kau?"tanya dia pada Carson. Lelaki periksa luka dia dan beri amaran tu adlaah Carson.
"Ya."angguk Carson lagi.
Athena kemudiannya pandang ke Ryder yang sedang berdiri di sebelah tempat dia duduk.Wait a second. Athena kerutkan kening curiganya masa pandang tepi muka Ryder. Baru dia teringat sesuatu.
Yalah bila dah sibuk dan kalut macam ni, memang lupa la semuanya.
"Dan kau ke yang cuba halang aku tempoh hari sebelum letupan tu berlaku?"soal dia dengan nada tak percaya bila teringat akan imej dimana seorang lelaki bertopeng hitam bercakap dengan dia sebelum serangan berlaku. Serius! Dia baru sedar semua tu lepas hari kedua dia cuba larikan diri dari bawah tahanan Xion.
Yalah, kalau difikirkan balik, sebelum letupan tu berlaku, lelaki misteri tu tiba-tiba tegur dia dan seakan mahu melengahkan dia. Sekali tu bila dia buat tak endah akan lelaki tu, masa tu jugak letupan berlaku.
Ryder palingkan kepala Athena setelah mendengar soalan itu. "Bukan. Aku tak ada dekat majlis tu."ngaku Ryder dengan jujur. "Masa kejadian tu berlaku aku ada dekat sini."
Ehh?!
Mata Athena membulat tak percaya.
"Bukan kau?"soal Athena lagi dengan muka terkejutnya.
Habis tu siapa?
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
AcciónSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...