Part 56

866 76 0
                                    

BAM!

"Serius?Kerja simple macam ni tak boleh nak handel! Nak jugak beritahu tiga empat kali biar reti. Memangnya aku upah orang dewasa ke budak tadika?Asal la bengap sangat kau orang ni!"maki Gilbert dengan berang depan anal buahnya.

Naik tekanan darah dia lama-lama macam ni. Asal bebal sangat dia orang ni. Daha dewasa kot...ada otak..fikir la. Takkan la semua benda nak di beritahu!

"Maafkan kami tuan...kami bukan sengaja benda nak jadi..."

"Ya..kami sendiri berhati-hati semasa beroperasi tak sangka pulak Gang dari kumpulan yakuza tu datang..."

Gilbert menggeleng kepala. Berang betul dia!Habis lebur berpuluh ribu senjata seludupnya. Memang nak kena penggal agaknya kepala mereka ni!

"Sekarang ni aku nak, kau kumpulkan orang, cari dia orang, kesan dia orang sampai dapat. Dan rampas BALIK BARANG AKU!"kata Gilbert dari nada rendah kepada nada tinggi yang mendadak.

Ketika itu la pintu pejabat tersebut tervuka dengan senyap di belakang Gilbert.

Mereka yang berdiri menghadap pintu tersebut langsung tidak fokus pada Gilbert. Macam.mana nak fokus kalau ada awek cun berdiri dekat depan mereka sekarang ni.

Baru saja Gilbert capai fail dan mahu menghempasnya ke arah anak buahnya, masa tu satu tangan muncul dari belakang lalu menyentuh badan Gilbert.

Serta merta Gilbert toleh ke belakang dengan muka bengisnya. Niat nak maki, sekali lepas tengok muka manis yang sedang tersenyum kepadanya, wajah bengis itu terus kendur menjadi ramah.

"Athena...?"tidak menjangka kehadiran anak perempuannya di situ, Gilbert buat muka tergamam sambil hulur tangan mahu memeluk anak bongsu kesayangannya ini.

Sambil ketawa manja, Athena peluk badan Gilbert lalu sandarkan tepi mukanya pada dada tu lalu melepaskan hela nafas lega yang sebak. "Hai ayah.."sapanya dengan mata terpejam syukur. Dapat jugak dia temui ayahnya semula dalam keadaan hidup.

Gilbert kucup mahkota Athena lalu bertanya. "Bila kamu sampai sini?Kenapa tak call ayah dulu?"tanya dia.

Athena kemudiannya jarakkan diri lalu tilik Gilbert dari atas ke bawah nak pastikan orang tuanya ini sihat sejahtera atau tidak. Ala maklum la, anak yang seorang ni memang susah sikit kalau nak berjumpa dengan family sendiri."Saja...nak buat suprise. Busy ke?"

Dengan laju, Gilbert geleng kepala. "Tak ada la. Dah settle pun."nafinya sedangkan ada banyak masalah dia kena uruskan.

Athena yang tahu ayah dia menipu tarik senyum lebar. Ya-ya je la tak busy. Tadi masuk-masuk je dia dengar ayahnya naik angin. Ini lain tak bukan mesti masalah business ayahnya. Tapi tak apalah. Dia lagi suka.

"Jom keluar makan sama. Dah lama kita tak berborak. Mesti ayah ada banyak benda nak cerita dekat Athena."lengan tu dirangkul Athena.

Dengan senang hati,Gilbert berpaling sama Athena ke arah pintu. Terus lupa soal kerjanya. Angin marahnya pun hilang entah ke mana. Apa dia tahu, anak perempuannya sudha ada di sini dan selamat.

"Kamu datang seorang je?Aria tak ikut sekali?"

"Ha'ah...sendiri. nanti dia free dia datang la tengok Ayah...kalau tak pun ayah sendiri jenguk dia."

Lantas dua pengawal keselamatan jalan mengekori langkah dua beranak tu dari belakang. Mereka perhatikan si anak yang erat memeluk lengan si ayah sambil sandar di bahu tu. Tak sangka ya menakutkan macam mana sekali pun seorang lelaki tu, bila dah bersama dengan orang tersayang, lelaki tu tak ubah seperti pijak semut pun tak mati.

Sedang dua beranak tu jalan perlahan merentasi koridor sambil berborak, mereka di datangan sekumpulan lelaki dari arah bertentangan.

Dan lelaki itu tak lain tak bukan adalah, Darius sendiri. Anak angkat a.k.a 'tulang belakang' Gilbert.

"Tuan..."tunduk Kendrik serta merta sebaik mereka bersemuka.

Athena lirik ke lelaki segak berkaca mata dan berpakaian serba putih dan tebal sebab sini sejuk. Sweater turtle neck itu buatkan tubuh itu kelihatan sangat menonjol.

"Oh..kamu pun ada sekali. Mari. Ikut kami makan bersama."pelawa Gilbert dengan ceria.

Athena buat muka menyampah sewaktu palingkan kepala ke arah lain. Dia nak makan dengan ayahnya saja. Yang gatal nak pelawa orang luar sekali dah kenapa.

Darius pandang tepi kepala Athena buat beberapa saat sejurus mendengar soalan itu. Bila Athena tiba di sini?Terkejut dia dibuatnya bila tengok Athena di sini. Toba-tiba je jantung dia berdetak aneh! Setelah itu, dia kembali memandang Gilbert. "Tak mengapa. Saya tak nak mengganggu. Cik Athena bukan selalunya ada di sini."tolaknya serta merta.

"Tak mengapa...Athena tak kisah. Malah dia lagi suka adalah ya tak?"Gilbert tepuk tamgan Athena yang ada di lengannya sambil tu.

Athena yang dengar palingkan kepala ke Gilbert semula. What the heck! Perkara merepek yang ayah dia cakapkan ni. Bila masa dia cakap macam tu. Main fitnah je!

"Kan Athena?"soal Gilbert semasa pandang ke Athena dengan renungan teruja bersemangatnya.

Tak nak rosakkan mood, Athena tarik senyuman terpaksa tak ikhlas  dia lalu angguk kepala setuju. Tak nak ayahnya berkecil hati punya pasal terpaksa la dia terima.

"Sure why not. Jom la makan sekali."pelawa Athena sambil pandang ke Darius.

Berasa teragak-agak, Darius gigit bawah bibirnya lalu pandang ke Athena sebelum tersenyum nipis. "Okay."angguknya.

Gilbert tarik senyum senang hatinya bila tengok Darius pandang Athena macam mana.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now