Oh shoot!
Athena ternganga dekat situ dengan mata terbutang luas. Takkan la sampai ke sini mereka cari dia! Tak ada masa lain apa nak bunuh dia! Tahu tak semua ni hanya akan burukkan lagi situasi yang dia sedia hadapi!
Penyangak itu baru je nak lepaskan tembakan sewaktu satu tembakan muncul dari tepi lalu mengenai tepi kepala sebelum dia tumbang ke tepi.
Athena nampak orang tu tumbang tapi dia tak nampak siapa yang tembak. Pergi lantak la siapa yang tembak! Apa-apa hal dia patut lari dari situ sebelum nyawa dia melayang gara-gara pembunuh upahan yang berebut nak kepala dia!
Takut mak!
Selimut dekat badan dia campak, lelaki yang terbaring tak sedarkan diri tu dia dekati lalu pakaiaj tu diselongkar sebelum sepucuk pistol di keluar dari kot tersebut.
Seusai memastikan pistol itu ada peluru, Atheba gerak ke arah pintu. Dia tahu pintu itu terkunci, jadi dia lepaskab tiga tembakkan pada tombol pintu itu sebelum ia terbuka dengan sendiri kemudiannya.
Dengan kaki masih berkaki ayam dan dressnya yang sudah kotor dan koyak di beberapa tempat, Athena pecut keluar dari situ. Dia belok ke kanan koridor lalu lari merentadinya sebelum satu tembakan terbang dari tepi lalu kena tepat di tepi lengannya.
Tergores lengan Athena akibat peluru itu.
Tapi Athena tak berhenti. Dia terus berlari dan berlari hingga la tiba di pintu kecemasan. Dia tarik pintu lekas-lekas dan loloskan diri melaluinya. Dan pada masa yang sama beberapa tembakan melayah lantas mengenai pintu tersebut sesaat setelah Athena melaluinya.
Tergesa-gesa la Athena menuruni anak tangga tu. Dia kena keluar dari situ untuk elakkan orang yang ada dalam tempat ni terkorban gara-gara dia. Baru satu tingkat tangga dia turun, muncul tiga orang lelaki yang mengenakan pakaian dan topeng momok yang sama dari bawah tangga menuju ke dia.
Mereka apa lagi terus lepaskan tembakan la jawabnya.
Taktlaa peluru mula terarah padannya, Athena elak sedaya upaya dia dalam masa yang sama dia serang mereka. Dua das tembakan mengenai dua lelaki, tapi lelaki ketiga tiba terlebih dahulu depan Athena.
Jadi Athena tak sempat nak tembak, dia dah kena tumbuk dekat tepi mukanya dengan kuat sebelum terduduk dekat anak tangga tu.
Masa itu la lelaki ketiga keluarkan pisau belati dari balik belakang baju lalu di hunus ke Athena dengan berbahaya sekali.
Melihatian titik kelemahan lelaki tu, Athena gunakan kaki panjang dia untuk sepak tangan yang berpisau itu sebelum tendang bawah kerongkong lelaki ketiga tersebut sebelum lelaki itu tercampak ke belakang lalu berguling di atas beberapa anak tangga.
Dalam keadaan sakit dan kepala masih berpinar-punar, Athena acu pistolnya semula ke lelaki ketiga tadi lalu lepaskan tembakan tepat dekat kepala tu.
BANG!
Bersepai darah lelaki tu dekat dinding setelah itu.
Dalam keadaan tercungap-cungap mencari nafas, Athena kembali menuruni tangga. Terlalu nak cepat sampai tak sedar tepi kepalanya yang baru berjahit berdarah semula.
Apabila nombor 1G kelihatan di dinding itu, Athena berhenti dari berlari. Dia bukak pintu kecemasan di tingkat itu sebelum tembus ke koridor parkir kereta.
Tak tahu ke mana lagi dia perlu pergi, Athena lari hendak ke depannya. Sekali tu sebuah kereta betul-betul menuju ke arah dia berhenti dengan mendadak tepat dekat depan kaki dia dengan mengejut.
Hampir nak meloncat keluar jantung dia masa ni. Dalam keadaan terkebil-kebil Athena pandang kereta di depannya sebelum dua pintu terbuka dengan serentak dan beberapa orang lelaki keluar darinya.
Apapulak dah ni!
Athena cepat-cepat berpaling nak lari dari situ, tapi mereka lagi cepat dari Athena.
Seorang dari mereka berjaya menangkap Athena dari belakang. Sebelum seorang dari mereka muncul dari tepi lalu menyuntik Athena sesuatu di bahagian lengannya dengan kuat.
"Arghhhh!!!!!!'jerit Athena serta merta sebab sakit. Berdesup kuat darah dia naik ke kepala masa lepas di tikam dengan penyuntik tu! Sakitnya....
Mereka gerak hendak bawa Athena ke kereta selepas tu. Tapi tak sempat, sebab masa tu jugak bunyi tembakan kedengaran.
BANG!
BANG!
Dua dari lelaki di situ tumbang, begitu juga dengan pemandu kereta tersebut yang terkena tembakan dari arah depan.
Athena yang sedang bergelut nak lepaskan diri ikut terbaring dekat situ lepas lelaki yang nak heret dia masuk dalam kereta tadi tiba-tiba tumbang kemudiannya.
Lelaki yang suntik Athena tadi masih berdiri walaupun sudah terkena tembakan. Dia tak nak mengalah jadi dia lepaskan tembakan pada seseorang yang mengenakan topi snapback di kepala dan bertopeng mulut di depannya itu. Tapu sayang satu pun tak kena, malah badan dia yang bertubi-tubi di sapa peluru.
Urgh! Berat gila! Aurgh! Boleh tak sesiapa bagi dia rehat sekejap!"Urgh!!!"tolak Athena akan tubuh yang menghempapnya ke tepi sebelum dia berguling dekat lantai tu untuk jauhkan diri. Sekali tu Athena pandang ke lelaki yang tak bernyawa di sebelahnya dengan muka dumbfounded. What the f*ck! Ini manusia ke kayu balak! Berat gila!
Huh!
Sambil tercungap-cungap nak ambik nafas, tak pasal-pasal badan dia terangkat dari lantai tu.
"Oh my-"sebut Athena tak habis lepas dia di berdirikan lalu tangannya di tarik ke satu arah dengan seseorang yang dia sendiri tak sempat nak cam siapa sebab semuanya berlaku dengan sangat cepat. Mahu tak mahu, Athena ikutkan saja orang di depannya tarik dia.
Tak lama berlari mereka berdua tiba di sebuah kereta. Lelaki bertopi snapback hitam dan bertopeng tu kemudiannya buka pintu dan dorong Athena ke dalam perut kereta lekas-lekas.
Setelah itu baru la lelaki tersebut gerak ke tempat pemandu.
Athena pandang bingung ke lelaki misteri di sebelahnya. Siapa ni? Kenapa diri dia diselamatkan?Lelaki ni sebahagian dari pembunuhan upahan yang nak dia mati jugak ke?
Kereta itu kemudiannya di pandu keluar dari situ tanpa diekori oleh sesiapa.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...