Sambil pandang sekelilingnya dengan awas, Athena jalan seorang diri dekat koridor dimana bilik operasi utama berada. Dan setiba dia di situ, Athena masuk secara sembunyi di celah meja yang ada di situ sebelum duduk di sebuah meja kosong dimana sebuah komputer berada.
Sambil tekan itu dan ini di papan kekunci tu, mata dia melilau sekitar bilik tu. Tak nak ada yang nampak dia di situ. Yakin tiada siapa yang perasan, Athena cucuk masuk thumbdrive ke soket pcu lalu menaip laju di atas papan kekunci tu.
Disebabkan masa dia terhad, secepat yang boleh dia cuba untuk selesaikan tugasnya ini. Iaitu masukkan peranti anti godam. Ya. Disebabkan dia tahu akan rancangan ayahnya untuk serang tempat Ryder, dia kena elakkan terlebih dahulu dari sistem tempat ni di hack.
Kedua, dia perlu alihkan semua orang dekat sini secepat mungkin dan kosongkan kubu ni sebelum bala tentera ayahnya datang ke sini.
Kenapa tak lawan?
Well basically, Organisasi Robin Hood lawan tanpa gunakan senjata moden. Mereka lebih prefer seni pertahankan diri dan pedang semata. Bukan pistol bukan bom. Lagipun kerja semua orang dekat sini scamming dan culik dan ugut dan perkenakan orang saja. Tak ada sampai nak bunuh orang sangat melainkan perlu saja. Sebab itu la dia buat semua ni.
Maybe hayat dia ni hanya di gunakan untuk lindungi orang saja saja agaknya.
Sebaik saja dia masukkan coding bug dalam sistem operasi dalam komputer tu dan di hantar ke firewall, dia pandang sekitarnya sekali lagi. Mujur la semua yang ada di situ sibuk dengan hal masing-masing. Boleh la dia keluar dari situ tanpa sesiapa perasan.
Bangun saja dari situ, Athena gerak keluar. Dia melangkah saja melalui pintu itu, lif yang terletak tak jauh dari pintu tersebut itu pun terbuka pada masa yang sama.
Terundur Athena lepas nampak orang yang keluar dari lif tu.
Damn!
Masa ni jugak Carson nak muncul!
Lelaki tu pun turut berhenti mendadak dari jalan lepas nampak Athena dekat situ. Dia kerutkan kening tak faham lepas nampak Athena. Buat apa Athena dekat sini.
Tak tahu nak buat apa, Athena cuma berdiri dekat situ dengan muka berlagak tenang dia. Nak lari tak guna dah. Isunya lif ada dekat belakang Carson.
Sementara Carson, dia jalan dekati Athena selangkah demi selangkah seperti oemnagsa nak terkam mangsanya. "Apa cik buat dekat sini?"tanya dia sambil tu.
Nafas Athena dah naik turun cuak. Alah... Lelaki ni kan..suka la muncul tak ikut time. "Saja."tipu dia sambil buat muka poker face.
Carson kecilkan mata, dia pandang curiga ke Athena sebaik saja berdiri melangit depannya. "Apa lagi yang cik cuba lakukan hah? Nak dedahkan lokasi ni pada ayah cik ke?"
Terus Athena menahas nafas terkejut. Matanya hampir nak terbeliak. Tak menyangka yang Carson boleh tahu mengenai dirinya. "Apa maksud kau?Aku tak faham...ayah apa yang kau cakapkan ni?"nafinya lagi.
Sambil tarik sengih sinis meleret ke kanan, Carson melangkah ke depan. Cuba penjurukan Athena ke dinding. "Oh...really?Tak faham atau buat-buat tak faham?"soalnya sambil tu.
Kaki Athena secara automatik ikut undur ke belakang. Keningnya berkerut tak suka. Hish! Nak cuba psiko dia la ni. Ingat menjadi ke?!
"Mana ada..memang betul pun. Aku tak tahu apa kau cakap. Ingat sikit eh...Ryder yang bawak aku ke sini bukan aku yang ke sini...mulut tu nak menuduh pandang-pandang sikit." getusnya.
BUK!
Tersandar je belakang badan, Athena mengedipkan mata sebab terkejut. Lalu dia pandnag ke belakang sekejap kerana nak tahu apa yang ada dekat belakangnya. Sh*t!Ada dinding ke!
Carson angkat tangan lalu letakkan tangan dekat tepi kepala Athena lepas tu.
Athena pun pandang ke tangan tu pulak sebelum palingkan kepala ke depannya sebelum bertemu muka dengan Carson.
"Sekali tak apa. Bukan buat kali kedua. Saya dah siasat segalanya mengenai awak Athena. Dan saya tahu siapa awak sebenarnya."bisiknya Carson depan muka Athena.
Athena ketap gigi kuat-kuat sambil balas renungan Carson. Lelaki ni dah tahu siapa dia yang sebenar-benarnya? Selama ni?!
Carson dekatkan bibirnya di tepi telinga Athena kemudian."Ikut kan hati lama dah saya beritahu Ryder siapa diri awak sebenarnya. Tapi mengenangkan betapa sayangnya dia dekat awak, saya tak berani nak katakan hal sebenar. Jadi saya beri amaran pada awak wahai Cik Athena Luisa Gilbert...behave atau saya akan buatkan Ryder bencikan awak.." deramnya dengan garang.
Athena yang dengar hanya mampu telan air liur. Tak dapat nak balas kata-kata itu kerana tiada yang salahnya pun. Nak melawan risau pulak dia nanti ketahuan.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...