Part 72

936 84 1
                                    

Di luar bangunan, laman lapang depan pintu masuk utama, dapat di lihat dari dalam bangunan lagi akan lima orang lelaki berdiri berdekatan dengan kereta masing-masing. Macam-macam gaya tersendiri di pamerkan oleh mereka.

Seorang bersandar di tepi pintu tempat pemandu sambil tunduk pandang telefon.

Seorang duduk dekat hood depan kereta sambil termenung menghisap rokok.

Seorang sedang berdiri tanpa melakukan apa-apa sewaktu memandang pintu masuk bangunan di depan sambil berborak dengan orang di sebelah.

Seorang lagi yang bercermin mata hitam di wajah berdiri dengan tangan di dalam poket seluar sedang termenung memandang ke satu arah tanpa sebab.

Mereka semua di situ berkumpul untuk bertemu dengan Athena buat kali terakhir sebelum berpisah ke haluan masing-masing. Sementara Athena settle kan urusan dekat dalam bangunan Gilbert.

Setelah beberapa ketika menunggu, akhirnya Athena munculkan diri. Dengan langkah sassy madam besarnya, Athena dekati tempat dimana empat buat kereta terparkir kemas di situ. Dan orang pertama yang dia dekati adalah lelaki yang sedang duduk di hood kereta termenung sejak tadi. Sementara yang lain hanya berdiri di situ menunggu giliran.

"Lama tunggu?"sapa Athena pada Ezra.

Ezra bangun dari hood itu lalu berdiri tegak depan Athena. "Tak adalah."jawabnya.

Athena serahkan satu sampul putih kepada Ezra setelah itu. "Ambil ini...bayaran untuk tugas kau. Thanks. Aku senang berurusan dengan kau dan juga Violet. Next time...kalau kau nak buat majlis jemput la aku."katanya sambil tu.

Ezra capai sampul tu sambil mengangguk kepala. "Terima kasih jugak sebab berikan kepercayaan kepada kami untuk sertai Cik Athena dalam misi ni. Dan jangan risau, cik adalah orang pertama yang akan di jemput." jawabnya sambil pegang sampul tu.

Sebagai tanda terima kasih, Athena depakan tangan lantas peluk Ezra dengan kedua-dua tangan.

Ezra balas pelukan itu dengan erat. "Jaga diri. Jumpa di lain masa."ucapnya di tepi kepala Athena.

Athena jauhkan dirinya dari Ezra setelah itu. Dia lambai ke lelaki tu sewaktu berpaling ke arah anak buah Blake pula. Lelaki yang bersandar di tepi pintu kereta tadi. Lelaki tu beri tunduk hormat pada Athena taktala melihat Athena mendekatinya. "Semua barang yang Ezra berikan awak dah ambil ke?" tanya dia.

"Sudah cik."

"Okay, kalau macam tu hantarkannya terus ke kediaman Aria. Maklumkan pada Blake yang saya akan pulang beberapa hari lagi lepas saya selesaikan semua urusan."maklum Athena.

Anak buah Blake seluk tangan ke dalam kot yang dipakai lalu serahkan satu purse berisi pasport ke Athena. "Ini adalah pasport dan dokumen yang Cik minta saya sediakan tu.."

Purse itu di capai Athena sebelum dia tepuk tepi lengan tu. "Jumpa nanti...thanks."ujarnya sebelum gerak ke arah dimana Jake dan Carson berada. Orang yang berdiri pandang pintu masuk sejak tadi menunggu ketibaan Athena.

Berdiri saja Athena di depan mereka berdua, Jake mahupun Carson masing-masing buat muka serius semasa berdiri melangit depan wanita itu.

Athena menyilang tangan ke dada sambil lentokkan kepala ke kanan sewaktu tersenyum memandang dua lelaki muka ketat di depannya mintak di ketawakan itu. "Kenapa pandang aku macam tu?"soal dia dengan sengih mahu ketawa.

Carson berdengus tak percaya lalu palingkan kepala ke kiri kerana menyampah. Kejadian malam tadi yang dia di tembak dengan ubat pelali masih terkesan pada dia. Macam tak guna je! Ada ke patut!

Jake lepaskan hela Panjang. "So...that it?Sampai sini je?Ayah cik takkan ganggu tempat kami lagi?"soal dia hendakkan kepastian.

Athena mengangguk kepala. "Ya...dia dah janji dengan aku. Malah dia setuju untuk tinggalkan semua ni dan bina hidup baru bersama dengan aku satu keluarga. So kau..."dia tunjuk Jake. "Dan kau mr grumpy nak monopos"tunjuknya ke Carson pula. "Sementara Ryder tak ada, tolong tengokkan tempat tu...sampai dia balik." pesannya.

Carson yang dengar palingkan kepala. Dia pandang Athena dengan kening mencerun. "Mana kau nak bawak dia?"

Athena jungkit bahu. "Rahsia. Sekarang dia dengan aku. Kau orang jangan menyibuk nak ganggu eh. Kau ganggu aku letupkan sekor-sekor."tundingnya ke Carson.

Jake tersenyum. Dia kemudiannya angkat tangan tanpa sedar lantas hinggap di atas kepala Athena. "You did a great work Miss Komander. Good luck."ucapnya.

Tindakan itu buatkan Athena taken back. Dengan mata terbutang kaku, dia pandang terkejut ke Jake buat beberapa saat sebelum ketawa. "Thank you.."senyumnya.

Carson yang malas nak lama-lama di situ terus gerak masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Jake dengan Athena.

"Okay la...kalau macam tu kami gerak dulu." pamit Jake sambil tepuk bahu Athena sambil tu.

Athena angguk kepala lalu lambai kecil ke Jake. "Bye..."

Setelah melihat tiga kereta yang ada di situ mula beransur pergi dari situ, Athena kemudiannya beralih ke lelaki terakhir, iaitu Zach, yang bercermin mata hitam di wajah. Lelaki tu gerak ke pintu tempat duduk belakang lalu di bukakan untuk Athena masuk bila nampak Athena mendekati kereta tersebut.

Setibanya Athena di depan pintu itu, dia berhenti untuk memandang Zach. "Mama tahu saya nak ke sana?"soal dia.

"Tuan Muda Kendrik sedia maklum mengenai ketibaan Cik ke sana. Tidak puan Xiana." jawab Zach.

Tanpa berkata apa-apa, Athena angguk kepala lalu kemudiannya tunduk masuk ke dalam kereta. Seusai Athena masuk, Zach tutup pintu kereta itu lantas gerak ke tempat pemandu.

Selesai selesakan diri, Athena pandang ke sisinya sebelum tersenyum. "Marah lagi ke?"soal dia sambil pandang tepi muka tu. Mata terpejam, tangan bersilang di dada, dan air pod di kedua-dua belah telinga. Kening pula mencerun seakan marah tak puas hati.

Ryder tak membalas. Dia hanya diam di situ masih memprotes akan tindakan Athena yang sanggup mengenakan dia buat kali kedua!

Berasa lucu dengan sikap serius Ryder, Athena ngesot ke sisi Ryder lalu hinggapkan satu kucupan di tepi pipi. "Sorry...kau patut terima kasih dekat aku sebab selamatkan diri kau dan juga tempat kau dari di jarah sayang..." ujarnya. Lalu dia gerak hendak mengenakan seatbelt di badan dan kereta turut bergerak pada masa yang sama.

Kucupan itu berjaya buatkan Ryder membuka mata dan palingkan kepala ke Athena kemudiannya. Dia pandang tak puas hati ke muka cantik Athena buat seketika. "Aku masih marahkan kau okay."rajuknya.

Athena ketawa lepas dengar,lalu dia rangkul lengan Ryder sebelum bersandar di bahu tu dengan hati yang senang.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now