Part 19

989 89 0
                                        

Debu berterbangan di sana sini, ketulan batu yang berat menghempap sekitar badannya buatkan dia agak terpinga sekejap sebelum soberkan diri dan bangun dari timbunan di situ.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Athena dengan muka dan rambutnya yang diselaputi debu runtuhan batu. Kasut tumit tingginya di tanggalkan dari kaki untuk dapatkan keseimbangan yang kukuh sebaik dia berdiri.

Lain kali beritahu dia untuk tidak pakai kasut tumit tinggi masa jalankan misi!

Urgh!

"Argh!Tolong!"teriak suara tu dengan sakit.

Memandangkan waktu itu sedang kelam kabut, Athena terus berlari ke arah suara itu secepat mungkin tanpa pedulikan rasa sakit yang dia rasa pada setiap anggota badannya. Kalau dia tahu la semua ni akan berlaku secepat ini, tak adanya dia kenakan dress ni! Macam sia-sia pun ada!

"Tolong!"teriak suara yang muncul dari timbunan batu di situ.

Sesampai saja Athena di timbunan tersebut, Athena ternampak presiden Moscow tidak sedarkan diri terbaring di tepi presiden Denmark yang sebahagian badan sudah tertimbus dengan runtuhan batu.

Keluhan jengkel di lepaskan.

Haih! Kenapa la semua ni berlaku dekat dia!

"Jangan bergerak...saya akan selamatkan tuan." arahnya semasa jalan berkaki ayam memijak batu di situ lalu mendapatkan presiden Moscow dulu. Dia Tarik lelaki tu ke tempat yang lebih selamat sebelum memeriksa nadi lelaki tersebut. Tiada nadi!

Haish!

Buat sekali lagi, rancangan dia digagalkan!

Memang nak mati betul la orang-orang Robin Hood ni!

Tidak mahu berlengah, Athena tekan dada tu beberapa kali.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?"tanya presiden Denmark pada Athena masa dia nampak Athena sedang buat CPR pada presiden Moscow.

"Someone want you die..and I'm here to save your ass.."jawab Athena dari balik nafasnya semasa tekan dada tu beberapa kali.

"Siapa?"tanya presiden tu lagi dengan suara dalam kesakitan.

Baru saja Athena gerak hendak berikan bantuan pernafasan ke mulut presiden itu, tidak semena satu tembakan hinggap di tepi tempat Athena sedang melutut. Melompat terus Athena sampai dia terduduk dekat situ sebab terkejut dengan tembakan itu.

Masa itu lah, sekumpulan manusia berpakaian combat serba hitam dan bertopeng menyerbu ke arah Athena dan presiden Denmark tadi. Mulanya mereka heret Athena jauh, badan presiden Moscow di angkat lalu di bawa pergi. Sebelum beberapa yang lain bantu alihkan batu di situ jauh dari Presiden Denmark.

Masa Athena hendak di heret, masa tu jugak dia bergerak hendak keluarkan senjata dia, tapi belum sempat dia nak acukan senjatanya, pada masa yang sama seorang dari mereka turut acukan pistol tepat ke kepala presiden Denmark yang tak berdaya itu. Yang mana Berjaya mematikan pergerakan Athena serta merta.

"Gerak seinci lelaki ni mati."arah suara lelaki dari balik topeng itu.

Athena berdiri kaku dekat situ dengan pistol erat di tangan kanannya. Dia pandang tak berkedip 15 orang berpakaian combat yang ada di tingkat bawah tanah yang sudah runtuh itu dengan renungan bengang. Nafasnya naik turun kerana mengah dan kesakitan. Dia tak tahu mana yang sakit jadi dia tak peduli untuk periksa akan dirinya.

"Bawa dia orang pergi!"arah satu suara tegas orang lelaki yang lain.

Terus mata Athena gerak memandang tukang pemberi arahan tu. Kebetulan, masa tu orang tu jugak jalan dekati dia. Pergh! Sakit bhai! Kalau dia lawan, mahunya lunyai dia dekat sini. Sudahlah ramai orang dekat sini. Kang...dia angkat pistol, tak pasal-pasal berderai pulak kepala presiden Denmark ni nanti.

Orang itu kemudiannya berdiri depan Athena dan diam di situ buat seketika.

Athena pulak hanya tenung ke gogel hitam yang menutup mata orang di depannya dengan kening mencerun. Mujur mereka ramai, Kalau tidak lama dah dia tembak kepala sensorang dekat sini! "What?Bunuh la aku...kau tunggu apa lagi?"cabarnya.

Orang itu tak semena angkat tangan lalu pegang kepala kiri Athena. Darah mengalir turun dari tepi kepala tu hingga ke bawah dagu seperti air mata. Mungkin cedera semasa letupan tadi.

"You hurt. You should not be here."ujar orang itu tiba-tiba sebelum turunkan tangan.

Athena buat muka terkejut. Dia undur ke belakang kerana pelik. Apahal siak! Memangnya peduli la dia cedera ke apa! Tahu tak mereka tengah berperang dekat sini! Yang sibuk risaukan dia kenapa"Memangnya peduli apa!!"Berasa hairan plus bengang, Athena pun gerak menghayun tangan dia yang bersenjata itu hendak memukul kepala lelaki di depannya. Ingat dia akan berdiri dekat sini di beritahu itu ini dengan mereka ke!

Kalau dia perlu mati dekat sini! Mati la! Apa dia tahu, dia nak dia orang ni sakit!

Tanpa menggunakan pergerakan yang banyak, orang itu tepis serangan Athena. Dia pegang pergelangan tangan Athena yang memegang pistol itu lalu di pulas ke belakang badan sebelum menyandarkan belakang Athena ke depan badannya.

"Argh!"jerit Athena dengan perlahan sebaik lengannya di pulas begitu saja.

"Gerak semua! Kita ada masa 5 minit saja sebelum pasukan bantuan mereka tiba di sini!"laung orang yang sedang mengekang Athena itu.

Sambil ketap gigi menahan sakit, Athena berdiri dekat situ dengan mata kemerahan kerana berasa marah sampai nak menangis! Susah payah dia pelan semua ni! Sekelip mata saja di gagalkan dengan mereka. Kenapa?Hah! Kenapa!!!

"Macam mana dengan dia?"tunjuk seorang dari mereka ke Athena.

Athena pandang orang yang Tarik dia jauh dari presiden Moscow tadi!Kenapa dengan dia?Bunuh la, apa lagi kalau tak dia sendiri yang cari dan bunuh setiap seorang mereka ni nanti!

"Kau orang pergi dulu, aku uruskan dia."ujar lelaki yang berada di belakang Athena.

Mendengar arahan itu mereka semua beransur pergi dari situ sehingga la tinggal Athena dan orang yang menawannya di situ. Pergi saja mereka dari situ, lelaki itu tolak Athena jauh dari dia sehingga buatkan tubuh itu terjelepok atas lantai yang penuh dengan debu dan ketulan serpihan batu.

"Uhuk!"batuk Athena kerana sebu di dada akibat tolakan itu. Tak guna punya musuh!

"Ini warning terakhir. Jauhkan diri kau dari sini. Dan jaga diri kau sendiri. Jangan sibukkan hal Robin sebab kau takkan menang lawan dia."ujar lelaki tu sewaktu tunduk memandang Athena dekat lantai tu.

Perlahan-lahan Athena tolak diri dia dari lantai tu dan berdiri semula menghadap orang berbaju cobat hitam di depannya. Robin?So ketua dia orang bernama Robin? Jadi memang betul la RObin Hood yang dia cari selama ni adalah dalang kejadian ni.

"Kau fikir aku nak dengar ke!"Athena keluarkan pistol yang ada di betis kanan dari balik dressnya laju-laju sebelum lepaskan tembakan ke depannya. Namun tidak mengena. Orang itu sudahpun tiada di situ lagi semasa tembakan di lepaskan.

Dumbfounded Athena dekat situ masa pandang.

What!

Apa semua ni!

Dia palingkan kepala ke kanan dan kirinya dengan bengang. Dia orang terlepas?

Sekali lagi!?

Seriously!!

Athena berdiri dekat situ dengan muka devastatednya sebelum terduduk dekat situ sebab tak larat. This gonna be a long day!

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang