Part 45

840 78 0
                                    

"Saya dah balik..."maklum Aria sebaik masuk ke dalam rumah. Dia tanggalkan kasut lalu menyarung selipar dalam. Setelah itu langkahnya di atur ke arah tangga kerana ingin menjenguk anaknya. Sekali tu dia terdengar suara budak ketawa terkekek-kekek dari arah ruang tamu.

Hairan dan ingin tahu, Aria pun atur langkahnya ke laluan untuk ke ruang tamu. Dia jalan dan jalan sehingga la tiba depan muka pintu masuk ruangan tersebut.

Pandang saja dia dalam ruangan itu, beg tangannya terlepas dari cengkaman sebelum terjatuh dekat atas lantai kerana berasa terkejut.

Bagai mahu luluh hatinya, Aria hanya berdiri kaku di situ taktala melihat Athena sedang bersila di atas sofa sambil mendukung Ryan dan mengagah anak itu dengan ceria.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia tentang Athena. Selama ni dia selalu tahu dan nampak setiap tindak tanduk Athena. Dan sejak berkahwin dia tak cukup tangan nak handle semuanya termasuk la menjaga Athena.

Jadi bila berjauhan dengan Athena buat dia risau dan terkilan. Namun kerana desakan kerja dia tak boleh nak kokong Athena seperti dulu. Oleh kerana itu dia terpaksa lepas tangan.

Namun dia menyesal dengan keputusannya. No matter la sekalipun yang berlaku, Athena adalah baby sister dia.

"Athena.."panggil Aria dengan ketulan udara tersekat di kerongkong kerana mahu menangis akibat rindu dan risau yang menggunung selama beberapa bulan ni.

Bersama senyuman di bibir, Athena palingkan kepala ke pintu masuk ruang tamu apabila mendengar suara kakaknya itu.

Perlahan-lahan Aria dekati sofa tu lalu ambil tempat atasnya. "Bila kau sampai?"tanya dia lagi sambil tahan diri dari menangis dekat situ dan tarik Athena ke dalam pelukannya.

"Lama dah...kau dari Dark Hole ke?"Athena letakkan Ryan dekat bahu lalu ditepuk perlahan punggung berpampers tu.

Mata Aria naik turun menilik Athena. Nak pastikan tiada apa-apa yang kurang atau janggal pada adiknya. "Hidup lagi kau eh..ingat kan dah duduk dalam kubur dah..."selorohnya.

Athena mencebik menyampah. "Sorry kalau kecewakan kau...sebab aku hidup lagi. Terpaksa la kau hadap aku lagi.."

"Kenapa tak call aku?Ke kau duduk dalam gua sepanjang bulan ni sekarang baru nak timbul... Susah eh nak call aku ke apa ke.."bebel Aria. "Suka tau buat orang risau.."

Athena menjeling."Eleh...ya-ya je la.kau kisah pasal aku...entah-entah kau buat parti raikan kepergian aku dari sini... "cemuhnya.

Sekali tu Aria cubit peha Athena sebab geram. Hish! Menyakit kan hati la hadap Athena tu. Rasa macam nak palit je pes cili padi dekat mulut tu. Biar rasa!Padan muka!

"Auw!Kau apahal!"tepis Athena sambil pegang Ryan dua-dua tangan. Takut terjatuh pulak anak orang ni. "Tebiat ke!"getusnya.

"Sakit?Itu yang aku rasa bila bercakap dengan kau tahu tak!"Aria cuba cubit Athena lagi.

Tapi Athena bergelut nak elakkan diri dekat atas sofa tu. "Hei!Apa kena dengan kau ni perempuan!"

"Oh..hai sayang." tak semena suara  Blake kedengaran.

Terkejut dengan suara itu, mereka berdua serentak palingkan kepala.

"Bila balik? Sorry tak dengar sebab saya ada dalam bilik air sediakan air mandian Ryan." jelasnya sambil mendekat.

Aria kembali memandang Athena dengan kening mencerun. "It fine..."balasnya dengan perlahan.

Sambil tersenyum nipis Blake tunduk ke Aria lantas mengucup kepala tu sekejap lantas mendapatkan Ryan pula. "Awak berdua berborak la. Biar saya jaga Ryan ni.."katanya semasa ambil anaknya dari Athena.

Athena pun beri kan la anak buahnya pada Blake sebelum usap bekas-bekas cubitan Aria tadi dengan muka bercemberut.

Sebaik mendukung Ryan, Blake pandang muram ke Athena lalu ke Aria sekejap sebelum berpaling dari situ untuk naik ke tingkat atas.

Dan setelah mereka di tinggalkan, Aria kembali bersuara. "Apa yang dah berlaku sebenarnya ni Athena? Kau tahu aku dengar dari Debris mengenai pemburuan untuk bunuh kau? Apa kau dah buat sebenarnya ni?"tanya dia dengan kening berkerut risau.

Athena capai bantal kecil di situ lalu di peluk rapat ke dada sebelum sandarkan kepala ke sofa itu dalam keadaan bersila menghadap Aria.

"Panjang ceritanya."jawabnya dengan malas.

"Aku ada banyak masa untuk dengar."tegas Aria.

Tanpa berkata apa-apa, Athena hanya diam memandang muka Aria yang saling tak tumpah seperti Xiana. Rindu dia pada ayahnya dan ibunya. Lama dia tak jenguk mereka berdua tu.

Namun orang yang paling dekat dengannya ialah Aria. Jadi kakaknya ini lah yang dia dahulukan.

Macam mana dia nak cakap pada Aria ni?

Sanggup ke dia kecewakan kakaknya yang seorang ni?

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now