Part 5

1.3K 96 3
                                        

DETAK

DETAK

DETAK

Dengar je bunyi hentakkan tumit kasut itu, dia yang dengar sedia maklum siapakah empunya bunyi.

Dengan renungan dingin Debris angkat kepalanya lalu pandang ke arah depan mejanya dimana wanita berpakaian serba cantik dan anggun sedang berdiri.

"You late."ujar Debris.

Athena hanya buat muka menyampah. "Jangan nak banyak cakap..aku dah buat apa kau nak. Now what?"gerutu Athena dengan nada tak puas hatinya.

"Kamu dah berjumpa dengan mereka semua ke sebelum ke sini?"Debris letakkan pen dekat atas fail yang dia teliti tadi sebum sandar ke belakang.

Kerusi dekat depan meja tu di tarik Athena sebelum dia duduk henyak di atasnya dengan marah. "Yeah...they give such a 'pleasant' welcoming." perlinya.

Debris ketawa kecil. "Mereka masih terasa sebab kamu tinggalkan tempat ni begitu saja."

Athena berdecit menyampah.

"Serius?Terasa?" macam tak percaya je dia dengar. "Memangnya aku ni siapa bagi dia orang sampai nak terasa bagai. Kau patutnya bagi tahu dia orang tujuan aku dekat sini lepas aku berambus dari sini.."

"Saya cuba, tapi Kaiser tak percaya." jelas Debris lagi.

Athena selak rambutnya ke belakang bahu lalu silangkan kaki dengan rimas. "Dah la...rimas aku. Kalau kau panggil aku ke sini untuk bebelkan aku pasal dia orang, aku balik. Ada banyak benda aku kena settle kan sekarang dari dengar semua ni." renggusnya.

Lantas Debris bergerak tunduk ke tepi meja sebelum tarik satu dari laci di situ. Setelah itu dia keluarkan satu timbunan fail melaluinya sebelum di letakkan atas meja depan Athena.

Kening Athena terangkat sedikit sebaik melihat fail-fail itu. "Apa tu?"

Debris tepuk atas fail tu. "Ianya maklumat yang kamu perlukan mengenai Organisasi Robin Hood." jawabnya.

Elok Athena bersandar dan bersilang kaki, Athena duduk tegak dan turunkan kakinya ke lantai dengan terkejut.

"What?"soalnya dengan kening berkerut. "Bila masa aku setuju untuk handle kes ni..?"

"Ianya arahan dari atasan sendiri. Kamu sendiri tahu apa akibatnya sekira kamu ingkar akan arahan mereka."Debris kembali sandar ke kerusi lalu memandang Athena dengan renungan judging.

"No. I'm not doing it!"fail-fail tu di tolak ke Debris semula.

Lelaki tua tu apa lagi, dia malah dorong fail tu ke Athena semula. "Nak dibandingkan semua orang dekat sini, kamu adalah orang yang kenal mereka lebih dari kami semua."

Athena beri renungan 'kepala otak kau!'

"Bila masanya...kejadian lima tahun tu hanya kesilapan yang tak disengajakan okay. Berapa kali aku nak beritahu, aku tak ada niat nak selamatkan dia orang, benda tu terjadi secara kebetulan.."bidas Athena.

"Still...kamu pernah berlatih dan belajar di akademi yang sama dengan seorang dari mereka. Itu bermakna kamu ada hubungan dengan mereka." sambung Debris.

Sambil buat muka kengerian tak suka dengan kenyataan itu, Athena membuat badan seakan kegelian mendengarnya. "Please...stop saying that...it creep me out."teringatkan seorang dari mereka dah buatkan bulu roma dia merinding serta merta.

Serius beritahu, dia tak ada satu pun kelemahan atau benda yang boleh takutkan atau tundukkan dia dalam dunia ni.

Tapi ada satu saja yang boleh buatkan dia berasa takut.

Ya.

Bukan benda.

Tapi orang!

Sumpah! Bertahun lama dia cuba elakkan diri dari terlibat dengan mana-mana kes yang melibatkan Organisasi Robin Hood ni.

Dan sekarang!

Umpama saka yang tak boleh nak di alihkan, sekali lagi, dia di paksa untuk handle kes yang sama macam tahun-tahun sebelum ni.

"Biarkan je la dia orang ni...bukannya dia orang buat benda yang salah pun." cemberut Athena sambil pandang tak suka akan fail di depannya itu.

"Masalahnya sekarang pihak atasan bising sebab tak pasal-pasal mereka turut jadi mangsa organisasi ni." Debris tunding jari dengan marah ke atas fail-fail itu.

Athena silangkan tangan ke dada dengan tak puas hati lantas palingkan kepala ke arah lain."Bukan masalah aku, salah dia orang jugak siapa suruh buat benda tak elok sampai kumpulan apa jadah namanya ni kerjakan dia orang."

Debris menggeleng tak percaya. "Sudah. Suka tak suka ini adalah kes kamu. Sekiranya kamu tidak mahu terima kes ini, tiada kes lain yang bakal diberikan kepada kamu." tegasnya.

Terjatuh rahang Athena saat dia palingkan kepala ke Debris. "Serius?"soalnya.

"Yes. Pihak atasan sendiri yang katakannya." angguk Debris.

"Tak nak!"raung dia sambil dongakkan kepala ke belakang. "No...I don't want it..." peduli la rupa macam budak-budak. Apa yang dia tahu dia tak nak!

Arghhh!

Gerenti nanti bukan dia yang lingkupkan organisasi ni, sebaliknya nyawa dia yang lingkup dulu!

Mama!

"Itu saja. Kamu boleh dismissed." Debris kembali memeriksa fail yang dia check tadi sebelum Athena masuk.

Athena hanya bersandar di situ dengan kening berkerut tak puas hati.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang