"Maklumkan kepada Xion mengenai apa yang aku beritahu kau sebentar tadi. And make sure telling him something that sound convincing okay."pesan orang dalam panggilan.
Dia yang dengar kejap-kejap kerling ke sekelilingnya kerana awas. Ala maklum, jadi spy ni bukan kerja yang senang. Banyak pancarobanya. Silap langkah kepala dia jadi bayarannya.
"Baik tuan Ryder."sambutnya dengan perlahan sewaktu ternampak beberapa orang staf lalu di depan bangku dia sedang duduk menghisap rokok.
"Lagi satu...asal kau tak beritahu aku mengenai hijacking pesawat yang Athena naik? Aku dapat laporan mengatakan Kumpulan Xion telah aturkan perampasan pesawat yang sama di mana Athena naik?"soal Ryder dalam panggilan kedengaran marah.
Dia yang dengar hanya sedut asap rokok lalu di hembus ke udara dengan lega. "Kebetulan je. Dia orang memang niat nak fitnah Shadow Thieves lagi sekali, tak sangka pulak dia naik pesawat yang sama."jelas dia.
"Kau patut beritahu aku awal-awal kalau macam tu..."marah Ryder lagi.
Haih...penat betul la.
Nak beritahu macam mana lagi, MK masih cedera. Dan terpaksa la dia yang berkepit dengan Xion 24 jam menguruskan itu dan ini. Kalau dia call Ryder kantoi la jawabnya nanti.
"Masa tak mengizinkan. Ruang tak membenarkan."jawabnya dengan mendatar.
"Haih...."hela Ryder dengan panjang.
Dia tak membalas, hanya diam di situ.
"Ya sudah...kau pergi jumpa Xion. Ceritakan semuanya pada dia A-Z apa yang berlaku dekat Athena."arah Ryder.
"Baik."sambutnya.
Tak lama lepas tu panggilan pun di putuskan.
Bersama hela nafas di lepaskan panjang, dia bangun dari bangku, campak putung rokok ke bawah lalu di tenyeh dengan hujung kasut lalu gerak masuk ke dalam bangunan untuk menemui Xion.
Sambil berjalan, dia sambil berfikir.
Tak rasa pelik ke kenapa Athena boleh ada dekat pesawat yang sama. Sedangkan banyak lagi pesawat yang boleh di gunakan. Pesawat yang jadi target Xion jugak jadi pilihan.
Rasa macam di sengajakan pun ada. Yalah, cuba fikir balik. Xion pelan asal adalah hantar Athena ke Ryder. Dan sekarang Ryder hantar Athena semula ke tanah air perempuan tu. Tup-tup jadi macam ni pulak.
Entah-entah Athena dah tahu agaknya dari awal mengenai pelan Xion. Itu yang Athena naik pesawat tersebut. Setahu dia, Xion rancang semua ni lepas Athena pergi. Mana mungkin la Athena sempat tahu.
Melainkan la...Athena ada mata-mata lain dekat sini jugak?Macam Ryder buat dekat dia sekarang?
Pelik betul la semua ni
Entah kenapa dia rasa ada something yang tak kena?
DING!
Pintu lif terbuka. Lantas dia keluar dari situ dan jalan berkawad ke kanan koridor beberapa meter sebelum berhenti di depan sebuah pintu kaca hitam. Diberi beberapa ketukan, kemudiannya dia tolak ia ke dalam sebelum di sapa dengan pemandangan di mana Xion sedang tunduk meneliti dokumen dekat dalam fail.
Dia yang tengok sendiri rasa menyampah.Ya-ya la busy. Macam acah je kisah pasal hal negara. Sedangkan buat jahat lepas tu salahkan orang lain.
"Tuan."sapanya setelah berdiri dekat depan meja.
Xion angkat kepala. Lalu dia berkata. "Jake...macam mana?Dah dapat berita mengenai Athena?"
Jake yang dengar soalan itu buat muka innocent lalu mengangguk. Kisah pulak pasal Athena ni."Ya tuan."
Xion terus tutup fail lalu tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Jake. "So?"
Nak sangat dengar kan. Meh dengar elok-elok ya. "Saya dapat maklumat, Athena telah arahkan untuk pulang ke tanah air beberapa hari lepas. Namun begitu, sesuatu telah terjadi semasa dia dalam perjalanan ke sana."
Kening Xion berkerut-kerut.
"Tuan ingat lagi rancangan kita untuk hijack penerbangan di Berlin beberapa hari lepas?"soal Jake.
"Ya..kenapa dengan tu?"
"Athena ada di dalam pesawat tu. Dan dia telah menumpaskan kumpulan yang tuan upah tersebut. Di sebabkan kejadian tersebut pihak Blue House telah menahan Athena atas tuduhan membelot dan salah guna kuasa. Tamabhan pula berita mengenai pembelotan dan pengkhiantan dia telah membuatkan hukumannya lebih berat."cerita Jake dengan bernada serius dan meyakinkan.
"Apa?!"Xion berdiri tegak lepas tu. "Sejak bila?Kenapa tak maklumkan pada aku sebelum tu?"
Jake dengan poker face dia tidak menjawab.
"Dah tu Athena macam mana sekarang ni?Dia tak apa-apa ke?"soal Xion dengan cemas sambil capai telefon skrin sentuhnya dari atas meja lalu disentuh itu dan ini dengan cemas.
Patut la tak ada khabar dari Athena sejak tiba di kubu Ryder. Dia ingatkan Athena saja tak nak call atau berhubung dengan dia sebab busy ke apa. Rupanya sebab ni?
"Saya dengar dia kini dalam tahanan Blue House dan kerajaannya. Sama ada hidup atau mati saya tak pasti..."ujar Jake lagi.
Xion mengangkat kepala. Dia pandang ke Jake dengan kening berkerut. "Kenapa kau cakap macam tu?"tanya dia kerana hairan. Kenapa orang-orang Athena sendiri nak sakiti wanita itu.
Bersama renungan gelap penuh muslihatnya, Jake pandang ke lantai berpura-pura seperti rasa bersalah lalu berkata. "Sebab Athena mengaku semua kejadian itu kerana dia. Dan dia tutup kenyataan siapakah pelaku dan dalang sebenar perampasan pesawat tu." tambahnya lagi.
Tangan Xion yang pegang telefon tu jatuh ke sisi hilang semangat lepas mendengar berita itu. Mulutnya terbuka sedikit kerana tergamam. "She what?"soalnya dengan nada tak percaya.
Athena letakkan kesalahan ke atas diri sendiri sedangkan yang sepatutnya di salahkan oleh Organisasi Robin Hood!
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
AçãoSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...