"Kau nak ke mana?" soal Aria sekali lagi sambil meletakkan hidangan di atas meja.
Mata Athena melirik ke hidangan di depan sebelum topang pipi dan memandang kakaknya pula.
"Denmark," jawabnya.
Pada masa itu, Blade muncul sambil menggendong anak kecil. "Eh, Athena. Bila balik sini? Bukan ke kamu ada di Bali?" soalnya ketika duduk di kerusi sambil menepuk belakang si kecil.
"Semalam..." jawab Athena dengan nada kesal. Tak pasal-pasal cuti dia spoilt. "Dan saya tak balik sini secara sukarela."
Aria mendekati Blade dan mendukung anak kecilnya ke dalam pelukan supaya suaminya dapat makan. "Kau nak aku uruskan Menteri Peperangan tu ke?" soalnya.
"Tak payah..." Athena memandang anak buahnya yang baru saja berumur 9 bulan di pelukan Aria. Dia tidak mahu melibatkan Aria dalam urusan kerjanya, terutama dengan anak kecil seperti ini. "Kau jaga la anak kau... biar aku uruskan kerja aku sendiri."
Blade mengambil makanan di pinggan lauk lalu meletakkannya ke dalam pinggan makanannya. "Kalau nak, boleh je saya tolong..." ujarnya sambil mengunyah.
Athena menggeleng kepala. "It's okay..."
"Mama call... dia suruh kau jumpa dia. Dia cuba call kau tapi kau tak angkat," maklum Aria sambil mengesat air liur yang mengalir di mulut anaknya dengan tisu.
Athena terus memandang Aria dengan cergas. Ya! Mama dia. Hari itu dia janji nak jumpa. Sekali tu, dia terlajak bercuti di Bali sampai lupa janji.
"Alamak..." Athena terus tepuk dahi. "Aku lupa pulak..."
Blade yang sedang menyuap makanan menggeleng kepala sambil tersenyum.
Anak kecil Aria merengek ketika Aria meletakkannya semula ke bahunya. "Apa yang kau lupa?" tanya Aria sambil menepuk belakang badan anak itu untuk menyendawakan si kecil selepas minum susu dengan Blade tadi.
"Aku ada mintak tolong mama pasal sesuatu. Dia janji akan tolong kalau aku temankan dia beberapa hari lepas, tapi aku lupa sebab aku ada di Bali sepanjang masa tu," cerita Athena.
"Call la dia balik kalau macam tu... kau tu pun satu, dah ada telefon tapi tak digunakan. Lebih baik tak payah ada telefon. Buang masa je dan sakitkan hati orang," cebik Aria.
Athena menjeling geram. Dia memandang tidak puas hati ke arah Aria. Dah kahwin atau ada anak, perangai kakaknya tetap sama. Tak ada berubahnya. Dasar mak nenek!
"Untung Ryan ada dekat sini... kalau tidak, lama dah aku maki kau," tunding Athena ke arah anak kecil Aria sambil menjegil mata ke Aria.
Aria tersengih jahat, tahu tak apa. "Maki la kalau nak... kau ingat aku nak terasa?"
Blade hanya mendengar. Perbalahan dua beradik ini sudah menjadi kebiasaan baginya selama dua tahun ini. Malah, dia tidak kisah jika mereka bertekak seperti anjing dan kucing. Sebab semua ini yang akan merapatkan jurang antara Athena dan Aria.
"Memang la kau takkan terasa... kau kan tak ada hati," cebik Athena dengan jelingan menyampah.
"Kau tahu... kalau Ryan tak ada dekat sini sekarang, lama dah aku smack down kau," Aria membalas dengan nada kejengkelan.
Athena ketawa buat-buat. "Hahaha... mari la. Lama dah aku tak belasah kau sebenarnya. Aku sabar je selama ini sebab kau pregnant. Now... boleh je," lengan bajunya disinsing ke siku, sedia untuk bertarung.
Pada masa itu, Blade masuk campur. "Ladies... please..." pesan Blade dengan perlahan.
Kedua-dua orang itu saling membalas renungan tajam mereka sebaik mendengar pesan itu.
"Bukan di meja makan... Aria, Athena," tegas Blade lagi ketika mereka tidak menghiraukannya.
Athena mengecilkan mata saat memberi renungan mencabar kepada Aria.
Sementara Aria pula hanya membalas renungan dengan kening terangkat sebelah.
"Hmmph! Perempuan menjengkelkan," getus Athena yang kemudiannya memalingkan muka ke arah lain dan bersandar di kerusi dengan muka tak puas hati.
Aria berdengus tidak percaya. "Kalau aku menjengkelkan, kau tu pain in the ass!" getus Aria dengan jelingan menyampah.
Mengeluh, Blade memerhatikan dua orang itu. Apa la nak jadi. Jumpa je mesti gaduh. Tak jumpa asyik risau. Tanya itu la ini la. Sekali dah bertemu muka... hmm... sabar je la.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...