Bising ruang sidang itu dengan suara kedua-dua belah pihak yang bertelagah. Mereka saling berbalas sejak sejam yang lalu mengenai topik yang diperkatakan.
Ada yang membentak-bentak, ada yang cuba meleraikan pertengkaran itu, dan ada juga yang hanya duduk menyaksikan drama di depan mata. Tidak ketinggalan, ada yang memukul-mukul permukaan meja ketika bertegas dengan hujah yang disampaikan.
"Semua ini tidak akan berlaku jika dari awal lagi pihak tuan mengikut arahan kami..."
"Kes ini sudah diserahkan kepada kami, jadi mengapa kami perlu mendengar arahan dari kamu? Lagipun, pelan kami berjalan lancar sehingga pasukan kamu campur tangan!"
"Kami?!"
"Ya!"
"Kalau tidak kerana campur tangan kamu, kami boleh saja menyelesaikan hal ini sebaik mungkin!"
Ketegangan meningkat, membuatkan urat-urat di leher semua yang ada kelihatan.
Masing-masing tidak mahu mengalah.
Ketika semua sibuk, pintu gelangsar automatik bilik sidang terbuka dan sepasang kaki kurus bertumit tinggi melangkah masuk.
DETAK! DETAK! DETAK!
Langkah kaki itu tenang dan seragam.
Orang yang duduk paling dekat dengan pintu perasan terlebih dahulu akan kehadiran orang tersebut. Dengan renungan dingin yang tidak berminat, dia berdiri dan memerhati kekecohan yang berlaku.
Haih... penat. Dia bosan menghadapi semua ini. Jika boleh, dia ingin bersara awal. Bukankah lebih baik?
Kenapa ya? Mana dia pergi, tak pernah aman?
Pasti ada yang bergaduh dan bertegang!
Perlu ke semua ini?
Penat...
Hela nafas dilepaskan sebelum dia mengangkat tangan yang bersenjatakan pistol ke atas lalu diacukan ke siling.
Well...
Dalam situasi seperti ini, bercakap elok-elok tidak akan didengari kerana semua orang mengikuti kepala angin masing-masing.
Jadi, daripada dia sakitkan tekak dan merosakkan mood baiknya dengan memekik, lebih baik...
Kita guna cara mudah.
Ya tak?
Benda dah ada...
BANG!
Bunyi tembakan itu serta-merta membuatkan semua yang ada terkejut dan terdiam.
Mereka terkebil-kebil melihat sekeliling, cuba mencari siapa yang melepaskan tembakan dalam bilik sidang ini!
"What the hell?!" soal mereka dengan mata terbelalak saat melihat wanita berpakaian sundress putih bercorak bunga matahari di hujung bilik sidang dengan pistol di tangan.
Setelah mereka menyedari siapa orang itu, mulut masing-masing terbuka tutup seperti ikan.
"Tsk! Tsk! Tsk!" Lidahnya diketuk kesal. Apa yang terjadi dengan mereka ini? "Seriously? Saya hanya tinggalkan awak semua selama dua tahun... okay, hanya untuk dua tahun dan... ini yang saya lihat?"
"Athena..." mereka berdiri terkejut melihat kemunculan wanita itu.
Mata Athena mengerling ke Debris dengan bosan. Orang tua ini masih sama. Dari dulu sampai sekarang, masih melakukan perkara yang dia tidak boleh handle sendiri.
Dah tahu dia tidak ada di sini, masih juga mahu menjalankan misi? Lagi-lagi dengan kumpulan baru dari Jabatan CIA. Memang cari masalah namanya.
"Kenapa? Terkejut sebab saya masih hidup?" soal Athena dengan kening terjungkit sebelah.
"Bila kamu sampai?" tanya Debris.
Athena berdengus menyampah. "Baru je..." ujarnya sebelum memalingkan kepala ke hujung meja sidang di mana seorang lelaki tua berambut putih dan berjambang sedang duduk. "Lepas dapat 'jemputan' dari Menteri Perang tadi... yang merosakkan percutian saya di Bali..." ujarnya bernada sinis.
Serius!
Dia sedang menikmati berjemur ketika itu, tiba-tiba ada orang datang menyerang seperti dia seorang penjenayah di tepi pantai, lengkap dengan senjata. Kemudian menakut-nakutkan orang yang ada di situ.
Gila tak gila namanya!
"Kamu yang buat saya heret kamu ke sini..." balas Menteri Pertahanan.
Athena julingkan mata. "Saya tengah bercuti... okay, BER.CU.TI. Eja elok-elok..." lalu dia berjalan mendekati lelaki bersut hitam berambut kelabu di tepi meja itu.
Dia tepuk bahu lelaki itu hingga lelaki itu mendongak memandangnya. Lantas dia melambai tangan menyuruh lelaki itu ke tepi.
Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu bangun dan memberikan tempatnya kepada Athena.
"So... apa yang sangat mendesak ni?" tanya Athena sebaik duduk dan menyandarkan diri di kerusi tersebut.
Debris dan yang lain memandang dengan minat seakan wanita itu secebis daging edisi terhad.
"Kamu perlu menangkap seseorang," ujar Debris setelah suasana sunyi.
"And...?" tanya Athena dengan nada acuh tak acuh.
"Dan kamu kenal siapa orang ini..." tambah Menteri Pertahanan pula.
Siapa pulak?
Dia kenal ramai orang...
Bukan sekerat dua...
Dia tahu jika mereka bercakap sepatah-sepatah seperti ini...
"Siapa?" tanya Athena sewaktu dia menyilangkan kaki kanan di atas lutut kiri dan meletakkan kedua-dua tangan di atas perut.
"Ketua Organisasi Robin Hood," sebut Debris dengan renungan serius.
Tersentak kening Athena selepas mendengar.
Apa?
Robin Hood?!
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
AçãoSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...