Dua wanita.
Satu dapur.
Seorang lelaki.
Seperti dalam drama, lelaki kalau memasak mesti nampak hot dan gentleman bukan.
Nah itu la yang jadi perhatian mereka berdua sekarang ni.
Sejak tadi mereka cuba nak jejak dapur dan membantu tapi ditegah terus dengan si tukang masak depan dapur itu.
Nak tak nak terpaksa mereka menurut.
Itu yang dah seperti fangirl ni.
Duduk dekat island table sambil topang rahang dengan tangan kiri masing-masing perhatikan belakang badan sasa itu sibuk melakukan itu dan ini di dapur tersebut.
"So dia adalah ketua Organisasi Robin Hood yang orang sibuk katakan tu?"
"Hm-hmp."
"Dan dia adalah teman lelaki kamu sejak kamu di akademi lagi kemudian berpisah dan bertemu semula. Sekarang nak berkahwin?"
"Yup."
"Kamu bawa dia ke sini bukan nak perkenalkan dia pada mama tapi sebaliknya kamu maklumkan hal ini?"
"True."
"Ayah kamu setuju mengenai hal ni?"
Tanpa alihkan mata dua beranak itu saling berborak dengan nada yang rendah di meja tersebut. Tak nak ganggu konsentrasi si tukang masak tu.
"Yes."
Xiana kemudiannya palingkan kepala ke sisi untuk pandang tepi muka anak perempuannya itu dengan renungan dalam. "Dan kamu jugak akan berhenti dari dunia agent ni?"tanya dia.
Athena palingkan kepala ke Xiana pula. Buatkan mereka yang muka saling tak tumpah seperti antara satu sama lain itu saling membalas renungan.
"Kenapa?Mama nak Athena teruskan jugak ke pekerjaan ni?"tanya dia.
"Tak adalah...mama just curious. Mana tahu kamu bergurau. Yalah kamu kan jenisnya suka tenggelam timbul. Mana tahu ini cuba vacation untuk kamu ke kemudian kamu masuk kerja semula ke...itu yang mama tanya."ujar Xiana.
Athena kembali memandang Ryder. Dia tenung lama belakang badan tu. "Athena buat keputusan ni bukan suka-suka. Berat sebenarnya Athena nak tinggalkan semua ni. Tapi nak buat macam mana, badan ni dah tak kuat macam dulu lagi. Dan umur pun belum tentu panjang. Dari Athena buang masa dengan semua ni better Athena bina kehidupan yang boleh tinggalkan memori bila Athena dah tak ada nanti."ujarnya dengan perlahan.
Xiana buat muka. Lalu dia angkat tangan lantas mengusap belakang kepala tu dengan kasih. Mesti Athena terkilan dengan keputusan ni. Yalah bidang ini kan kesukaan Athena. Jadi ianya pasti sukar buat Athena tinggalkan semua ini begitu saja. "Mama sokong kamu tak kira apa sekalipun keputusan kamu nak, mama cuma boleh doakan yang terbaik untuk kamu. Kalau Ryder pilihan kamu, mama tak kisah. Janji kamu bahagia.."katanya.
Athena pandang Xiana dengan senyuman di bibir. Tenang je hati bila dengar suara ibunya. Berasa senang dengan kata-kata itu,Athena gerak ke bahu Xiana lalu rehatkan kepalanya ke ceruk leher tersebut. Bagus la kalau mamanya terima Ryder. Dia ingatkan mamanya akan membantah seperti mana ayahnya lakukan.
Xiana kucup mahkota kepala Athena lalu berkata. "Aria tahu tak mengenai hal ni?"
"Entah...maybe yes maybe not...."jawab Athena dengan nada malas. Bukan apa, dia cuma penat je. Tak rehat tau beberapa hari kebelakangan ni. Ada je kerja nak kena settlekan.
"Hahaha...mama yakin kalau Aria tahu dia mesti naik hantu..."ketawa Xiana.
Dan masa itu la Ryder muncul. Lelaki tu datang dekati island table sambil menatang dua buah pinggan di kedua-dua belah tangan tersenyum senang. "Ladies...the food is done...have a taste." maklumnya sambil letakkan pinggan itu depan mereka berdua.
Athena duduk tegak, sementara Xiana depankan lagi kerusinya ke meja sebelum tunduk menghidu makanan tersebut.
"Mm...smells good."komennya setelah itu.
Ryder ambil tempat di seberang meja bertentangan dengan Athena. "Makan la kalau macam tu..."pelawa dia.
Athena pandang makanan dalam pinggan tu lalu ke Ryder. "Kalau macam ni aku tak payah la susah payah upah orang untuk masak nanti ya?"selorohnya dengan sengih nakal di bibir.
Xiana ketawa kecil lepas dengar. "Habis la.kamu Ryder..."dia capai pisau dan garfu lalu mula menjamah makanan dalam pinggan tu tanpa membuang masa.
"Sure...why not. Aku tak kisah pun kalau masakkan untuk kau hari-hari nanti."balas Ryder sambil jungkit kening sebelah kiri sewaktu memandang Athena.
"Keep your word.."tunding Athena dengan garfu yang dipegang.
Ryder beri thumbs up. "Deal Is Seal."
Sedang dua orang itu berborak, Xiana yang memerhati sejak tadi tersenyum. Nampak sepadan saja dua orang ni. Harap-harap nanti cucunya sama cantik sama kacak seperti mereka.
"Okay tak masakan saya puan?"tegur Ryder tiba-tiba pada Xiana.
Tersentak dengan teguran itu, Xiana tersedak. Maka terbatuk-batuk la dia di situ.
Athena dekat sebelah kemudiannya kalut menggosok belakang badan ibunya.
Sementara Ryder tergesa-gesa bangun dari situ hendak dapatkan minuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AçãoSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...