Part 9

1.1K 93 0
                                        

"Sertai kami Athena.."

"Ya..sama-sama kita boleh ubah dunia ni kepada yang lebih baik.."

"Apa awak semua katakan ni.."

"Ya Athena...ikut la kami, kita pasti boleh jadi pasukan yang terbaik dan digeruni.."

Dia yang dengar pandang silih ganti ke rakan-rakan seakademinya dengan kening berkerut  tak faham.

"Apa yang awak semua cuba lakukan ni?"soal dia kepada mereka semua yang berkumpul di dalam bilik stor yang sempit lagikan kecik ini untuk muatkan 12 orang di dalamnya.

Awalnya dia dalam perjalanan untuk kenkafeteria, tapi entah macam mana dia di heret pergi dengan mereka lalu di sumbat ke dalam bilik ni sebelum di asak dengan pelbagai soalan dan kenyataan mengenai sesuatu yang dia perlu sertai...

"Kita musnahkan korupsi, jatuhkan orang yang berbuat jahat dan bawa keadilan dengan undang-undang kita sendiri dan lindungi orang lain dari permainan politik para pemerintah. Dengan adanya awak dalam kumpulan kami, semua tu dapat di capai dalam sekelip mata."

Berasa takut dan tak pasti dengan apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya, dia tolak tangan dan tubuh yang ada di kanan kirinya dengan tak suka.

"Hentikan semua ni boleh tak?!"soal dia dengan muka marah. "Awak semua sedar tak apa yang awak semua tengah katakan sekarang ni?"dia pandang pelajar lelaki dan perempuan satu batch plantun dalam akademi tentera yang dia sertai dengan perasaan tak percaya.

Selama tiga tahun belajar sama-sama dan menjadi plantun terbaik dalam batch mereka, takkan la ini yang mereka niatkan?

"Apa yang salahnya Athena?"seorang pelajar lelaki di hujung kerumunan bersuara. "Bukan ke ini tujuan kita di latih?Untuk pertahankan yang lemah?"

Kepalanya di geleng tak percaya. "Bukan dengan cara memberontak...kita boleh lindungi yang lemah dengan cara yang sah..bukan memberontak dan lakukan semua kerja gila ni!"bantah dia.

"Jadi awak tak nak join kami?"

"Join apa?Dari tadi awak suruh saya join!Apa yang awak nak saya libatkan diri dengan sebenarnya?"

"Organisasi Robin Hood...awak tahu nama organisasi tu?Mereka offer pelbagai benefit sekiranya kita libatkan diri dengan mereka." bersinar-sinar mata mereka ketika mengatakannya.

Sampaikan Athena yang lihat menjadi gerun dan ketakutan. Apa yang dah merasuk fikiran rakan-rakannya ini?Kenapa macam ni sekali mereka berubah?

"No...saya tak nak."geleng Athena buat kali terakhir. "Apa yang awal semua buat ni salah."

Terus terpempan mereka semua dekat situ. Wajah mereka menjadi kaku taktala dengar akan komen Athena.

"Jadi awak takkan sertai kami?"soal pelajar lelaki yang sama sekali lagi.

Bersama renungan serba salah, Athena pandang pelajar lelaki tu buat beberapa saat sebelum menganggguk kepala.

"Ya..."

Ding!

Bunyi lif terbuka buatkan dia yang memejam mata sejak tadi tersentak dari lamunan. Pandang saja keluar lif, Athena lepaskan keluhan panjang.

Dia dah sampai akhirnya...

Perlahan-lahan dia keluar dari lif dan berjalan merentasi koridor apartment dimana dia bakal tinggal buat sementara waktu di Denmark nanti.

Dia dah sampai tempat yang sebolehnya dia mahu elakkan diri dari pergi...

DETAK!

DETAK!

DETAK!

Selepas ini tiada lagi jalan untuk dia berpatah balik atau give up...

Bunyi tapak kasut bergema sepanjang koridor tu setiap kali kasut Athena menghentak permukaan jubin lantai koridor sebelum ia senyap setelah Athena berdiri di depan sebuah pintu.

Sebab, lepas ni tak kira apa sekalipun keadaannya, akan dia pertaruhkan segalanya demi jalankan tanggunjawab dia untuk negara dan janji ikrar dia iaitu pertahankan keselamatan dari anasir jahat.

Pad keselamatan pintu di selak Athena sebelum password keselamatan di punch in pada pad itu. Terbuka saja pintu itu, daun pintu itu di tolak ke dalam oleh Athena dengan perasaan berat hatinya.

Sekalipun orang yang dia perlu perangi adalah rakan-rakannya sekademinya sendiri. Suka atau tidak, arahan tetap arahan. Dan dia tetap pada pendiriannya. Iaitu patuh pada atasan dan negara sendiri.

Ruangan apartment yang dilengkapi set sofa dan pelbagai perlalatan gadjet untuk misinya di pandang Athena dengan renungan dingin sewaktu dia berdiri di tengah ruang tamu itu.

Kalau boleh dia tak nak sakiti sesiapa yang dia kenal

Tapi apakan daya...

Kadang-kadang takdir ni bersikap kejam dengan manusianya sendiri...

Brit!Brit!

Seperti tahu-tahu dia sudah tiba di situ, masa itu jugaklah telefon pertama dia berdering. Jadi sambil termenung, Athena pun keluarkan telefon dari poket hoodie yang dipakai la tas menjawab panggilan tersebut.

"Athena bercakap."sambutnya dengan nada tiada tenaga.

"Laporkan diri di pejabat Kedutaan Denmark esok pagi."suara Debris berkumandang dalam panggilan serta merta.

Serta merta hela nafas panjang keluar dari bibir Athena. Bahunya jatuh tiada semangat. Nampaknya dia memang tak boleh nak lari dari tanggungjawab dia kalau macam ni. "Baik." sahutnya.

"Di situ, kamu akan diberikan tugasan pertama dari mereka. Jadi lakukan yang terbaik."pesan Debris.

"Baik."sambut Athena lagi sewaktu dia jalan dekati cermin besar di ruang tamu itu lalu berdiri di depannya dengan sebelah tangan memeluk tulang rusuk.

Dia tak tahu apa yang bakal berlaku nanti.

Tapi jauh di sudut hati dia beritahu, semua ni takkan berakhir dengan baik!

"Jangan pulang selagi kamu belum berjaya." tegas Debris.

Athena diam tak membalas saat termenung memandang pemandangan dari tingkat 34 itu. Malam tu tak berbintang, jadi hanya lampu-lampu dari bangunan di situ buatkan pemandangan di situ indah.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang