Part 7

1.2K 109 0
                                        


Awal perbincangan lagi, Athena membuat keputusan untuk bergerak secara solo. Dia serik merasai kehilangan dan melihat lebih ramai yang terkorban sekiranya dia bergerak dalam kumpulan.

Tidak mahu mengambil risiko lagi, Athena mengatur semuanya, termasuk tempat tinggal, peralatan, dan lokasi untuk beroperasi, dua hari sebelum dia bertolak ke Denmark seorang diri tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Debris.

Dia mempunyai latar belakang keluarga yang rumit...

Seorang kakak yang berpengaruh dalam dunia jenayah,

Seorang ayah yang merupakan ketua yakuza,

Seorang ibu yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap.

Semua itu hanya akan menyulitkan lagi situasi yang dihadapinya sekarang.

Apatah lagi, sasaran yang perlu dia tangkap bukanlah sebarangan sasaran.

Sasaran itu adalah musuh yang ingin dia elak sepanjang hayatnya.

Untuk itu, dia perlu bergerak secara low profile supaya tidak mudah dikesan atau diketahui oleh pihak musuh mengenai pergerakannya.

Setelah semuanya selesai, barulah Athena bertolak ke lapangan terbang umum dan menaiki pesawat secara terbuka tanpa pesawat persendirian kali ini.

Dia ingatkan tidak ada yang terlalu ketara jika dia melakukan seperti ini.

Tiba-tiba...

"Laporkan diri sebaik kamu tiba di tempat tinggal kamu di sana nanti," arah Debris dalam panggilan.

Athena yang mendengar arahan itu fokus memandang ke depan dengan postur badan yang tegang.

"Apa semua ini, Debris?" soalnya dengan nada perlahan.

"Apa maksud kamu?"

Athena terus menutup matanya untuk menahan sabar. "Aku sudah beritahu, aku tak perlukan pasukan sokongan atau sesiapa... tetapi kamu tetap hantarkan orang dekat aku?" tanya dia apabila menyedari beberapa kepala di tempat duduk penumpang di sekelilingnya.

Sebagai seorang ejen yang dilatih ketat, sensitiviti dan nalurinya sangat tajam. Hanya dengan sekali pandang, dia sudah dapat mengesan kejanggalan di sekelilingnya.

"Mana ada... seperti yang kamu inginkan, saya tidak berikan sebarang pasukan sokongan," nafi Debris dengan bersungguh seakan benar-benar tidak bersalah.

Baru saja Athena hendak membuka mulut untuk berkata, seseorang duduk di tempat kosong sebelahnya.

Kehadiran orang itu membuatkan Athena berpaling ke sisi dan melihat seorang lelaki bercermin mata hitam di sebelahnya.

Apa?

Kening Athena mencerun marah saat menyedari siapa lelaki tersebut.

"Awak?" sebutnya dengan nada tidak percaya.

Debris di telefon kelihatan hairan. "Ada apa, Athena?"

Athena merasakan jengkel sebelum dia berpaling ke jendela pesawat dan memegang AirPod di telinganya. "Bercakap dengan kamu kemudian," katanya dengan cepat.

"Tapi—" Debris tidak sempat menghabiskan kata-katanya sebelum panggilan itu diputuskan.

Sejurus itu, Athena kembali menghadap lelaki bercermin mata di sebelahnya. "Apa awak buat di sini, Darius?" tanyanya pada orang kanan, juga anak angkat ayahnya itu.

Darius juga berpaling ke arah Athena sambil menanggalkan cermin mata hitam dari wajahnya yang tampan. Sebaik saja cermin mata itu diturunkan, sepasang mata coklat terang itu terarah ke mata Athena.

"Awak rasa kenapa saya di sini?" soal Darius.

Athena membuat muka menyampah lalu menjulingkan mata, mengerang kejengkelan. "Ayah saya hantar awak ke sini?" soalnya sambil bersandar ke kerusi. Dahinya diurut dengan jari jemari kiri.

Inilah yang paling dia anti!

Rimas, tahu tak!

"Ya, tuan Gilbert sendiri hantar enam orang kuatnya untuk membantu awak menjalankan misi setelah dia mengetahui rancangan awak untuk bergerak secara solo," jelas Darius.

Kepala Athena tersentak sebaik mendengarnya. "Apa? Bagaimana dia tahu tentang ini?" soalnya dengan wajah terkejut.

Serius!

Urghhh!

Dia menghentak belakang kepalanya ke kerusi tempat duduk dengan bengang.

Tolonglah! Tak boleh ke biarkan dia sendirian tanpa diawasi!

"Dia mempunyai sumbernya sendiri," jawab Darius.

"Dia mengintip saya?" soal Athena sambil memandang ke depan.

Kendrik turut bersandar ke kerusi itu dan memandang ke depan. "Lebih tepat dikatakan dia mengambil berat. Awak sendiri tahu ayah awak itu seorang yang terlalu melindungi."

Ya! Dia tahu itu dengan sangat baik.

Sampai dia sendiri merasa rimas.

"Beritahu ayah kalau begitu... saya bukan anak lima tahun tetapi sebaliknya 25 tahun. Saya tahu untuk menjaga diri sendiri dan tidak perlukan 'pengasuh'," tekan Athena pada perkataan terakhir.

Dia ada banyak perkara nak difikirkan, jadi jangan tambah dengan membuatnya risau sepanjang masa.

"Tapi Athena..." Darius cuba memegang lengan Athena, tetapi Athena menyentap. Dia berpaling laju ke Darius dan memberi renungan tajam.

"Just do it, can you?" soal Athena dengan desakan di depan muka Darius.

Air muka Darius jatuh kepada sedih sejurus itu. "Saya cuma—"

"Shut it!" deram Athena. "Awak tak faham ke apa yang saya tengah lakukan sekarang ni?" soalnya dengan bengang tetapi dalam suara rendah.

Darius hanya berkerut kening, terasa.

"Ini mungkin misi terakhir saya... atau tidak. Tiada siapa yang tahu. Namun, risikonya tetap ada. Jadi, saya tak nak libatkan sesiapa dalam hal ini. Cukup hanya saya seorang. Jika apa-apa berlaku pada saya, hal ini tidak akan memberi kesan pada sesiapa kerana saya tiada sesiapa," luahnya dengan marah.

"Kenapa awak cakap macam itu... awak ada keluarga awak," bidas Darius.

Athena menggeleng kepala. Memang dia ada keluarga, tetapi dia tidak sepenting orang lain.

"Kakak saya ada suami dan anak, ayah saya ada awak, ibu saya ada anak lelaki. Manakala orang yang bekerja di bawah awak dan keluarga saya juga ada keluarga mereka sendiri. Apa perasaan mereka jika sesuatu yang buruk menimpa mereka? Kes paling teruk, mereka terkorban? Awak pernah fikir tentang hal itu?" getusnya dengan dada berdebar kerana kesal dan marah.

Darius terkatup mulut, tidak dapat berkata apa-apa setelah mendengar soalan itu. Apa yang dikatakan Athena tidak salah. Jika dia berada di tempat Athena, dia juga akan melakukan perkara yang sama.

"Nah, itulah maksud saya... jadi, jangan campur sebelum saya lakukannya untuk awak," kata Athena setelah memahami reaksi Darius. Dia menyilangkan tangan ke dada dan memandang ke depan.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang