"Wei!Aku tanya ni. Termenung pulak!"sentak Aria dengan bengang.
Tersentak, Athena pandnag serba salah ke Aria. Dia dah bincang dengan Blake tadi mengenai hal ni dan juga rancangan dia.
Awal-awal lagi Blake bantah. Dan dia tahu Aria pun akan bantah. Tapi dia juga tahu, Aria takkan menghalang dia kerana ini adalah nekad dia.
"Kau banyak masa tapi tak aku..."lafaz Athena dengan nada mengalah sewaktu pandang letih ke kakaknya.
Kening Aria mencerun tajam.
"Apa maksud kau?"tanya Aria yang kini bernada lembut. "Masa apa?"
Hela nafas panjang dilepaskan Athena setelah itu. Dia bangunkan badan dia dari sandar di sofa tu. Lantas dia tatap Aria dengan bahu jatuh tiada semangat."Kejap lagi aku kena pergi dari sini. Aku datang pun cuma nak tengok kau orang je.Lepas tu aku pergi. Ni pun aku dah lambat gara-gara nak tunggu kau balik."beritahunya.
Aria pandang tak puas hati.
"Apa?Kau baru balik dah nak pergi semula?" berdengus tak percaya Aria lepas tu. Dia pandang jengkel ke Athena namun berasa sedih yang amat. "Baik tak payah balik terus kalau macam tu! Kau ingat rumah aku ni hotel ke nak keluar masuk ikut suka ha-"tak semena Athena peluk dia sewaktu dia sibuk mahu membebel.
Dengan erat Athena dakap tubuh Aria. Mahukan perasaan selamat dari kakaknya ini. Dia tak tahu kenapa, tapi jauh dalam sudut hati beritahu mungkin ini kali terakhir dia menemui Aria. Oleh itu dia tak banyak masa untuk di buang kerana ada lagi kerja dia perlu lakukan selepas ini.
Aria terkedu dekat situ kerana taken back dengan tindakan Athena. Dia tak balas pelukan tu malah berusaha untuk meleraikannya. "Hei!Kau dah kenapa!Lepaskan aku la."
Athena makin eratkan pelukannya. "Wish me luck Aria.."mintanya sambil tu.
Mendengar suara lirih dan risau Athena buatkan Aria berhenti bergelut. Wajahnya jadi bungkam terkedu. Hah!"Kenapa kau cakap macam ni?"tanya dia dengan dada berdegup takut.
Perlahan-lahan Athena jarakkan diri dan pandang Aria dengan kening berkerut hendak menangis. Susahnya hati dia macam ni."Aku tak tahu...maybe ini last time kita jumpa. Jadi wish me luck...kalau aku tak kembali...kau faham-faham la sendiri."
Seperti baru saja di tampar,terus bertakung air mata dekat kelopak mata Aria lepas dia pandang muka risau Athena. "Dah kenapa...hah? Kau cuba lakukan sesuatu yang berbahaya ke?"tanya Aria.
"Maybe yes...maybe not...aku tak sure. Tapi sebelum apa-apa better aku beritahu kau." Athena menjungkit bahu tak pasti.
Aria pegang tangan Athena. "Berhenti la kalau macam tu. Jangan lakukannya. Dia orang tak kisah pun apa yang kau buat untuk dia orang. Malah dia orang belot kau dan arahkan orang supaya bunuh kau...apa gunanya kau buat semua ni untuk dia orang?"rayunya.
Athena ketap giginya kuat-kuat sebab sedih sangat. Dia.kuat mana sekalipun, hatinya tisu sebenarnya. Dia tarik senyum sedihnya bersama air mata mengalir dari tepi mata.
"Sebab aku sayangkan kau dan family kita la aku buat keputusan ni. Sebab aku tahu dia orang tak pernah appriciate apa aku buat untuk negara ni, aku nekad untuk ambil keputusan meneruskan misi suicide ni. Sama ada aku yang mati atau mereka semua..." luahnya.
Aria geleng kepala. Dia capai tangan Athena lalu di pegangnya. "Adik...please."rayunya ikhlas jauh dari lubuk hatinya.
"It okay."Athena tepuk tangan Aria dengan lembut. "Aku terima nasib aku sebagai seorang prajurit. Mati itu pasti. Kau...ada someone dekat sisi. Aku?No one. Nothing. Not important. Dan sama ada aku wujud atau tak. Still tak ada siapa kisah."
Terus tertunduk Aria lepas dengar. Bahunya terhenjut-henjut semasa mula menangis tanpa suara.
Sambil tersenyum Athena tarik Aria ke dalam pelukannya. "Maafkan aku dan terima kasih awal-awal. Kalau aku hidup, kita berjumpa lagi. Kalau tak. Anggap la ini farewell dari aku." tepuknya pada belakang badan Aria.
Aria balas pelukan itu sambil cengkam kuat bilah bahu Athena. Dia tahu sikap Athena ni. Kalau Athena dah nekad buat keputusan, tka ada sesiapa boleh ubah pendirian Athena. No one. Sekalipun dia sendiri.
"Be safe sister...doa aku sentiasa bersama dengan kau.."ucap Aria di balik tanggisnya.
Sambil tersenyum, Athena menangis sewaktu pandang bingkai gambar family mereka yang ada di dinding tu. At least dia dapat lihat Aria bahagia di sisi insan tercinta.
"Terima kasih Aria..."ucapnya setelah itu.
Tersedu sedan la Aria menangis di situ. Dia baru je jumpa adiknya. Dah hilang dua tahun muncul sekejap. Lepas tu tinggalkan dia semula. Sekarang baru muncul dah nak pergi lagi. Ingat nak tinggal sekali tu hanya nak ucap selamat tinggal!

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...