Athena acukan senjata ke arahnya dengan steady dan siap siaga. Dia tahu wanita ini tak ragu-ragu untuk lepaskan tembakan sebab tahu yang dia tak guna senjata api sebagai alat pertahankan diri sebaliknya pedang dan shurieken semata.
"Well....well...Tengok siapa yang keluar dari lubang tikusnya?"ujarnya.
Athena menahan nafas terkejut. Mata itu terbutang luas.
"Agaknya apa reaksi dia kalau tahu yang Athena Louisa yang amat dihormati lagi dikasihi telah membuat comeback selepas dua tahun senyapkan diri?"ujarnya lagi.
"Tak sekiranya awak keluar dari sini hidup-hidup."balas Athena dengan mendatar.
Dia yang dengar berasa lucu.
"Hahaha...wow..takutnya."selorohnya. "Cuba la kalau boleh.."cabar dia lagi sambil terincut-incut dekati Athena memeluk sebelah badan kerana sedang cedera.
Kaki Athena tergerak sedikit hendak undurkan diri.
"Tembak la.."gesanya lagi sewaktu menghampiri Athena.
Athena dekat situ hanya pandang kaku ke arahnya. "Kau yang mintak!" gumamnya sebelum lepaskan tembakan sesaat kemudian.
SPRANG!
Bersepai cermin dekat belakang dia dek peluru Athena.
Mulanya dia ingat kena pada dia, sekali tu tidak. Hairan dengan tindakan itu,dia tenung wajah wanita berpakaian serba hitam dan berambut ikal depannya dengan kening mencerlung.
"Kenapa kau tak bunuh aku?"soalnya.
"Aku tak akan bunuh orang tu melainkan orang tu nak bunuh aku...pergi. sebelum ada yang nampak!"gesa Athena.
Zrapp!
Terbelah enam batang buluh menjadi dua taktala dia melibas pedang berkilat lagikan tajamnya ke buluh-buluh di sekitarnya. Melihat buluh-buluh itu jatuh di situ, dia kembali tegak ke postur senang diri. Namun tak lama lepas dia berdiri, telinganya yang sensitive itu terus menangkap bunyi tapak kaki dari arah belakang.
Secara reflex, dia pun libas pedangnya saat tubuhnya berpusing ke belakang. Dan seinci saja jarak hujung pedangnya berhenti tepat di depan batang hidung itu. Senak dada dia lepas sedar yang dia hampir saja mahu menyakiti wanita ini. Mujur la jarak mereka jauh, kalau tidak mahunya pedang ni sudah membelah wajah tu.
"Athena..."sebutnya di balik nafas.
"Hai Jake..."senyum Athena kepadanya.
Jake pun turunkan pedang ke sisinya dengan muka dumbfounded lalu pandang sekeliling laman berumput belakang bangunan utama itu. Gelap gelita, tengah malam, sunyi sepi, kenapa wanita ini merayau seorang diri di sini.
"Apa awak buat dekat sini..."tanya dia dengan kekok. Yalah, lepas kes Xion, dia tak pernah ada sebarang contact dengan Athena apa lagi mengetahui akan identity sebenarnya yang sejak awal bekerja di bawah Ryder.
"Apa semua ni?Kau bekerja untuk Ryder selama ni ke?"Athena yang mengenakan hoodie oversize warna putih dengan logo Robin Hood itu silangkan tangan ke dada. Awalnya dia tak boleh tidur sebab hatinya tak tenang. Takut kalau dia tidur tempat ni di serang ke apa kan. Jadi dia ambil keputusan untuk jalan ambil angin. Ronda meronda, ternampak pulak seorang ni, berpakaian ala pahlawan ninja sedang melibas pedang seorang diri di sini. Ingin tahu punya pasal, itu yang dia ada di sini.
Jake tunduk memasukkan semula pedangnya ke dalam kelongsong pedangnya lantas kembali memandang Athena semula. "Ya." jawabnya.
Kepala Athena terlentok sedikit sewaktu menilik Jake, uniform ninja warna putih, suara, postur badan. Semuanya sama. Dan bila teringat akan perbualannya dengan Ryder tak lama dulu mengenai orang dalam di tempat Xion hari tu terus buatkan dia tersedar sesuatu. "Better kau beritahu aku...kau ke sumber maklumat dan orang dalam di organisasi Xion tu?"
Jake mengangguk kepala.
"Serius?Wow."tergamam sekejap Athena. "So kau balik ke sini bila?Sejak Xion di tahan atau sebelum dia buat serangan di Blue House tempoh hari?"tanya Athena lagi.
"Sebelum dia buat serangan...saya dah ada dekat sini."jawab Jake lagi dengan mendatar. Dia pandang Athena dalam-dalam. Kalau la Athena tahu, dia jugak lelaki sama yang cuba halang Athena sebelum letupan berlaku tempoh hari tu. Tapi tak dapat nak halang, Athena malah pergi ke center letupan tu dan di telan sama-sama dengan runtuhan tu.
Athena mengangguk kepala sambil membuat muka. "So...kau adalah lelaki sama yang aku temui dulu masa dekat serangan makmal hari tu jugak ke?"dia tanya je..sebab teringat. Masa tu kan Xion hantar orang untuk burukkan nama Organisasi Robin Hood dengan memakai uniform seakan ahli organisasi Robin Hood sendiri. Jadi mana la tahu kan..Jake sebahagian dari mereka.
"Kenapa awak tanya macam tu?"tanya Jake pula.
"Tak tahu...aku cuma nak tahu dan tertanya-tanya. Kau tahu la macam-macam perkara dah terjadi dekat hidup aku kebelakangan ni...jadi semua perkara perlukan penjelasannya." Athena menjungkit bahu sambil berkata. Lantas dia bawa kedua-dua tangan ke belakang badan dan berdiri menghadap pemandangan malam di atas bukit itu. Banyak bintang malam ni. Bulan pula bulan sabit. Tak terang tapi cukup lah berikan pemandangan samar-samar malam di situ.
Jake perhatikan Athena sehingga la wanita itu berdiri di sebelahnya. Dia pandang tepi wajah tu buat seketika lantas ikut menghadap pemandangan malam tu. Dia termenung pandang kerlipan bintang yang terhampar di langit hitam buat seketika sebelum berkata. "Ya...saya adalah orang yang awak temui di makmal tu dulu...masa saya kerja untuk Xion untuk burukkan nama Organisasi Ryder."jawabnya dengan perlahan.
Kedengaran Athena melepaskan keluhan panjang tak lama lepas tu. "Kalau macam tu boleh tolong aku untuk kali ni tak?"tanya dia sambil palingkan kepala ke Jake.
Jake turut palingkan kepalanya lalu bertemu muka dengan Athena. "Apa dia?"tanya dia sejurus itu.
"Pujuk Ryder untuk bawa kau orang semua pergi dari sini. Bukan larikan diri, tapi selamatkan diri"aju Athena dengan kening berkerut. Dia bingung sangat sekarang. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi.
"Selamatkan diri dari siapa?"soal Jake dengan kening berkerut.
Sekali lagi Athena lepaskan hela nafas panjang. Dia pejam mata lalu pandang semula ke depan. "Dari Gilbert...."sebutnya dengan perlahan. Sekarang ni dia hanya ada dua pilihan. Selamatkan Ryder atau pujuk ayahnya. Kalau dia selamatkan Ryder, lelaki tu kena ikut cara dia. Tapi kalau dia pujuk ayahnya. mungkin semua ini tidak akan berakhir dengan baik. Sama seperti dia, ayahnya jugak seorang yang nekad dan tetap pada pendirian. No matter what tak ada siapa boleh ubah fikiran orang tuannya yang satu ini.
Jake buat muka tak faham. "Gilbert?Yakuza berbahaya tu?Memangnya kenapa dia nak serang Ryder?"tanya dia lagi yang masih tak faham apa yang berlaku.
Dengan kesal Athena lepaskan keluhan buat kesekian kalinya lantas menghadapkan badan dia ke Jake. "Sebab Ryder dah culik anak perempuan bongsu Gilbert...."jawabnya dengan nada mengalah.
Jake semakin tak faham. "Anak perempuan? Siapa?" tak tahu pulak dia pasal ni. Apa dia tahu misi terakhir mereka adalah cari dan kesan Athena dan dapatkan Athena saja. Mana ada pulak culik menculik bagai ni.
PAP!
Athena tepuk dahi kerana berasa tak percaya dengan sikap blur Jake. Pening betul la kepala dia. "Kau rasa dekat sini siapa yang perempuan yang di bawak ke sini secara paksa?"tanya dia masa pandang penat ke Jake. Please la!
Lama jugak Jake pandang Athena. cuba proses apa yang disampaikan oleh wanita di depannya ini. Dekat 10 saat berlalu, baru la dia tersentak menahan nafas. Matanya terbutang luas. "Kau?"soal dia sejurus itu dengan terkejut. What the heck! Athena anak kepada musuh Ryder?Habis tu kalau Ryder suka dekat Athena dah tu Gilbert macam mana pulak?
Oh gosh!Athena menjuling mata kesal lalu menggeleng kepala kerana tak terkata. Mahunya Ryder, Jake sendiri, Dua lelaki ni memang tak boleh bawak bincang betul! Blur memanjang!
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
БоевикSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...