Tiga hari kemudian....
Tiga orang pengawal bergegas berlari merentas koridor dengan lekas telah buatkan mereka yang lalu di situ terkejut untuk ke tepi beri laluan.
Masing-masing pandang bingung ke arah pengawal itu dan bila mereka pandang ke depan semula, beberapa orang lagi pengawal muncul dan berlari ke arah yang sama. Hairan mereka kenapa beberapa hari ni mesti ada pengawal bergegas macam ni.
Pengawal-pengawal itu gerak ke kanan selokoh koridor sebelum tiba di depan sebuah pintu yang sedia terbuka.
Dan baru saja mereka tiba di situ, dua tubuh tercampak keluar dari pintu lantas mengenai mereka. Dengan serentak seperti pin boling, mereka terduduk ke lantai ramai-ramai bila tubuh rakan sekerja mereka menimpa mereka.
Pada masa itu jugak la, wanita berpijama pesakit itu lari keluar dari situ berkaki ayam.
"Cik!"panggil seorang jururawat yang kemudiannya keluar dari ruangan yang sama.Mereka di situ pimpin rakan mereka bangun dengan lekas-lekas sebelum pecut mengejar langkah tahanan mereka tadi.
Mula la aksi kejar mengejar di tempat itu.
Tidak pedulikan ke mana arah tujunya, Athena lari merentasi koridor sebelum ke arah tangga yang ada di depannya sebelum menuruninya dalam keadaan tergesa-gesa.
Dia tak tahu apa nak buat. Jadi dalam fikirannya hanya ada satu saja. Iaitu LARI.
Itu saja la yang terlintas di fikiran sebaik sedar dari lena tadi. Dia tak nak dirinya di tahan jadi suka atau tidak terpaksa la dia larikan diri masa ni jugak. Entah apa mereka nak buat dengan diri dia, tak siapa tahu kan!
"Hentikan dia!Jangan bagi dia lepas!"laung pengawal yang ada di belakang semasa dia ikut turun anak tangga.
Laungan lantang itu berjaya menarik perhatian para pekerja yang sedang lalu lalang dekat tingkat bawah.
Seperti kawanan serigala mengepung mangsa, Athena berdiri dekat tengah ruangan tersebut apabila dirinya mula dikepung dengan orang di situ.
Ramai.
Dan buffy!
Athena pandang pun boleh tahu yang dia mungkin terpaksa patahkan tulang sendiri demi menumpaskan mereka.
Masa itu la pengawal yang dari arah tangga muncul lalu memeluk Athena dari belakang mahu mengekang wanita itu dari lari.
Tapi Athena secara automatik hantukkan belakang kepalanya pada muka lelaki di belakangnya sebelum bebaskan diri dari pelukan tersebut dalam sekelip mata. Lalu dia tendang lutut lelaki tersebut hingga buatkan lelaki itu jatuh terduduk di situ.
Dua dari kanan Athena muncul pengawal keselamatan yang lain. Mereka tidak menggunakan senjata kerana waktu ini Athena sendiri tak pegang sebarang senjata. Jadi mereka terkam guna tangan dengan serentak.
Bila bahunya di sentuh, Athena berikan high kick di dada serta merta pada orang yang pegang bahunya. Bila orang tu tercampak, masa itu la lima orang pengawal dekati Athena dengan serentak.
Dan Athena angkat kaki dan tangan dia tanpa henti membelasah mereka di situ sehingga la ke semua di situ terbaring di atas lantai dengan impak yang kuat.
Dan bila orang terakhir berada dalam cengkamannya, Athena lemparkan tubuh itu ke bawah dengan kuat sebelum rampas pistol yang tersemat di kolar seluar lalu di tarik picunya serta merta sebelum berdiri tegak sambil acukan pistol itu ke depan.
Tercungap-cungap mencari nafas, Athena pandang berang ke mereka yang mungkin staf biasa di situ seorang demi seorang.
"Mana jalan keluarnya?"tanya dia sambil acukan pistol ke muka mereka. Jangan cabar dia! Kalau dia nekad, baik ke tak baik semua dia cabut nyawanya!
Mereka di situ hanya berdiri memandang Athena dengan bingung. Tak tahu nak jawab apa.
"Kau orang dengar tak!Aku tanya mana jalan keluarnya!Atau tembak setiap seorang dekat sini!"bentak Athena dengan lantang lepas mereka semua tak nak bagi respon pada dia. Keningnya berkerut tak puas hati. Sudah la kepala dia pening, tekak dia loya, badan dia dedar macam ni. Dia orang boleh pulak buat pekak dengan dia! Nak mati sangat ke!
Lalu keadaan tempat itu menjadi lengang dan senyap yang memekakkan. Tiada satu bunyi pun yang terhasil taktala Athena berdiri di situ sambil acukan senjata ke arah mereka.
Dalam keadaan terketar-ketar pegang senjata, mata Athena gerak ke belakang dia lepas instinct keenam dia beritahu ada yang sedang mendekat. Dan pada masa itu la suara itu kedengaran.
"Put the gun down first please."arah suara lelaki dari arah tangga dengan mendatar.
Laju-laju Athena palingkan badan ke tangga sambil acukan pistol. Dan bila dia pandang orang-orang yang sedang berdiri di tangga itu, Athena menahan nafas terkejutnya dengan senyap.
What the heck?!
Lima orang lelaki berpakaian seperti tentera elit berdiri belakang lelaki yang mengenakan sweater turtle neck hitam.
"Kau?"sebut Athena dengan kening berkerut. Lelaki di depannya ini adalah lelaki berkaca mata yang dia nampak dekat kedai antik jam hari tu!
Apa semua ni!
Xion tarik senyum meleret ke kanan bila Athena dapat cam dia. Akhirnya. Cam juga Athena akan dia.
"Ya saya..."jawab Xion.
Athena turunkan tangan bersenjatanya ke sisi lalu pandang tak percaya ke sekelilingnya dengan bingung. Kenapa dia dekat sini? Rasanya ini bukan Organisasi Robin Hood. Dah tu macam mana dia boleh berakhir di sini pulak?!
![](https://img.wattpad.com/cover/231039158-288-k10852.jpg)
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...