Sebulan kemudian....
BAM!
BAM!
BAM!
Tak berkedip mata mereka perhatikan wanita bersinglet hitam dengan sarung tangan tinju dekat tangan depan punching bag tu.
Sejak dua jam lepas, mereka perasan wanita itu masuk ke dalam gim tadi langsung tak berhenti dari menumbuk beg pasir.
Dari semasa ke semasa mereka perhatikan. Namun wanita itu sama sekali tidak berganjak dari situ.
Oleh itu mereka tertanya-tanya dan kerisauan. Adakah wanita itu tak apa-apa?
Sedangkan mereka sendiri sebagai lelaki tak ada la sampai dua jam tanpa henti tumbuk beg pasir tu. Kalau mereka adalah wanita tu, lama dah mereka pengsan.
Akibat risaukan hal itu, ada yang cuba hentikan wanita tu, tapi yang mencuba tu sebaliknya yang kena tumbuk.
Tak nak hal sama yang berlaku mereka hanya perhati dengan perasaan kagum dan risau. Takut kalau wanita itu over work out dan sesuatu tak baik menimpa pada wanita tersebut.
Dia tumbuk dan tumbuk dan tumbuk sekuat hati dia.
Walaupun otot tangan dan badan dia dah menjerit kesakitan, dia tak peduli!
Dia tak peduli sebab dia terlalu marah!
Sebulan!
Sebulan dia terkandas dekat sini tanpa sebarang hasil!
Semua misi dia gagal!
Semuanya!
ARGGHHH!!!!
Enam misi dia digagalkan dengan mudah!
Ini semua gara-gara kumpulan berpakaian Ninja dari Organisasi Robin Hood tu!
Mana misi dia pergi pasti ada mereka!Dan digagalkan sepenuhnya dengan mereka!
Kalau macam ni sampai bila-bila la dia kejar mereka tapi tak tertangkap sebaliknya dia yang terjerumus kerana mereka!
Hayunan tangan kanan di angkat ke belakang sekuat hatinya. Lantak la situ kalau impak ni akan buatkan tangan dia patah atau otot lengannya pecah! Apa yang pasti rasa sakit yang dia rasai bi buat dia puas!
Dengan penuh bersemangatnya, dia hayun penumbuk dia ke arah punching bag merah depannya tanpa was-was.
Namun baru sahaja tangannya itu hendak bergerak, satu sentuhan dari belakang buatkan naluri semula jadi self defencenya serta merta aktif.
Dalam masa sesaat saja, lengan kanannya di sikukan lalu gerak ke belakang hendak beri back hand pada si penyerang.
Dan dalam masa sesaat itu juga, siku dia berjaya di pengkes sebelum lengannya di pulas ke belakang dan lehernya di locl dengan satu lengan. Cubaan untuk halang dia dari melawan.
Tapi silap!
Tindakan itu hanya buatkan kaki dia lipat ke atas lalu naik mengunci bahu kanan sebelum badan dia menumbangkan badan si penyerang.
KEDEBUK!
Kedua-dua mereka jatuh ke atas lantai gim tersebut.
Dia berada di atas manakala si penyerang, yakni seorang lelaki bersut gim terbaring di bawahnya.
"Cik...hentikannya."arah lelaki yang terbaring dalam keadaan tangan terkunci di antara kaki Athena yang berada di tepi kepala dan satu lagi melutut tengah dadanya.
Nafas Athena naik turun dengan muka merah padam dan peluh merintik membasahi seluruh wajah, anak rambut, leher, lengan dan single hitam yang dipakainya.
"Tolong cik...atau cik akan cedera."minta pelatih gim itu lagi. Dia datang lepas dipanggil seorang dari klien dia untuk hentikan pelanggan baru sebulannya ini.
Bersama dengusan kasar tak puas hati, Athena tolak dirinya bangun dari situ. Selain dia, tak ada siapa boleh arahkan dia itu dan ini!
Tak nak dengar akan permintaan itu, Athena kembali berdiri depan punching bag tersebut dan mahu meneruskan tumbukannya semula.
Sekali baru saja dia nak angkat tangan, entah kenapa tiba-tiba je dia rasa satu tarikan dekat tulang belakang dengan mengejut.
Secara refleks, Athena terus melutut dekat situ sambil pegang belakang badannya. Argh!
Orang yang ada dekat situ apa lagi, cepat-cepat hulurkan tangan nak membantu. Tapi Athena tepis tangan yang muncul menyentuh dia.
"Jangan sentuh aku!"tempik dia dengan berang. Sakit tu memang sakit, tapi sakit lagi hati dia sebab kepakaran dia di perlekehkan dengan kumpulan Robin Hood tak guna tu!
"Cik perlukan rawatan ni.."ujar pelatih yang sama pada Athena sewaktu melutut sedikit jauh dari tempat Athena berada.
Dengan renungan maut seakan mahu membunuh seseorang di situ, Athena berdesis keras. "F*ck off!"
Mereka dekat situ hanya berkerut kening kerisauan. Tak tahu nak buat macam mana. Mereka nak tolong tapi Athena berkeras tak mahu.
Bersama sisa tenaga yang ada, Athena merintih kesakitan sambil bangun dari situ memegang belakangnya yang sakit.
Dia tak nak give up!
Tapi hati dia sakit dan kecewa sangat sekarang ni!
Perlahan-lahan mereka undurkan diri untuk beri laluan buat Athena keluar dari situ sambil perhatikan langkah wanita itu dengan risau. Takut-takut rebah pulak nanti orang tu dekat tengah jalan.
Terus terduduk semula Athena deka situ saat dia tunduk pandang ke bawah.
"Sekiranya kamu gagal, kami akan nekad dengan keputusan muktamad dari menteri pertahanan dan presiden sendiri untuk bom pangkalan utama dan lumpuhkan sistem ketenteraan mereka serta merta Athena."
"Tuan Debris..!"
"Cukup Athena...dah sebulan berlalu, still kamu tak dapat hentikan mereka, sekiranya hal ni berlanjutan bukan saya je yang hilang kerja, dengan kamu-kamu sekali kena pecat."
"Tapi tuan mereka tu-"
"Saya tahu Athena..saya faham mereka adalah rakan seakademi kamu...tapi apa mereka buat itu adalah salah."
"Kalau kita bunuh mereka tak ke kita sama macam mereka?"
"Kita bunuh demi keadilan, mereka bunuh demi apa?"
"Cik tak apa-apa?"soal mereka di situ setelah dapatkan Athena semula.
Perlahan-lahan Athena angkat kepala dia dan pandang wajah di situ dengan kening berkerut nak menangis! Dia nak Aria!Hanya kakak dia saja boleh tenangkan dia.
Masalahnya sekarang, dia tak boleh ke mana-mana selagi misinya tak selesai!
"Tak faham bahasa ke...aku kata tinggalkan aku sen-" Athena terdiam sekejap sebelum memejam mata lantas terkulai pengsan tak sedarkan diri dekat dalam pelukan seorang dari mereka kemudiannya.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
AçãoSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...