Berminat dengan kuku yang baru di riasnya, Aria tilik jari jemarinya itu. Bagus jugak ya budak manicure tu buat kerja. Puas hati dia dengan hasil kerja mereka. Tak sia-sia dia bayar mahal.
BUK!
Bunyi sesuatu di pukul dekat depannya tidak dipedulikan. Sebab ada yang lagi menarik untuk dia pedulikan dari apa yang sedang berlaku di depannya itu.
"To-tolong...."minta orang tu dengan terdesak.
Aria yang dengar jeling tak berminat pada enam orang lelaki di lantai depannya itu. Masing-masing dengan muka berdarah dan lebam dek di belasah dengan anak buahnya sejak tadi.
Well...siapa suruh pinjam tapi tak reti nak bayar, kan dah mendapat! Kalau seribu dua tak apa lah...ini beratus ribu kot...dadah lagi tu. Ingat tak rugi apa!
"Hah?Tak dengar..."Aria letak tangan dekat telinga. "Cakap kuat sikit?"ujarnya.
Lelaki yang meniarap itu hulur tangan mahu mengapai kaki Aria, tapi terjatuh semula ke bawah kerana tak berdaya.
"Belasah dia orang cukup-cukup lepas tu campak dekat gaung sana. Tak kuasa la nak pandang muka dia orang ni.."arah Aria dengan jengkel pada anak buahnya yang sedang berdiri di situ dengan besi besbol di tangan masing-masing.
"Aria...tolong. Aku janji...aku janji aku akan bayar balik..."minta lelaki kedua pula. "Suruh la dia orang berhenti..."
Terus berdengus Aria lepas dengar. "Apa kau cakap?Janji?Janji kepala otak kau! Kalau buat janji tu kena di tunaikan bukan lafaz pakai mulut je. kalau macam tu. Semua orang pun boleh la." kata Aria semasa silangkan kakinya lalu bersandar malas pada kerusi.
"Puan nak kami teruskan ke?"tanya anak buah Aria sambil sinsing lengan kemeja ke siku.
Aria juih dagu ke mereka di situ. Beri isyarat pada anak buahnya sebagai jawapan."Buat je la. Bukannya aku kisah pun.."
Tanpa membuang masa, mereka pun bergerak hendak hayun besi besbol dekat lelaki-lelaki di situ dengan patuh.
Lelaki-lelaki malang yang ada di lantai tu, tak berdaya nak lawan mahupun bangun dari situ hanya mampu pejam mata menerima nasib masing-masing. Ini la lumrah kalau menjadi ahli kongsi gelap. Nyawa sentiasa jadi bayarannya.
Dan seakan Tuhan mendengar permintaan mereka di situ, masa itu jugak la pintu bilik tersebut terbuka ke dalam.
Seseorang berjalan masuk.
Menghentikan tindakan semua orang di situ serta merta.
DETAK!
DETAK!
DETAK!
Bunyi tumit tinggi menghentak permukaan berjubin tersebut bergema dalam bilik bersuasana lengang itu.
Mereka yang ada di situ terus tertarik mahu palingkan kepala untuk lihat siapakah empunya tumit tinggi tu.
"Well...well...once again...memangnya kepulangan aku ke sini memang sentiasa akan di sambut dengan suasana ni agaknya?"tegur Athena semasa jalan dekati tempat kejadian.
Aria tergamam. Dia pandang Athena dengan mata terbutang luas. Sebu dada dia tiba-tiba lepas nampak Athena.
Sambil tersenyum Athena berhenti beberapa meter dari lantai yang kotor dengan darah itu untuk memandang Aria. "Kau cuma nak tengok aje atau?"
"Dasar perempuan tak guna!"marah Aria semasa bangun dari situ lalu jalan berarak mendekati Athena bersama muka bengisnya. Memang nak kena adik perempuannya ni!
Tak gentar mahupun takut Athena hanya berdiri di situ memerhati kakaknya datang menghampirinya. Dia tak kisah kalau Aria nak tumbuk ke tampar ke....asal kan Aria puas hati. Dia tak apa-apa.
"Kau memang nak kena kan!"marah Aria sebaik tiba depan Athena. "Suka tau kau buat aku risau macam ni!"dia tarik muncung sambil hulur tangan lalu menarik Athena ke dalam pelukan.
Athena ketawa. Dia balas pelukan tu dengan senyuman lebar di bibir dan perasaan lega penuh di dada. "Hai big sister."ucapnya.
Terus menangis Aria dekat situ sebab sebak dan lega kerana adiknya ada di sini. "Kenapa tak beritahu kau balik hari ni?"tanya dia sambil tu.
Athena ketawa.
"Hahah...saja. Nak buat suprise...tapi tak sangka pulak aku yang kena suprise..." selorohnya sambil melirik sekeliling ruangan tu.
Kotor dengan darah, enam badan terbaring dekat lantai tak berdaya muka jangan cakap, dah bengkak-bengkak teruk!
Aria jarakkan diri lalu pegang Athena sebelum belek adiknya depan belakang nak pastikan adiknya tak apa-apa. "Kau balik sendiri je?Aku dengar kau bawak calon suami betul ke?"tanya dia sambil tu.
"Oh ya...lupa. sekejap."Athena palingkan kepala ke arah pintu bilik yang terbuka luas tu lantas melaung. "Ryder...masuk la.."
Mata Aria membutang bulat."Hah?Ryder?What the hell!"sebutnya semasa pandang tak percaya ke Athena.
Mendengar exclaimination dari Aria buatkan Athena tersengih serba salah sewaktu palingkan muka semula ke Aria. Memandangkan Aria tahu mengenai relay Athena dan Ryder, Aria sedikit anti pada lelaki ni.
Maka berjalan masuk la Ryder dengan langkah yakinnya ke dalam ruangan itu.
Athena dengan senyuman serba salahnya.
Aria dengan muka dumbfoundednya.
"Kau get back dengan mamat sengal ni?"soal Aria sambil tunjuk ke Ryder. Sikit pun tak peduli lelaki tu senyum dekat dia atau tidak.
"Nampaknya macam tu la..."ujar Athena sambil garu belakang leher.
"Oh gosh!"Aria tepuk dahi sendiri. Ramai-ramai lelaki ex boyfriend jugak jadi pilihan hati. Apa nak jadi dengan Athena ni.
Athena ketawa. Dia rangkul bahu Aria dengan manja lalu di goyangkan badan kakaknya itu kanan dan kiri dengan perlahan. "Kau jadi bridemaid aku nanti ya...hari tu aku dah jadi...so sekarang turn kau la pulak...eh?"mintanya.
Ryder dekat situ hanya berdiri dengan muka kekoknya. "Um. Hai?"sapa dia.
Aria yang dengar pandang Ryder buat seketika sebelum julingkan mata dengan menyampah. Nampaknya terpaksa la dia iya kan saja. Nanti kalau dia bantah mahunya adik dia berdrama! Bukannya dia tak kenal dengan Athena ni bagaimana.
"Boleh la...eh?"pujul Athena lagi.
Bersama renungan jengkel Aria pun pandang ke Athena macam nak makan adiknya bulat-bulat. "Untung aku sayang kalau tak lama dah aku halang."getusnya.
"Yeah!"sorak Athena sebelum pandang ke Ryder sambil peluk kepala Aria rapat ke bahunya.
Aria balas pelukan tu sambil tepuk belakang badan Athena. Apa saja la. Asalkan Athena bahagia.
Ryder pandang ke Aria lalu tunduk memberi hormat. "Terima kasih Kak Aria."ucapnya.
Athena yang dengar tersenyum senang. Nampaknya dapat la dia hidup seperti biasa selepas ni.
Masalah family? Settle.
Isu politik? Settle.
Masalah company? Settle.
Isu teman lelaki? Settle.
Masalah dendam? Settle.
Isu suami? Settle.
Kahwin? On the way!
Anak? Maybe later.
Apapun Miss Kommander ini sudah pun tarik diri dari dunia agen dari awal lagi!
Salute!
-TAMAT-

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AçãoSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...