Part 39

877 84 5
                                    

"Tuan Ryder..."Carson bersuara. Beberapa orang lagi anak buahnya setia berdiri di belakang dengan tertib.

"Hm."jeda Ryder memandang skrin ipad semasa duduk bersilang dekat sofa menghadap pemandangan hutan luar cermin kaca di situ.

Carson palingkan kepala ke anak buahnya lalu hulur tangan hendakkan sesuatu."Ada sesuatu yang saya mahu maklumkan."katanya sambil tu.

Anak buah Carson pun keluarkan sesuatu dari poket kot lalu di serahkan kepada Carson.

"Apa bendanya?"tanya Ryder tak berminat. Sebab dia baru je baca something yang lagi menarik!

Bila Carson pegang objek di tangan, dia atur langkah ke Ryder lalu ajukan objek itu ke depan muka lelaki tu. "Ini. Ada alat penjejak dalam jam tangan Athena."maklumnya. "Semalam sewaktu jalankan pemeriksaan, Ken terkesan alat peranti yang tertanam di dalam jam tangan ni. Dan bila di selidik ianya dimiliki oleh-"tak sempat nak habiskan ayatnya Ryder menyampuk tiba-tiba.

"Xion Agency. Tahu."sambung Ryder dengan muka tak ada perasaan dan nada tak kisah semasa scroll skrin ipad. Sebab dia tengah baca mengenainya.

Yup!

Perkara menarik itu adalah apa yang ada dalam ipadnya sekarang.

Dia tengah baca maklumat dari spy dia yang mengatakan bahawa Xion telah hantar Athena ke sini untuk perangkap dia.

"Hah?"nganga Carson sedikit kerana tak sangka.

Ryder angguk kepala dengan perlahan. "Uh-huh...you right. I already know about it." tersengih mengejek dia dibuatnya.

Apa yang Xion si kepala udang tu fikirkan. Ingat dia ni bodoh sangat apa sampai nak masuk perangkap lelaki tu dengan mudah. Memang tak la.

Kelakar je!

Kalau la Xion tahu yang dia ada mata dan telinga dekat tempat tu mesti kena heart attack terus.

Such a loser.

Namapun kalau dah loser sampai kesudah la jadi orang yang loser.

"Mereka telah mengesan kedudukan kita. Apa perlu kami lakukan."tanya Carson lagi.

"Kau pakaikan je jam tu dekat anjing kemudian lepaskan dia orang dekat mana-mana. Tahu la anjing tu nak merayau."ujar Ryder dengan nada tak berminat.

Dapat kenal lokasi kubu dia? So what!

Ingat senang ke nak jejak tempat dia ni. Hutan ni beratus hektar. Banyak bukit bukau dan bukit batu granit.

Kubunya ini pula tersembunyi dekat dalam tanah dan pintu masuknya pula ada di antara banyak-banyak bukit di sini. Nak cari di persilakan. Itupun kalau hidup lama dalam hutan yang penuh dengan boobie trap di sini.

"Baik."Carson berpaling lalu gerak menghulurkan jam tangan tadi ke anak buahnya lalu beri isyarat supaya buat apa yang dikatakan Ryder tadi dengan gerakan mulut saja.

Anak buah Carson pun menurut tanpa membuang masa. Dia gegas keluar dari situ serta merta.

Setelah itu Carson kembali menghadap Ryder. Dia letakkan tangan ke belakang. "Perlu ke kita hapuskan Athena juga?Nampaknya dia adalah mata-mata Xion."soalnya selepas itu.

Ryder topang pipi pada lengan sofa yang dia duduk lalu termenung meneliti detail yang ada dalam laporan. Menurut laporan ni, Xion saja nampakkan Athena seperti orang bawahan lelaki tu sebab nak Ryder rasa kecewa dan tertipu kemudian bencikan Athena.

Dan bila semua itu terjadi, bila dia dah bencikan Athena, lukakan Athena, Xion akan muncul menjadi hero dan bantu Athena. Dengan itu Xion ada peluang untuk buatkan Athena suka pada lelaki tu. Sementara dia kecewa dan jadi loser.

What a funny plan.

Nampaknya....Xion pandang remeh terhadapnya.

Nak main game ya. Okay. Let plays.

Ipadnya diturunkan ke ribanya sebelum dia duduk sandar ke belakang dan turunkan kaki dia yang bersilang ke lantai."Hahaha...apa kau cakap?Hapuskan Athena?"soalnya dengan nada tak percaya. "Tak ada siapa boleh apa-apakan dia apalagi sentuh dia tanpa kebenaran aku. Jangan kau cuba."tegasnya dengan renungan gelap. "Plus...Xion mahukan dia. Mana tahu kita boleh gunakan Athena pada masa yang sama untuk hapuskan Xion." cadangnya.

Dia tak suka buat macam dekat Athena. Tapi disebabkan Xion dah main kotor awal-awla dia pun boleh lakukannya jugak!

Carson pandang Ryder dengan renungan dalam. Dia berasa kagum kerana Ryder sedia maklum tentang semua ni awal sebelum dia sempat beritahu. "Macam mana tuan tahu semua ni?"soal dia.

Ryder menjungkit bahu. Mana boleh beritahu. Tak seronok la macam ni. Dia kemudiannya bangun dari situ sambil pegang ipad di tangan kiri, sebelah lagi seluk tangan ke dalam poket. Lalu gerak mebdekati Carson.

"Aku nak jumpa Athena. Beritahu semua jangan ganggu aku sepanjang hari. Apa-apa hal kau handle kan dulu."pesannya semasa jalan melepasi Carson dan pegang sekejap bahu tu sebelum gerak ke arah pintu.

Carson yang dengar berikan anggukan patuh. "Baik tuan."sahutnya sesaat selepas Ryder turunkan tangan dari bahu dia.

Dan setelah Ryder keluar dari situ, Carson palingkan badan ke belakang dan pandang pintu yang sudah tertutup itu dengan kening berkerut.

Apa semua ni?

Perasaan apa yang dia rasakan ni? Asal macam ada something antara ketuanya dan jugak agen bernama Athena ni?

Aneh betul tingkah Ryder diperhatikannya.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now