Part 18

961 75 0
                                    

D-day.

Selepas merancang dan merancang dengan detail, akhirnya tiba juga hari yang dinantikan.

Siang malam Athena berjaga untuk koordinasi rancangannya sehingga dari melawat tempat majlis bakal di adakan sehingga la meneliti setiap tetamu yang bakal hadir di majlis penyerahan dana itu. Terlalu sibuk sampaikan Athena sendiri tidak peduli untuk makan mahupun berehat.

Kerana bagi Athena, masa itu tidak akan menunggu dia. Jadi sesaat saja berlalu, ianya ibarat dia kehilangan peluangnya.

Untuk itu, dia perlu kerahkan seluruh tenaga dan segala yang dia ada untuk jayakan misi ni! Kalau buak sekarang. mungkin dia takkan dapat temui keluarganya lagi.

Sampai bila-bila!

Di dalam bilik air....

Ketika para wanita sedang sibuk touch up make up di depan cermin, bersembunyi Athena di dalam booth tandas. Turut sedang mempersiapkan dirinya. Bukan bersolek atau apa. tapi sebaliknya bersiap untuk combat malam ini.

Strap hitam yang dililit sekeliling kedua-dua pehanya di ketatkan sebelum dia check dua pistol yang ada di tangannya. Dari peluru sehingga la fungsi picu. Yakin yang semuanya dalam keadaan baik, dia selit dua pistol itu pada strap hitam di pehanya. Setelah itu, kanta lekap berteknologi tingginya di pasang ke matanya dengan cekap. Lalu diikuti alat komunikasi jarak jauhnya ke dalam telinga.

"Voice check."sebut Athena dengan perlahan sambil pegang ear in di dalam telinganya.

"Roger."balas suara di dalam alat itu sesaat kemudian.

"Majlis bakal bermula 15 minit lagi, para tetamu telah hadirkan diri."maklum Violet dalam ear in itu.

Athena yang dengar tunduk memandang ke bawah membetulkan kain dressnya. "Jangan sampai tertangkap. Aku tak ada masa nak selamatkan nyawa orang lain sedangkan nyawa aku sendiri di hujung tanduk sekarang ni" gumamnya sambil tu.

"Ahahah...chill...you don't know me well sister." ketawa Violet dalam ear in itu.

Macam la dia kisah! Athena menjuling mata menyampah lalu tarik pintu tandas itu dan keluar dari situ. Dengan langkah yakinnya, dia terus menyusuri laluan koridor yang lapang dan mewah itu tanpa mendedahkan wajah sepenuhnya di kamera sehingga la tiba di ballroom dimana majlis diadakan.

Jejak saja kaki di situ, Athena di sapa pemandangan dimana para tetamu di situ mengenakan topeng di wajah masing-masing. Dengan itu tiada siapa-siapa di situ bakal mudah dikenalpasti oleh sesiapa. What a good plan!

Sedang Athena berdiri di situ, seseorang muncul dari arah belakang lalu jalan berselisih dengan Athena dan selitkan sekali topeng di tangan itu dengan sekelip mata sebelum bergerak pergi begitu saja seakan tiada apa-apa yang berlaku.

Sambil perhatikan belakang orang itu, tanpa mengubah sikit pun ekspresi di wajah, Athena bawa topeng di tangannya naik menutupi bahagian matanya kemas-kemas.

Action time!

Dia jalan menyelit di celah para tetamu-tetamu di situ untuk dekati targetnya. Iaitu dua orang presiden yang sedang berborak sesama mereka sambil di kelilingi pengawal keselamatan. Rancangan Athena adalah beritahu pada dua orang itu supaya pergi dari situ sebelum majlis bermula. Hal ini kerana dia dapat tahu, orang-orang dari Organisasi Robin Hood bakal sabotaj majlis ni dan rampas wang dana majlis dan sakiti dua orang presiden ni!

Namun beberapa meter sebelum Athena sempat dekati kumpulan itu, tiba-tiba tanpa sedarnya, seseorang muncul dari tepi lalu melanggar dia hingga buatkan dia hampir hendak tersandung dengan kasut tumit tingginya.

Masa Athena gerak hendak jatuh ke depan, masa itu jugakla satu tangan muncul lalu melingkar ke sekeliling pinggang rampingnya dan tarik tubuh itu ke dalam pelukan dengan selamat.

Athena yang tidak menjangka hal itu hanya berdiri kaku dengan kedua-dua tangan berada di depan dada penyelamatnya. Mulanya mata dia terarah pada kot hitam lalu ke bow tie kemudian naik ke leher berhalkum tu diikuti dagu dan bibir dan akhir sekali mata.

Damn!

Siapa ni!

Dalam keadaan terpinga-pinga dia pandang tak berkedip ke mata tu. Sehingga la orang depannya bersuara.

"Cik tak apa-apa?"tanya lelaki bertopeng hitam baldu pada Athena.

Masih belum sempat hendak proses apa yang berlaku, Athena masih termangu memandang mata tu. Dia tertanya-tanya. Kenapa ya macam pernah nampak mata ni?Ke deja vu? Mimpi? Entah la! "Ya...saya tak apa-apa.." balas dia tak lama kemudian semasa tolak dirinya dari lelaki di depannya.

"Hati-hati...takut ada yang cedera pulak nanti.."pesan lelaki tu dengan sengih boyish meleret di bibir.

Athena tunduk memandang kakinya, entah macam mana dia boleh nak terjatuh tadi. Dan siapa pulak yang langgar dia?Memang nak kena betul! Tak nampak ke dia ada misi penting dekat sini. "Terima kasih.."ucapnya semasa pandang semula ke arah dimana dua orang presiden tadi berada. Sayangnya dua orang itu sudah pun tiada di situ!

What the hell!

"Cik seorang saja ke sini?"tanya lelaki di sebelah Athena.

Tidak berminat hendak berbual, Athena pandang sekilas ke lelaki di sebelahnya. "Sorry...I need to go. Nice to meet you." pamitnya sewaktu gerak pergi dari situ.

Sebelum sempat lelaki tu hendak capai tangan Athena, masa itu la bunyi letupan terjadi, habis bergegar satu ruangan tu. Lalu suara orang menjerit ketakutan dan teriakan hysteria menghuni kanan dan kiri ruangan tersebut.

Athena yang sedang berjalan itu ikut terkejut dan tunduk hendak lindungi kepalanya. What the heck! Cepat betul dia orang mulakan operasi! Dengan cemas dia pandang ke arah dua orang presiden yang tidak jauh darinya.

Ahh!

Sh*t betul!

Tanpa berlengah Athena berlari ke arah dua presiden tu.

"Lari!"teriak dia semasa berlari. "Lari sekarang!!!!"

Dua orang presiden yang hanya sempat menoleh memandang ke arah Athena itu tidak dapat berbuat apa-apa sewaktu letupan kedua menyusul kemudiannya.

KEBOOM!!

Dan ketika itu lantai di bawah Athena mula bergerak sebelum ia runtuh ke bawah. Menelan sesiapa saja yang berdiri di atasnya. Disebabkan dua orang presiden itu paling hampir dengan lantai itu, mereka terlebih dahulu jatuh ditelan lantai yang runtuh itu baru diikuti Athena.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now