Seperti orang tak cukup tanah, Carson berlari merentasi koridor tu dengan langkah yang luas dan tergesa-gesa.
Dia dari bangunan utam keluar dari situ untuk ke base operasi menemui ketuanya sebaik menerima maklumat mengenai kejadian yang berlaku.
Dalam keadaan termengah-mengah, Carson berhenti dari larinya lalu berdiri tegak dekat pintu tu. Hendak ambil nafas tenangkan diri. Setelah itu baru la dia ketuk pintu lantas bergerak masuk ke dalam bilik tersebut.
"Tuan..."sapa Carson sebaik saja dia masuk. Sekali tu dia nampak Ryder sedang duduk sandar menghadap skrin kaca bercahaya dekat dinding sebelah kiri bilik tu. Kaki lelaki tu melunjur ke depan, kedua-dua tangan berada di perut, dan dia sedang termenung memandang skrin kaca tu.
Teragak-agak nak dekat, Carson acap kali.menelan air lur gemuruhnya semasa mendekat. Harap-harap tak ada la yang melayang atau terbang ke arah dia nanti.
"Tuan..."panggil Carson sekali lagi.
Ryder kedipkan mata lalu palingkan kepala dengan malas ke Carson. Jelas-jelas di wajahnya, dia sedang bengang ketika ini.
"Apa?"soalnya.
Carson tunduk memandang ipad yang ada di tangan sebelum kembali memandang Ryder. "Ada sesuatu yang tuan kena tengok." ajunya sambil sua ipad ke Ryder.
Lalu Ryder palingkan kepalanya semula ke skrin kaca berlampu di depannya tadi. "Tak payah...aku dah tengok berita tu tadi.." jawabnya dengan nada terkilan.
"Tuan dah tahu dari awal ke semua ni?"soal Carson yang masa shock dengan apa yang dia baru dengar pagi tadi.
Ryder kerutkan keningnya kerana tak puas hati. Dia pandang geram ke skrin kaca tu. Tak sangka dia Athena selicik ni! Sampai tak ke sudah, niat dia nak tolong Athena last nya Athena yang tolong dia demgan mengkhianati kepercayaan dia terhadap Athena!
Sepatutnya perancangan awal adalah, Athena pancing Xion untuk serang Blue House dan mereka serang Xion. Tapi entah macam mana tiba-tiba berita keluar di setiap negara terutama sekali di Denmark mengatakan Blue House berjaya menumpaskan kumpulan pemberontak yang cuba gulingkan kuasa Presiden Denmark dengan membunuh Presiden Moscow yang diketuai oleh Xion.
Bukan sekadar menangkap Xion dan squad lelaki tu, Blue House membongkarkan segala kerja jahat yang Xion dah buat selama ini ke khalayak umum. Dan menjelaskan bahawa selama ini Organisasi Robin Hood tak pernah terlibat dengan segala aktiviti jahat yang terjadi selama ini.
Mereka siap hantar dokumen dan video kepada Organisasi Robin Hood lagi untuk beritahu nama.baik mereka sudahpun di pulihkan semula serta semua tuduhan tergadap mereka sudahpun di hapuskan.
Bukan setakat itu saja, Presiden Denmark dan Moscow sudahpun di culik dari tempat santuari mereka lewat malam semalam sewaktu mereka semua tidur. Dan bila bangun je pagi, berita pengumumab Presiden Denmark yang membuat kenyataan bahawa Organisasi Robin Hood bukan la organisasi yang orang selalu burukkan. Tapi sebaliknya organisasi yang cuba berusaha lindungi orang ramai.
Lalu organisasi Xion pun yang di salahkan dan segala konspirasi yang dirancamg oleh naib presiden Denmark turut terdedah. Habis, semua orang yang berkaitan dengan rancangan itu turut di tangkap dan di soal siasat.
Kerana ini Carson terkejut. Sepatutnya mereka yang lakukan hal ni sendiri, tapi nampakny Atheba telah berpaling tadah dari mereka dan lakukan hal yang bukan di bawah persetujuan Ryder.
Pendek ceritanya Ryder sudahpun dikenakan dengan Athena.
Dan wanita itu sudah menipu mereka kerana Athena sudah pun merancang segalanya dari awal.
Athena buat Ryder dekati dia, kemudian manipulasi maklumat yang Ryder ada serta tahu apa rancangan sebenar Ryder supaya wanita itu dapat atur rencana lain untuk gagalkan rancangan Ryder.
"Apa yang kita perlu lakukan sekarang ni tuan? Nampaknya...apa kita rancang tak menjadi. Dan di expose oleh Athena sendiri."
Sambil mengetap gigi menahan sabar, Ryder pandang mencerun ke skrin kaca tu. Fine. Memandangkan kes Xion sendiri dah selesai dan nama baik organisasi ni dah bersih semula, terima kasih buat Athena. Apa kata kalau dia beri penghargaan untuk semua ni?
"Cari perempuan tu sampai dapat."arah Ryder. Nak main sorok-sorok macam dulu ya?
"Macam mana kalau Athena hilangkan diri macam dulu?"tanya Carson.
"Kau cari dia sampai dapat tak kira la kau kena kerah semua orang yang ada dekat sini. Apa yang pasti, aku nak perempuan tu ada dekat sini!"arah Ryder dengan renungan gelapnya.
Carson angguk kepala. "Baik."sambutnya.
Ryder sandarkan kepala ke kerusi lalu pejamkan mata. Cuba kawal diri dari naik hantu dekat situ. Baru dia fikir dia dapat semula bersama dengan Athena. Rupa-rupanya semua ini hanyala trik dari Athena!
Disebabkan perasaan suka dia pada Athena, hati dan nalurinya telah dikelabui dengan perasaan angaunya sampai tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
Lepas ni, kalau dia dapat Athena. Jangan harap perempuan tu akan terlepas semula! Sebab kali ni, dia takkan tertipu lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
AksiSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...