Part 51

927 87 4
                                        

Mata dari balik cermin mata bulat itu gerak ke kanan dan kiri dengan tekun sementara jari jemarinya laju menaip di atas keyboard yang berbeza dalam satu masa.

Sekejap dia taip di keyboard kanan, sekejap dia taip di keyboard kiri, sekejap dia taip di keyboard tengah.

Sedang dia melihat butiran dan bahasa komputer yang tertera di skrin, pintu biliknya terbuka.

"Sayang?"muncul la lelaki yang ringkas mengenakan t-shirt hitam dan sweatpant di depan pintu bilik kerja Violet.

"Yes."sahut Violet tanpa alihkan fokusnya.

"Dinner dah ready. Awak lama lagi ke?"tanya Ezra, rakan baik, teman lelaki dan tunang 4 tahun kepada Violet.

"5 minutes." jawab Violet sambil menaip laju atas papan kekunci tu.

Sambil berjalan mendekati meja kerja tu, Ezra mencekak pinggang. "Busy betul awak kebelakangan ni?Big projek ke?"

Violet taip itu dan ini sebelum tekan butang ENTER lantas pandang ke Ezra dengan senyuman lebar di bibir.

"Awak pun apa kurangnya...so macam mana preparation awak?Dah siap ke semuanya?"dia bangun dari kerusi lalu jalan sekeliling meja tersebut sebelum mendapatkan Ezra.

Ezra hulur tangan mahu memeluk Violet. Dan bila wanita itu berada dalam pelukannya dia kucup dahi tu. "80% lepas dapat kata putus dari Cik Athena...kami akan mulakannya." jawabnya selepas itu.

Mereka berdua kemudiannya jalan saling berpelukan keluar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah dimana apartment itu.

"Cik Athena arahkan awak buat apa je?"tanya Ezra.

Violet pandang anak tangga di bawah kakinya semasa melangkah. "Ada la buat itu ini..tapi jangan risau. Dah nak siap pun. Awak?Apa Cik Athena minta uruskan?"

"Just untuk buat preparation awal-awal kalau dia panggil kami ke sana..."Ezra peluk bahu Violet dengan erat.

"Awak rasa berjaya ke rancangan dia nanti?"tanya Violet setelah mereka tiba di bawah anak tangga terakhir labtas jalan menyusuri koridor itu sebelum belok ke kanan dan masuk ke dalam sebuah bilik.

Ezra tersengih bila dia nampak.meja yang dia dah setting seperti ala-ala candle light dinner lalu bawa Violet ke kerusi yang dia sedia tarikan sejak tadi sebelum naik ke atas.

"Adanya awak di sisi dia, saya rasa dia mungkin boleh jadi raja..."selorohnya sambil tu.

Violet ketawa. "Ahaha...ada-ada je la."

Ezra ikut ketawa kecil. Gembira sebab Violet happy. Dan dia harap ianya akan berkekalan sampai bila-bila.

Ingat lagi team yang Athena upah untuk menyamar sebagai ahli gim untuk jadi pasukan bantuannya?

Ingat lagi orang yang memerhati dari jauh semasa Athena tiba di lapangan terbang dan menghalang dari Athena di bunuh oleh tiga lelaki pembunuh upahan?

Dan ingat lagi lelaki yang cuba hentikan Athena dari terus menumbuk punching bag di gim hari tu?

Dan juga orang yang menghubungi Athena untuk beri maklumat?

Sama jugak dengan lelaki yang Athena bertembung dengan di majlis penyerahan dana? Orang yang berikan Athena topeng muka?

Ya.

Semuanya yang berlaku sejak awal lagi.

Ezra adalah lelaki tu.

Ezra adalah orang yang diupah Athena sendiri.

Dan Ezra adalah tempat Athena minta bantuan sepanjang dia berada di sini.

Lelaki ini la yang jadi perisai dan bayang Athena.

Macam mana?

Well...

Sebenarnya selepas tamat belajar di akademi, Ezra bercadang untuk membuka pusat penyiasatan dan team risikan khas di bawah kelolaannya setelah Violet sendiri ada firma sendiri. Jadi dia pun berniat untuk bina sesuatu yang boleh digunakan sama-sama bila di perlukan.

Dari situ la Athena tahu mengenai firma Ezra lantas mengupah lelaki ini serta team lelaki ni menjadi pasukan Athena.

Dan pasukan ini la yang bersama dengan Athena sepanjang masa Athena jalankan misi di Denmark.

Melalui Ezra jugak la Athena dapat maklumat mengenai Violet. Melalui rekomendasi lelaki tu Athena datang ke Violet dan lelaki itu la yang beritahu Athena macam mana nak pecah masuk pejabat Violet tempoh hari.

Dan sejak itu la Athena berkerjasama bersama Ezra dan Violet sepanjang masa dia di Denmark. Dari hari pertama  Athena jejak kaki di situ lagi.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang