12 jam sebelum serangan berlaku...
Sambil humming suatu lagu, sambil tu dia duduk menyilang kaki dekat kerusi menghadap pintu keluar. Hujung jarinya mengetuk-ngetuk permukaan lengan sofa tu banyak kali. Sampaikan, dia tersenyum sendiri sebab mengingatkan situasi sewaktu di bilik perbicaraan semalam...
Mereka semua, iaitu para juri serta hakim yakni yang terdiri daripada pegawai tertinggi beria-ria nak hukum dia dan jatuhkan kesalahan yang bukan-bukan terhadap dia.
Tapi mujurlah dia dah bersedia. What a silly guys!Mereka fikir dia akan datang ke sini macam tu je ke...
"Dengan ini berdasarkan mandat yang diberikan, saya jatuhkan hukuman kepada Athena Luisa di atas tuduhan melanggar protokol ketenteraan iaitu-"
Sebelum kata-kata itu diputuskan, dia pegang kepala mikrofon di depannya lalu di bawa dekat ke mulut.
"Wait a second."sampuk dia serta merta.
Kolonel tertinggi yang bertanggungjawab menjadi hakim itupun angkat kepala dari membaca butiran dalam kertas tadi ke Athena.
Mereka semua yang ada di situ termasuk la Debris dan beberapa lagi anak buahnya turut memandang Athena.
"Sebelum kau orang jatuhkan hukuman dekat aku, ada something yang aku nak cadangkan pada kau orang semua. Itupun kalau kau orang sudi mendengarnya." ujar dia dengan kening terangkat penuh muslihat.
Pegawai kanan Blue House bersuara. "Cadangan apa lagi?Kamu tahu tak kamu baru saja melanggar protokol perbicaraan?"tegas saja nada suara tu.
Athena buat muka tak endah. Memangnya dia kisah kalau dia langgar protokol ke apa kejadahnya tu. " What ever...so nak dengar atau tak?"
Kolonel di tengah-tengah meja sidang itu berdehem lalu dekatkan wajah depan mikrofon. "Apa perkara tu?"
Sambil tarik senyuman penuh kemenangan dia duduk tegak lalu silangkan tangan di atas meja lantas berkata. "Seperti yang semua orang sedia maklum saya ke Denmark untuk bantu selesaikan misi Organisasi Robin Hood dan konflik perebutan kuasa diantara presiden Denmark dan naib presidennya kan...sebenarnya saya telah pun selesaikannya." jawab dia.
Debris buat muka.
Kolonel dekat depan mikrofon tu berkerut kening. "Kalau dah selesai kenapa organisasi robin hood cuba rampas pesawat? Kalau benar kamu sudah selesaikan kes presiden denmark kenapa sampai sekarang tiada lagi berita dari beliau yang sudah di culik hampir berminggu lamanya?"
"Well..sebab aku belum tangkap dalang disebalik kejadian Organisasi Robin Hood ni, aku terpaksa simpan sekejap presiden denmark ni buat sementara waktu di tempat yang selamat."jelasnya. Memandangkan semua dah settle dan tinggal satu saja perkara.
"Dan siapa dalang tu?"
Bersama senyuman sinis di bibir, dia pandang setiap seorang yang ada di situ dengan renungan yakin.
Lalu dia pun ceritakan semuanya dari awal.hingga akhir sepanjang siasatannya.
Kriitt~~
Tak semena pintu bilik pun terbuka, sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjata masuk ke ruangan itu dengan derap langkah yang senyap.
"Lama tunggu?"soal Ezra lelaki paling hadapan sekali semasa mendekati Athena.
Athena menjungkit bahu. "Boleh la tahan lamanya...kau orang masuk dari mana?Ada orang perasan tak?"balasnya sambil melirik langkah Ezra.
Ezra kemudiannya melutut sebelah kaki depan Athena yang sedang duduk. Dia kemudiannya mengeluarkan satu alat dari poket belakang lantas di melakukan sesuatu pada gelang kaki penjejak yang terpasang di kaki kanan Athena itu.
"Kami lalu pintu depan. Semua yang kawal pintu masuk kami pengsankan."jawab Ezra sambil tu.
Athena kemudiannya pandang ke sekumpulan lelaki yang berdiri di situ dalam posisi defence. Dia tilik setiap seorang dengan muka tak berminat lalu kembali memandang Ezra. "Dekat mana Xion dengan kumpulan dia sekarang?"
"Dalam perjalanan."jawab Ezra setelah dia berjaya tanggalkan gelang penjejak tu.
Lantas Athena pun berdiri. Cepat betul Xion bertindak, dah nak sampai dah?Hebat."Tiket penerbangan aku dah settle?"tanya dia semasa jalan ke depan hendak keluar dari bilik tu.
Ezra ikut dari belakang. "Violet dah uruskannya. Termasuk godam sistem Xion dan semua maklumat yang ada di situ. Hanya tunggu masa saja untuk di dedahkan kepada umum."
Mereka semua ikut Athena dari belakang sebaik wanita itu keluar dari situ.
"Maklumkan pada Violet tepat jam 12 tengah malam post kan maklumat yang di terima dari data base Xion ke Blue House dan Pentagon. Kemudian arahkan mereka yang bertugas untuk culik Presiden Denmark dan Moscow di kubu Ryder."arah Athena sambil berjalan laju merentasi koridor tu.
"Baik."balas Ezra di sisi.
Setiba mereka di laman bangunan Blue House sebuah helikopter sudahpun sedia menunggu di situ. Dan mereka ramai-ramai menaiki pengakutan itu dengan lancar tanpa di kesan sesiapa.
Ingat lagi situasi dimana Athena masuk ke kubu Xion dan Ryder? Buatkan dua lelaki tu ambil berat terhadap dia dan buatkan dia menginap di situ tanpa dicurigai?
Ya.
Alasannya ialah supaya Athena dapat selinapkan alat bug atau penggodam dalam sistem mereka. Setelah berbuat begitu baru la Violet dapat akses kedua-dua kubu ini dan ambil alih sistem penyimpanan maklumat mereka dengan mudah.
Dan dari sini la Athena dapat kawal dua kuasa kuat ni dengan mudah...sama ada bantu atau rosakkan mereka, keputusan ada di tangan dia.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActieSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...